Rancangan ‘Blog’ TV1 - live
Klik di sini untuk mengikuti secara langsung rancangan ‘Blog’ yang disiarkan menerusi RTM1.
Klik di sini untuk mengikuti secara langsung rancangan ‘Blog’ yang disiarkan menerusi RTM1.
Konvensyen Royalti Minyak Terengganu hari ini, 14 Jun 2008 (Jam 9.00 pagi - 5.30 petang) di TER Kuala Ibai, Terengganu. Klik butang ‘Play’ jika siaran tidak berjalan secara automatik.
Klik di sini (sila gunakan Internet Explorer) untuk menyaksikan Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan secara langsung oleh TV1 dari Istana Negara, Kuala Lumpur.
Ahli panel terdiri daripada Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakaria, Ustaz Uthman el-Muhammadi.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agung turut berangkat menyaksikan forum berkenaan.
Klik di sini untuk ikuti siaran ulangan “Forum Ehwal Islam” di Stadium Malawati Shah Alam.
Klik di sini untuk ikuti siaran ulangan “Sidang Parlimen 7 & 8 Mei” di Dewan Rakyat. (Sesuai dengan Firefox)
Oleh M Lokman Yasin
SAYA berpendapat kalau nak berhujah berhubung dengan masalah minyak negara, sama ada kerajaan atau pembangkang masing-masing ada hujah dan pandangan sendiri yang nampak relevan. Maknanya kalau kita dengar pihak kerajaan berhujah ada betulnya dan begitu juga dengan pandangan dan hujah pembangkang.
Saya bersetuju dengan Salahuddin yang menyarankan agar masalah minyak negara ini semua parti politik, pemerintah dan NGO bergabungkan idea di satu meja bulat dengan mengetepikan politik buat seketika. (more…)
Oleh Pemudasabah
SEDIH saya melihat kelibat YB Salahuddin kena tibai oleh Dato’ Shahrir Samad dalam perdebatan isu kenaikan harga minyak malam ini di RTM 1 yg disiarkan secara langsung.
Umpama menegakkan benang yg basah, YB Salahuddin dilihat beberapa kali mengulangi perkataan “Prudent” yg semakin lama kita mendengarnya, semakin bosanlah untuk kekal di depan kaca televisyen. (more…)
Oleh Matlan75
Saya baru saja menyaksikan perdebatan pasal kenaikan harga minyak secara live di RTM1 jam 9.30 malam tadi. Apa yg saya ingin menyatakan sedikit kekesalan di atas hujah yg disampaikan oleh YB Salahuddin ketika berdebat dengan YB BN. Isunya kurang panas.
Isu yg dibangkitkan terlalu global, sedangkan banyak perkara tidak dibangkitkan. Kemarahan rakyat sekarang ini ialah pasal Malaysia adalah negara pengeluar minyak dunia, keuntungan hampir beratus billion, kenapa tidak diperincikan ke mana saluran wang petronas diagihkan, kita mahu jawapan yg tepat, bukan berdolak dalih seperti mana yg dijawab oleh menteri BN. (more…)
Oleh Sebolku
YB Salahudin (Ayub) agak mengecewakan apabila berada dikaca TV bersama Shahrir Samad. Sudah beberapa kali ditanyakan penyelesaian pengagihan subsidi akan tetapi penyelesaian yang diberikan adalah umpama menyalahkan kerajaan tidak duduk berbincang dan tentang ketelusan PETRONAS.
Cadangkan sahajalah subsidi itu diberikan kepada semua rakyat melalui subsidi makanan setiap orang bagi sebagaimana Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat. (more…)
Bagi yang tidak sempat menonton siaran langsung rancangan ‘Bersemuka‘ yang melibatkan Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato; Shahrir Samad malam tadi, anda boleh download di bawah.
Rancangan selama sejam itu hanya sempat dirakam selama 40 minit kerana terdapat gangguan siaran melalui internet. (more…)
Rakaman pandangan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub pada rancangan “Bersemuka” mengenai isu harga minyak bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahril Samad.
Siaran langsung bermula dari jam 9.30 hingga 10.30 malam ini (10 Jun 2008). Siaran langsung menerusi internet mengalami sedikit gangguan. (more…)
KETUA Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dijadualkan akan muncul di kaca televisyen menerusi rancangan “Bersemuka” TV1 bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak, malam ini.
Salahuddin akan berbalas hujah dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahril Samad berhubung rasional kerajaan menstrukturkan semula harga bahan api sehingga mengakibatkan kenaikan mendadak harga runcit petrol dan diesel 5 Jun lalu.
Rancangan “Bersemuka” itu akan disiarkan secara langsung di TV1 mulai jam 9.30 malam.
** Makluman: Siaran langsung boleh diikuti di sini mulai jam 9.29 malam ini. Siaran hanya boleh diikuti dengan browser Internet Explorer sahaja.(Klik di sini jam 9.29 malam ini untuk mengikuti siaran langsung berkenaan)
Siaran langsung ini sesuai dilayari dengan browser Internet Explorer.
(Klik di sini jika anda menggunakan browser Mozilla Firefox).
08.30 - 09.30: Sesi 1 (Ustaz Mohamed Daud)
09.30 - 10.30: Sesi 2 (Ustaz Nik Mohd Amar)

KOTA BHARU, 4 Jun: Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, kerajaan BN benar-benar sudah membalas budi rakyat Malaysia dengan menaikkan harga petrol sebanyak 41 peratus.
“Inilah hadiah istimewa kepada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lalu. Kerajaan membalas pengorbanan rakyat dengan menghumbankan mereka ke kancah kehidupan yang lebih teruk. (more…)
KOTA BHARU, 5 Jun: Pengumuman mengejut kenaikan harga petrol dan diesel sehingga 40 peratus oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyaksikan stesen minyak di seluruh negara sesak teruk dengan ratusan kenderaan.
Tinjauan di sekitar ibu negara mendapati semua stesen minyak di ibu negara menjadi sesak dan hampir tidak terkawal. (more…)
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Para pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan kenaikan harga petrol dan diesel pada kadar 41 peratus mulai hari ini sebagai yang terburuk dalam sejarah negara.
Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaffar berkata sebagai negara pengeluar minyak, kerajaan tidak sepatutnya menaikkan harga bahan bakar itu sebegitu tinggi walaupun ia adalah fenomena dunia yang tidak dapat dielakkan. (more…)