Written by kelantankini on Apr 28th, 2008 | Filed under:
Nasional
28 Apr | 11.25am
KUALA LUMPUR: Menyedari ramai calon dari Pakatan Rakyat (sebenarnya rakyat yang prihatin) menggunakan blog sebagai medium untuk berkempen (setelah ditutup rapat oleh akhbar perdana) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin meluaskan lagi bidang kuasanya memantau media alternatif itu.
Jika cadangan terbaru SPR itu berjaya (takkan tak lulus pula) maka calon dan parti politik yang berkempen menggunakan laman web, blog atau SMS pada pilihan raya akan datang, boleh dikenakan tindakan jika mereka didapati melanggar peraturan ditetapkan (SPR pun tak ikut peraturan). (more…)
Written by kelantankini on Apr 28th, 2008 | Filed under:
Kelantan
28 Apr | 10.15am
KOTA BHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Meranti, Ustaz Nasuruddin Haji Daud dilantik sebagai speaker DUN Kelantan yang baru sempena pembukaan Persidangan DUN Kelantan ke-12 dan majlis angkat sumpah Adun, pagi ini.
Pelantikan Ustaz Nasuruddin dicadangkan Adun Chempaka yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan disokong Adun Pasir Pekan (Timbalan Menteri Besar), Dato’ Ahmad Yacob. (more…)
Written by kelantankini on Apr 27th, 2008 | Filed under:
Umno
27 Apr | 11.50pm
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah diminta mempercepatkan proses peralihan kuasa pada Perhimpunan Agung Umno Disember ini bagi membolehkan pemulihan dalam Umno dilakukan.
Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee ketika membuat gesaan ini berkata Abdullah telah menamakan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai pengganti dan sehubungan itu adalah wajar proses itu disegerakan. (more…)
Written by kelantankini on Apr 27th, 2008 | Filed under:
Nasional

27 Apr | 10.50pm
SELEPAS sebulan setengah berakhirnya pilihan raya umum ke-12, esok para wakil rakyat yang dipilih bagi peringkat parlimen akan memulakan sidang pertamanya bagi penggal kedua belas.
Persidangan yang dijadualkan selama 16 hari itu dijangka akan menjadi perbahasan ‘panas’ ekoran pertambahan wakil rakyat yang mewakili pembangkang atau Pakatan Rakyat. (more…)
Written by kelantankini on Apr 27th, 2008 | Filed under:
Pakatan Rakyat
27 Apr | 6.55pm
PULAU PINANG: Polis Pulau Pinang menyerahkan kepada polis Johor untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengenai dakwaan sebuah laman web bahawa beliau memburukkan Islam dan darahnya halal (untuk beliau) dibunuh.
Laporan Bernama menyebut Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Dato’ Salleh Mat Rasid berkata pihaknya menyerahkan laporan itu kepada polis Johor untuk menyiasat kes berkenaan kerana ia berlaku di Johor. (more…)
Written by kelantankini on Apr 27th, 2008 | Filed under:
Nasional
Syed Ali kritik bayaran ex-gratia
27 Apr | 6.35pm
SHAH ALAM: Kesilapan Ketua Pemuda Umno, Dato’ Hishamuddin Tun Hussien bukan soal keris yang dijulangnya tetapi disebabkan sikap angkuh dengan kuasa dimiliki yang membuatkan rakyat mengubah undi mereka dalam pilihan raya lalu.
Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Hishamuddin supaya tidak mengulangi kesilapan mengangkat keris yang memberi gambaran keangkuhan bangsa Melayu. (more…)
Written by kelantankini on Apr 27th, 2008 | Filed under:
Nasional
27 Apr | 6.10pm
KUALA LUMPUR: Pemindahan wang Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) ke dalam akaun Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti) tidak sah di sisi undang-undang.
