Archive for May, 2008

SMS Palsu guna nama “Siasah”

Written by kelantankini on May 31st, 2008 | Filed under: Nasional

PIHAK akhbar mingguan Siasah memaklumkan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan satu SMS yang disebarkan dengan menggunakan nama Media Icon Sdn Bhd dan akhbar Siasah.

SMS yang dihantar itu berbunyi “pengumuman dari Media IconSIASAH anda berjaya dalam cabutan bertuah RM5000.00“. (more…)


Umno terkeluar dari perjuangan asal

Written by kelantankini on May 30th, 2008 | Filed under: Minda

Oleh Dr Mahathir Mohamad

SAYA ucap terima kasih kepada beberapa ahli Umno yang mahu saya kembali menjadi ahli.

Sebenarnya sejak saya melantik Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan dianya mengisi jawatan itu, Umno tidak pernah layan saya sebagai ahli Umno, jauh sekali sebagai bekas Presiden Umno. (more…)


Ezam pilih jalan salah

Written by kelantankini on May 30th, 2008 | Filed under: Minda, Pimpinan

Oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

KALI pertama saya menjabat tangan saudara Ezam Mohd Nor adalah di Kem Kamunting. Seusai saya melangkah keluar dari bilik khas tempat saya menziarahi kekanda saya, Ustaz Nik Adli di kem neraka ciptaan Umno itu, saya terserempak dengan satu wajah yang begitu mudah dicam melalui perkenalan saya lewat akhbar dan majalah.

Beliau bersama seorang lagi tahanan yang saya agak keliru juga pada mulanya. Seorang lelaki dengan rambut yang mengurai panjang macam jenis sosialis macam Hisyamudin Rais, tapi rapi dengan wajah tampak begitu bersih dan tenang macam islamis macam budak ‘usrah’. (more…)


Kuliah Jumaat - 30 Mei 2008 (live)

Written by kelantankini on May 30th, 2008 | Filed under: Kuliah

Siaran langsung ini sesuai dilayari dengan browser Internet Explorer.
(Klik di sini jika anda menggunakan browser Mozilla Firefox).

08.30 - 09.30: Sesi 1 (Dr Nik Mazian)
09.30 - 10.30: Sesi 2 (Ustaz Mohamad Mustafa)


Ezam sertai Umno sebagai ahli seumur hidup

Written by kelantankini on May 29th, 2008 | Filed under: Umno

KUALA LUMPUR, 29 Mei: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohamad Ezam Mohd Noor yang kembali ke pangkuan Umno secara rasmi semalam turut memohon sebagai ahli seumur hidup parti itu.

Ezam menyerah borang menyertai Umno kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bangunan Parlimen bersama yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM100. (more…)


Selamat jalan Ezam!

Written by kelantankini on May 29th, 2008 | Filed under: Respon

Oleh Khairul Faizi

SAYA telah menulis berita tentang kemasukan Ezam ke dalam Umno pada 26 Mei 2008 (Ezam, Marilah Bersama PAS) dan 22 Mei 2008 (Akhirnya Ezam Pergi Jua - Versi Baru).

Kedua tulisan saya ini menghuraikan bagaimana Ezam dilaporkan akan meninggalkan perjuangan reformasi dan akan meyertai Umno semula. Tulisan saya yang kedua lebih bertujuan untuk ‘memujuk’ Ezam agar menyertai PAS daripada Umno. (more…)


Kemasukan Ezam dalam Umno tamatkan desas desus

Written by kelantankini on May 29th, 2008 | Filed under: Minda, Umno

Oleh Mohd Sayuti Omar

[5.45pm, 28 Mei] TEKA teki bilakah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Ezam Muhammad Noor, 41, akan mengistyharkan secara rasmi kemasukannya semula dalam parti asalnya, Umno berakhir kira-kira dua jam setengah tadi apabila Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan perkara itu di bangunan Parlimen jam 4.10 minit petang.

