Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under:
Pakatan Rakyat
PULAU PINANG, 27 Mei: Kerajaan negeri akan mengikut jejak Selangor yang melarang sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari.
Timbalan Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berkata beliau bersetuju dengan langkah diambil kerajaan negeri Selangor, seperti diumumkan exco, Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam. (more…)
Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under:
Kelantan

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat beserta rombongannya berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah kira-kira jam 3 pagi tadi.
Menteri Besar Kelantan itu dijadualkan berada di Tanah Suci Mekah selama dua minggu dan dijangka pulang pada 9 atau 10 Jun depan. (more…)
Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under:
Kelantan
KOTA BHARU, 27 Mei: Pejabat Sultan Kelantan mengesahkan menerima surat daripada Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memaklumkan Dato’ Husam Musa dilantik menjalankan tugas-tugas Menteri Besar sepanjang beliau bercuti selama dua minggu.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Dato’ Abdul Halim Ahmad berkata, surat daripada Menteri Besar diterima semalam dan dan akan akan diserahkan kepada Sultan hari ini bagi mendapatkan perkenan. (more…)
Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under:
Kelantan
KOTA BHARU, 27 Mei: Istana Kelantan hari ini menafikan bahawa Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob mendapat serangan jantung selepas menghadap Sultan Kelantan, awal pagi Sabtu lalu sebagaimana laporan beberapa akhbar.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Dato’ Abdul Halim Ahmad berkata Ahmad mengalami tanda-tanda mendapat serangan itu selepas menghadiri satu majlis di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa pada tarikh tersebut. (more…)
Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under:
Respon
Oleh Ibnu Khuzaimah
DEWAN Undangan Negeri Selangor hari meluluskan sejumlah RM127.483 juta bajet tambahan peruntukan pembangunan bagi tahun 2007. Bajet tambahan ini bertujuan menampung pembayaran pelbagai Jabatan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Perbendaharaan, JKR serta sejumlah peruntukan perbendaharaan luar jangka, di bawah Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2007) 2008, semua peringkat. (live parlimen)
Peruntukan ini antara lain menampung kekurangan akibat keborosan dan terlebih belanja kerajaan lalu pimpinan Dato’ Seri Dr Khir Toyo. Dengan kelulusan ini pelbagai projek yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu terutama semasa PRU ke-12 akan dapat dibayar dengan segera. (more…)
Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under:
Pakatan Rakyat
SHAH ALAM, 26 Mei: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak membenarkan sebarang program yang dikaitkan dengan konsep Islam Hadhari dilaksana dan dikembangkan di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali berkata, melalui arahan tersebut, kesemua masjid dan surau di negeri itu tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep yang diperkenalkan oleh kerajaan BN pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. (more…)
Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under:
Parlimen
KUALA LUMPUR, 26 Mei: Persidangan Parlimen yang dijadual berakhir esok dilanjutkan dua hari lagi bertujuan untuk meluluskan Rang Undang-Undang, kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Permohonan untuk melanjutkan persidangan dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga ketua Whip Barisan Nasional (BN). (more…)
Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under:
Parlimen
KUALA LUMPUR 26 Mei: Dalam kesibukan wartawan membuat liputan Persidangan Dewan Rakyat hari ini, tiba-tiba bilik media dikejutkan dengan kejadian kecurian komputer riba milik seorang wartawan media Internet, Malaysiakini.com.
Menurut laporan Bernama, wartawan berkenaan, S Pathmawathy hanya menyedari kehilangan komputer ribanya tengah hari tadi sebaik kembali dari membuat liputan di lobi Parlimen. (more…)
Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under:
Nasional
KUALA LUMPUR, 26 Mei: Ketua Umno Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan kelemahan yang berlaku dalam perbicaraan kes Pulau Batu Puteh hingga hak Malaysia itu jatuh kepada Singapura.
Beliau menyifatkan kenyataan Menteri Luar Negara, Dato’ Seri Dr Rais Yatim bahawa keputusan Pulau Batu Puteh itu sebagai ‘win-win situation‘ tidak benar. (more…)
Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under:
Kelantan,
PAS
Oleh Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 26 Mei: Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob yang dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) awal pagi Sabtu lalu kini semakin pulih.
Beliau menjalani rawatan coronary angiogram pagi semalam dan keadaannya hari ini semakin stabil. (more…)
Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under:
Kelantan,
PAS
Oleh Rizal Tahir
PENGKALAN CHEPA, 26 Mei: Anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Husam Musa diberi tanggungjawab menjalankan tugas-tugas sebagai Menteri Besar Kelantan selepas Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bercuti kerana menunaikan ibadat umrah.
Pada awalnya jawatan itu dipangku Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, namun pada pagi Sabtu lalu beliau dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian akibat serangan jantung. (more…)
Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under:
Kelantan,
PAS
KOTA BHARU, 26 Mei: Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berlepas ke tanah suci Mekah malam ini bagi menunaikan ibadah umrah selama kira-kira dua minggu.
Pengawal peribadinya berkata rombongan Mursyidul Am Pas itu yang diiringi seramai 20 orang akan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa jam 8 malam ini. (more…)
Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under:
Pakatan Rakyat
PARTI Rakyat Malaysia (PRM) menggesa kerajaan Malaysia membatalkan niat membentuk jawatankuasa bersama dengan Singapura dalam projek Iskandar Malaysia susulan jatuhnya Pulau Batu Puteh ke tangan negara jiran itu minggu lepas.
Presidennya Hassan Abdul Karim berkata tidak ada rasionalnya republik itu terlibat dalam pembangunan Malaysia dan tidak mahu kejadian yang sama “berulang seperti yang terjadi pada Pulau Batu Puteh”. (more…)
Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under:
PAS
JOHOR BAHRU, 26 Mei: PAS membuat laporan polis terhadap bekas menteri luar Dato’ Syed Hamil Albar, menteri besar Johor Dato’ Abdul Ghani Othman dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kehilangan hak Pulau Batu Puteh kepada Singapura.
Ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman bersama 30 orang membuat laporan tersebut di balai polis Johor Bahru, kira-kira jam 12 tengah hari tadi. (more…)
Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under:
Pakatan Rakyat
WAKIL Pakatan Rakyat akan membawa usul tergempar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini bagi membantah penahanan berlanjutan seorang rakan mereka M Manoharan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Usul tersebut dijangka dibawa oleh anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Wen Sang, petang ini. (Live Parlimen) (more…)