Archive for July, 2008

Wan Azizah letak jawatan ahli Parlimen Permatang Pauh

Written by kelantankini on Jul 31st, 2008 | Filed under: Nasional, PKR, Pakatan Rakyat, Parlimen

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail membuat pengumuman mengejut hari ini apabila meletakkan jawatannya sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh.

Katanya, pengundurannya itu bagi membolehkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya kecil nanti. (more…)


Anwar bimbang ’sample’ DNA dimanipulasi

Written by kelantankini on Jul 18th, 2008 | Filed under: Nasional

KUALA LUMPUR: Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menolak permintaan polis untuk melakukan ujian DNA melahir rasa bimbang contoh darah beliau akan dimanipulasi individu tertentu bagi menyabitkannya terhadap dakwaan liwat yang dibuat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Anwar, jika pihak berkuasa memperoleh DNAnya, perkara yang tidak benar boleh terjadi memandangkan Mohd Saiful masih berada dalam perlindungan polis.

Mantan timbalan perdana menteri itu tidak menolak kemungkinan berkenaan memandangkan pihak polis masih tidak menunjukkan laporan polis dibuat Mohd Saiful ke atas dirinya dan ia telah menimbulkan keraguan di pihak beliau yang bimbang laporan berkenaan akan dipinda. (Berita selanjutnya..)


DNA: Terserah pada polis jika hendak guna perintah mahkamah

Written by kelantankini on Jul 18th, 2008 | Filed under: Nasional, Pakatan Rakyat

PEGUAM kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata pihak polis boleh memohon kepada mahkamah jika mereka merasakan hanya cara berkenaan sahaja jalan bagi mengambil sampel DNA anak guamnya itu.

Bagaimanapun, Sankara mengingatkan pihak polis, mahkamah tidak semestinya memberi kebenaran kepada pasukan keselamatan itu berbuat demikian sebagaimana pernah berlaku dalam kes-kes sebelum ini.

“Terdapat satu kes yang didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KC Vohrah yang tidak membenarkan polis memaksa sesiapa memberi contoh darah atau contoh dari badan,” katanya. (Berita selanjutnya..)


Kuliah Jumaat - 18 Julai 2008

Written by kelantankini on Jul 18th, 2008 | Filed under: Kuliah

Siaran langsung ini sesuai dilayari dengan browser Internet Explorer.
(Klik di sini jika anda menggunakan browser Mozilla Firefox).

08.30 - 09.30: Sesi 1 (Ustaz Nik Mohd Amar)
09.30 - 10.30: Sesi 2 (…)