Written by kelantankini on Apr 30th, 2008 | Filed under:
Parlimen
KUALA LUMPUR: Suasana Parlimen hari ini ‘panas’ dengan ‘pertikaman lidah’ dan ketidakpuasan hati antara dua ahli Parlimen daripada bukan parti kerajaan iaitu Karpal Singh (DAP-Gelugor) dan Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang masing-masing mempertahankan hujah mereka.
Karpal pada sesi awal perbahasan meminta Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi menjelaskan kedudukan Ibrahim Ali di dewan sama ada merupakan ahli parlimen bebas memandangkan sebelum ini beliau bertanding atas tiket PAS. (more…)
Written by kelantankini on Apr 30th, 2008 | Filed under:
Parlimen
SEPERTI yang dijangkakan kemasukan 82 ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP membawa satu senario baru dalam perbahasan sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.
Suasana tidak lagi seperti pada penggal yang lalu (selepas pilihan raya umum 2004) yang hanya menyaksikan babak ampu mengampu sahaja yang berlaku.Sebaliknya kali ini Dewan Rakyat menyaksikan satu kehangatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. (more…)
Written by kelantankini on Apr 30th, 2008 | Filed under:
Parlimen
KUALA LUMPUR: Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul tergempar yang dibawa anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub bagi mendesak Kerajaan Persekutuan mengembalikan semula royalti minyak kepada kerajaan Terengganu.
Pandikar menolak usul berkenaan dengan alasan ia tidak perlu disegerakan. (more…)
Written by kelantankini on Apr 30th, 2008 | Filed under:
Parlimen
KUALA LUMPUR: Bagi meneruskan kempen membebaskan semua tahanan ISA dan memansuhkan akta itu, GMI hari ini menyerahkan memorandum kepada Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, di lobi Parlimen.
Memorandum bersama Biro Hak Asasi Majlis Peguam itu diserahkan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan wakil Majlis Peguam, Amir Hamzah sempena kempen bebaskan tahanan enam tahun ISA yang dilancarkan GMI sebelum ini. (more…)
Written by kelantankini on Apr 30th, 2008 | Filed under:
Parlimen
SESI soalan sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini tergendala hampir setengah sejam apabila beberapa wakil rakyat sering mempersoalkan peraturan mesyuarat.
Gangguan ini menyebabkan soalan pertama dapat dikemukakan selepas 20 minit sesi itu bermula untuk dijawab perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. (more…)
Written by kelantankini on Apr 30th, 2008 | Filed under:
PAS
PEMUDA PAS Johor mendesak agensi berita Bernama memohon maaf dan membetulkan laporannya yang mendakwa ketua pergerakan itu turut mengiringi seorang pelajar ke balai polis dalam kes hasutan bunuh terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Ketuanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata Pemuda PAS negeri bersedia menyaman agensi berita nasional itu jika “permohonan maaf dan penjelasan secara terbuka tidak dilakukan dalam tempoh tujuh hari” mulai hari ini. (more…)
Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under:
Respon
Oleh Ibnuhasyim
29 Apr | 5.50pm
“MENGAPA Datuk Seri Anwar sahaja yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri (PM), tidak Ustaz Abdul Hadi atau lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat?” Kata seorang pengarang sebuah akhbar yang saya temui semalam.
“Apakah Anwar saja yang mampu mencari 30 kerusi parlimen tambahan untuk merampas jawatan PM, sedang beliau sendiripun masih belum jadi ahli parlimen? dan ada pula yang menguar-uarkan isteri beliau sebagai PM wanita pertama di Malaysia?” (more…)
Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under:
PAS
Oleh Jimadie Shah Othman & Fathi Aris Omar
kemaskini 2:34pm Ketua Pemuda PAS Johor menafikan beliau turut mengiringi seorang pelajar menyerah diri ke balai polis semalam berhubung isu ugutan bunuh terhadap pengerusi DAP Karpal Singh.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kluang pada jam 1 tengah hari sewaktu pelajar itu dilaporkan berbuat demikian. (more…)
Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under:
Minda
Oleh Roslan SMS
29 Apr | 12.20pm
PENGERUSI DAP Karpal Singh semalam (27 April) telah membuat laporan polis di Pulau Pinang. Laporannya terhadap laman web pasjohorbahru.com yang dikendalikan oleh PAS kawasan Johor Bahru. Menurut Karpal di dalam laporannya, laman web tersebut menyairkan melalui ruangan ‘shoutbox‘nya komen yang berbunyi:
“Darah YB Karpal halal dibunuh”
Menurut Karpal komen tersebut menuduh bahawa beliau telah menghina Islam, dan komen itu merupakan satu ancaman bunuh. (more…)
Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under:
PAS
PAS Negeri Johor ingin membuat kenyataan berkaitan dengan isu “darah YB Karpal Singh halal dibunuh” yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily dan The Star keluaran Sabtu, 26 April, 2008 serta kenyataan Sdr. Norman Fernandez, Naib Pengerusi DAP Negeri Johor.