Peguam, Mohamad Khairuddin Othman menegaskan perpindahan wang itu tidak sah disebabkan ia dilakukan selepas Umno-BN mengalami kekalahan dalam pilihan raya 8 Mac lalu. (more…)
Written by kelantankini on Apr 27th, 2008 | Filed under:
PKR
Oleh Lanjusoh
27 Apr | 6.05pm
MACHANG: Pengalaman Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mentadbir Kelantan selama lebih 18 tahun akan dikongsi bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu satu program khas yang kemungkinan dikenali sebagai Persidangan Kemuncak Ketua Kerajaan Pakatan Rakyat akan diadakan di Kelantan tidak lama lagi. (more…)
Written by kelantankini on Apr 27th, 2008 | Filed under:
Nasional
27 Apr | 1.15am
KOTA KINABALU: Desakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan tanpa melalui proses peralihan kuasa secara teratur hanya akan mencipta satu lagi sejarah hitam kepada politik negara.
Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, belum pernah berlaku sejarah Perdana Menteri di negara ini dijatuhkan oleh sebilangan golongan yang tidak berpuas hati dengan prestasi yang dicapai oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum. (more…)
Written by kelantankini on Apr 27th, 2008 | Filed under:
Nasional
27 Apr | 1.05am
ANGGOTA parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak kemungkinan dakwaan PKR bahawa 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan melompat menyertai Pakatan Rakyat, boleh menjadi kenyataan.
“Saya kenal banyak ahli parlimen (BN) yang terpilih baru-baru ini adalah orang kuat (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sewaktu beliau masih berkuasa dahulu dan mereka masih rapat dengan beliau. (more…)
Written by kelantankini on Apr 26th, 2008 | Filed under:
Kelantan
26 Apr | 10.20pm
SAINGAN merebut kejuaraan Liga Perdana bagi musim 2007/08 semakin sengit selepas Plus FC tidak beraksi pada perlawanan malam tadi, ditambah pula dengan kehadiran satu lagi pasukan sedang bangkit, Kelantan yang mencatat kemenangan selesa 4-1 ke atas Felda United.
Kuala Muda Naza dan Plus FC, masing-masing memiliki baki dua perlawanan, mengumpul 55 dan 54 mata manakala Kelantan yang berbaki satu perlawanan berada di tangga ketiga dengan 53 mata. (more…)
Written by kelantankini on Apr 26th, 2008 | Filed under:
Umno
26 Apr | 8.20pm
MACHANG: Anggota Exco Pergerakan Pemuda Umno Dato’ Mukhriz Tun Mahathir mengalu-alukan sesiapa sahaja ahli Umno yang berhasrat bertanding jawatan Presiden termasuk bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah pada pemilihan pucuk tertinggi pimpinan parti itu akhir tahun ini.
“Bukan sahaja Tengku Razaleigh boleh bertanding untuk jawatan presiden tetapi juga Timbalan Presiden Umno Dato’ Seri Najib Tun Razak dan naib-naib presiden,” katanya. (more…)
Written by kelantankini on Apr 26th, 2008 | Filed under:
Minda
Oleh Mohd Sayuti Omar
26 Apr | 7.50pm
HAMPIR 1,000 orang hadir pada majlis penerangan berhubung isu semasa dalam Umno yang dihadiri Tengku Razaleigh Hamzah yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Subang Jaya petang ini walaupun ia dikatakan disabotaj.
Ketua Umno cawangan dan ketua wanita bahagian Subang dikatakan telah dibawa keluar dari Selangor untuk mengelakkan daripada menghadiri majlis berkenaan. (more…)
Written by kelantankini on Apr 26th, 2008 | Filed under:
Pakatan Rakyat
26 Apr | 4.55pm
IPOH: Majlis angkat sumpah serta menandatangani surat sumpah jawatan oleh 59 orang Adun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam dicemari perang mulut di antara Adun Pakatan Rakyat dengan Adun Barisan Nasional (BN).
Perang mulut berlaku selama kira-kira satu jam itu hampir mengeruhkan istiadat angkat sumpah tersebut, namun ia berjaya diatasi dengan penuh sopan santun serta bijaksana oleh Setiausaha Dewan Negeri, Abdullah Bin Antong Sabri. (more…)
Written by kelantankini on Apr 26th, 2008 | Filed under:
Pakatan Rakyat
26 Apr | 4.45pm
KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan menghentikan pemberian dana pembangunan tahunan kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri di semua lima negeri diterajui kerajaan Pakatan Rakyat.
Menurut laporan Bernama petang ini, dana berkenaan bagaimanapun akan disalur melalui Majlis Amanah Rakyat (Mara). (more…)