Pengumuman mengenai Ezam itu sekaligus mengesahkan ramalan saya sebelum ini yang mengatakan orang kanan Anwar Ibrahim itu akan menyertai Umno dan pengumumannya akan disampingi Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ataupun timbalannya Mohd Najib Razak. (more…)


Ezam sah sertai Umno, serah borang di bangunan Parlimen

Written by kelantankini on May 28th, 2008 | Filed under: Nasional, Umno

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Segala spekulasi mengenai kemasukan semula bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor ke pangkuan Umno akhirnya ternoktah apabila beliau menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula parti itu petang ini.

Bekas orang kanan Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu menyerahkan borang menyertai Umno kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. (more…)


Saya masih setia dengan PKR - Badrul Hisham

Written by kelantankini on May 28th, 2008 | Filed under: PKR, Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 28 Mei: “Jangan kaitkan saya dengan berita Ezam mahu menyertai Umno”, itulah reaksi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi KLpos.com.

Sebelum ini, laman web Malaysiakini menyiarkan berita berbentuk spekulasi mengenai kemungkinan Badrul akan menyertai Umno bersama-sama dengan Ezam. (more…)


Umno pilihan Ezam?

Written by kelantankini on May 28th, 2008 | Filed under: Nasional, Umno

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Selepas menimbulkan berbagai andaian mengenai arah tuju politiknya, Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka mengumumkan keputusan beliau untuk kembali menyertai Umno hari ini.

Menurut sumber daripada laman web KLpos, pengumuman mengenai kemasukan Ezam semula ke dalam Umno akan dibuat oleh Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. (more…)


BPR Mula Siasat Kes Video Lingam

Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under: Nasional

PUTRAJAYA, 27 Mei: Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah memulakan siasatannya terhadap kes pita video Lingam dan berjanji akan menemu bual semua individu yang disebut dalam rakaman itu.

Ia termasuk enam tokoh yang dikenal pasti oleh laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Berhubung Klip Video V K Lingam, kata Timbalan Ketua Pengarah (1) BPR Datuk Abu Kassim Mohamed. (more…)


Kerajaan tidak serius baiki mutu universiti

Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under: Parlimen

KUALA LUMPUR: 27 Mei: Menteri pengajian tinggi dituduh tidak serius untuk meningkatkan kualiti universiti tempatan apabila menjawab secara sambil lewa soalan seorang wakil pembangkang berhubung kaedah pemilihan naib canselor.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menimbulkan rasa tidak senang Tony Pua sewaktu menjawab secara ringkas soalan bertulisnya mengenai kedudukan naib canselor Universiti Malaya (UM) selepas ia terus merosot dalam pemeringkatan universiti dunia. (more…)


Speaker tolak usul Pulau Batu Puteh

Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under: Parlimen

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Usul tergempar di bawah Perkara 18 (1) yang dibawa Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mengenai kes Pulau Batu Puteh ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas alasan tidak perlu disegerakan.

Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Salahuddin beberapa kali bangun mendesak budi bicara Speaker agar meluluskan usul tersebut untuk dibahaskan. (more…)


Mahathir kesal benarkan Abdullah sertai semula Umno

Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under: Umno

SUBANG, 27 Mei: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau menyesal kerana membenarkan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menyertai semula Umno, seterusnya bertanding jawatan dalam parti.

Bercakap kepada pemberita selepas pulang dari Tokyo, Jepun di sini, petang ini, beliau yang mengumumkan keluar parti 19 Mei lalu berkata, perjuangan ahli Umno sekarang lebih mengutamakan pemimpin tertentu, bukannya parti. (more…)


Mangsa tragedi Memali dilantik Senator

Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under: Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang juga salah seorang mangsa serangan ganas polis ke atas penduduk Kampung Memali, Muhamad Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara, semalam.

Muhamad Yusof mengangkat sumpah bersama seorang lagi yang dilantik mewakili kerajaan negeri Kedah, Ir Zamri Yusuf. (more…)