Kenyataan tersebut bukanlah merupakan kenyataan atau pendirian PAS Johor Bahru ataupun PAS Negeri Johor. Kenyataan tersebut adalah sebenarnya pandangan atau komen pembaca laman web yang bernama “Alif” disiarkan dalam ruangan interaksi “Shoutbox” laman web PAS Johor Bahru. PAS tidak mengenali siapakah Alif dan juga identiti dirinya. (more…)
Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under:
PAS
Salam hormat,
SAYA telah membaca berita bertajuk “Ugut Karpal: Pelajar Kolej Serah Diri” dalam halaman web Malaysiakini pada 28 April 2008 pukul 11.30 malam setelah dihubungi oleh rakan saya yang memaklumkan berita mengenai saya telah disiarkan.
Saya amat terkejut apabila dalam berita ini telah memaparkan bahawa saya bersama empat pemuda PAS Johor telah mengiringi eorang pelajar kolej berumur 19 tahun hari ini menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam laman web PAS Johor pada pukul 1 tengah hari. (more…)
Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under:
Respon
29 Apr | 8.50am
ANEH! Itu yang dapat kita katakan mengenai kenyataan Wan Ahmad Wan Ibrahim, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang kini bertindak menggantikan hero SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang kini bertapa kerana kegagalan grand design untuk memenangkan UMNO/BN di negeri Kelantan khususnya dan di seluruh negara amnya.
Tersentak dengan keputusan pilihan raya yang nampaknya menyerlahkan perancangan SPR yang gagal untuk menipu rakyat, kini Timbalan Pengerusi SPR cuba menghalakan sasarannya ke alam langit dengan kenyataannya: Calon dan parti politik yang berkempen menggunakan laman web, blog atau SMS pada pilihan raya akan datang, boleh dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika mereka didapati melanggar peraturan ditetapkan. (more…)
Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under:
PAS
29 Apr | 8.15am
PADA Pilihan Raya Umum ke-12 8 Mac lalu, PAS menang di 23 kawasan Parlimen daripada 66 kawasan yang ditandinginya.
Kawasan berkenaan masing-masing sembilan di Kelantan, satu di Terengganu, dua di Perak, satu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, enam di Kedah dan empat di Selangor. (more…)
Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under:
Minda
29 Apr | 7.50am
PERSIDANGAN penggal pertama Parlimen ke-12 yang bermula dengan acara angkat sumpah semalam mencatat sejarah tersendiri apabila 99 anggotanya adalah muka baru, manakala jumlah pembangkang bertambah lebih empat kali ganda iaitu 82 orang.
Satu lagi sejarah dicipta apabila wakil Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dilantik sebagai Ketua Pembangkang wanita pertama apabila parti pimpinannya, Parti Keadilan Rakyat (PKR), memenangi kerusi paling banyak berbanding parti Pakatan Rakyat lain. (more…)
Written by kelantankini on Apr 28th, 2008 | Filed under:
Minda
Oleh Roslan SMS
28 Apr | 11.35am
SETELAH memanggil orang lain monyet kini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) muncul sekali lagi. Kali ini SPR kononnya mahu membuktikan yang mereka bersungguh mahu membersihkan daftar undi induk dari para pengundi yang telah meninggal dunia, satu isu yang terus-menerus dibangkitkan khasnya oleh parti-parti pembangkang. Baguslah kiranya SPR mahu mengambil insiatif ini.
Cumanya dari pengumuman yang dibuat, saya merasakan kaedah yang mahu digunakan SPR itu longgar dan tidak efektif. SPR telah merayu kepada ahli-ahli keluarga pengundi berdaftar agar mengemukakan sijil kematian waris mereka bagi membantu SPR membersihkan daftar induk tadi. (more…)