Archive for August, 2008

HPA dapat pengiktirafan kerajaan

Written by kelantankini on Aug 13th, 2008 | Filed under: Nasional

SYARIKAT bumiputera, HPA Industries Sdn Bhd yang terkenal dengan produk kopi ‘Radix’ berjaya membuktikan herba mampu menjana keuntungan apabila pada tahun 2007 nilai jualan produk keluaran syarikat itu mencecah RM63 juta.

Kopi Radix antara produk popularnya, terkenal dengan ungkapan iklan ‘Mai Secawan‘.

Berikutan pencapaian tersebut, HPA telah dipilih untuk menerima Anugerah Perdana Menteri yang pertama kali diperkenalkan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK), semalam. (more…)


TG Nik Aziz: ‘Saya sedia disiasat BPR’

Written by kelantankini on Aug 10th, 2008 | Filed under: Kelantan

KOTA BHARU: Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan wujudnya unsur kronisme dalam pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), sebaliknya dibuat berdasarkan kelayakannya.

Beliau berkata, Ariffahmi Abdul Rahman yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan dipercayai mampu menjalankan tanggungjawab itu setelah COO sebelum ini meletak jawatan. (more…)


Forum Perniagaan Islam Antarabangsa - live

Written by kelantankini on Aug 9th, 2008 | Filed under: Kelantan, Nasional, TV @ Video

Siaran langsung Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa dari Kota Bharu, Kelantan yang bermula hari ini. (Klik di sini jika anda menggunakan browser Mozilla Firefox).


TERKINI.. Majlis Peguam tidak teruskan forum ~ Malaysiakini

Written by kelantankini on Aug 9th, 2008 | Filed under: Nasional

FORUM anjuran Majlis Peguam bertemakan ‘memeluk Islam’ yang dijadual diadakan pagi ini akhirnya tidak diteruskan, susulan bantahan keras masyarakat Islam.

Menurut laporan terkini daripada portal berita Malaysiakini, pembatalan forum kontroversi itu dimaklumkan oleh anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin yang masuk sendiri ke tempat forum berkenaan dijadual diadakan.

“Saya naik sendiri dan melihat forum telah dibubarkan dan saya memberitahu (mereka), tidak mahu lagi forum seperti ini diadakan,” katanya. (Berita penuh..Forum ‘memeluk Islam’ akhirnya dihentikan)


500 berhimpun bantah Forum memeluk Islam

Written by kelantankini on Aug 9th, 2008 | Filed under: Nasional

KUALA LUMPUR: Seramai 500 orang sedang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi kerana membantah penganjuran forum awam memeluk Islam anjuran majlis tersebut.

Pada masa yang sama kelihatan kira-kira 80 anggota polis ditempat di situ bagi mengawal orang ramai. Manakala kenderaan polis turut diletakkan di hadapan bangunan tersebut.

Ketika berucap kepada orang ramai, Naib Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Jais Karim berkata, mereka membantah penganjuran forum tersebut kerana ia mencabar hak istimewa orang Melayu dan agama Islam. (more…)


Chandra sifatkan Anwar taksub jadi PM

Written by kelantankini on Aug 9th, 2008 | Filed under: Nasional

PERCUBAAN Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri melalui “pintu belakang” dengan menyeru ahli-ahli parlimen BN melompat parti beramai-ramai tidak disenangi bekas pemimpin PKR, Dr Chandra Muzaffar dan menyifatkan perbuatan itu tidak beretika dan tidak demokratik.

“Kabinet yang ditubuhkan menerusi cara itu daripada segi moralnya tidak berkredibiliti. Parlimen sendiri akan tercemar. Badan eksekutif dan penggubal undang-undang akan dianggap oleh rakyat sebagai institusi yang kehilangan integriti,” katanya hari ini.

Memperoleh kuasa melalui pintu belakang akan merendahkan martabat politik, katanya, dan Anwar juga tidak mempunyai mandat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi. (more…)


Kronologi kes liwat Anwar Ibrahim

Written by kelantankini on Aug 8th, 2008 | Filed under: Nasional, PKR

MANTAN Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akhirnya didakwa di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta semalam atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii (liwat) selepas sebulan lebih polis menjalankan siasatan kes berkenaan. (more…)


Kuliah Jumaat - 8 Ogos

Written by kelantankini on Aug 8th, 2008 | Filed under: Kuliah

Siaran langsung ini sesuai dilayari dengan browser Internet Explorer.
(Klik di sini jika anda menggunakan browser Mozilla Firefox).

08.30 - 09.30: Sesi 1 (Ustaz Mohamed Daud Al-Iraqi)
09.30 - 10.30: Sesi 2 (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)


Dr Mohamed pertahan laporan Saiful tidak diliwat - Malaysiakini

Written by kelantankini on Aug 7th, 2008 | Filed under: Nasional

DALAM akuan berkanunnya itu, kini beredar di internet, Dr Mohamed Osman berkata, Mohd Saiful pada mulanya menemui seorang doktor wanita tetapi kemudiannya dirujuk kepadanya kerana pemuda itu mahu diperiksa oleh seorang doktor lelaki.

Katanya, berdasarkan pengalamannya, beliau pernah berdepan dengan ramai pengadu seumpama itu. Oleh itu, beliau menjalankan pemeriksaan yang sesuai ke atas pesakit tersebut.

Dr Mohamed Osman berkata, beliau telah menjalankan pemeriksaan rektum dan mencatatkan laporannya dalam ‘folder pemeriksaan perubatan standard’ Hospital Pusrawi. (more…)


Ayahanda Haji Saufi (Pak Su Pi) dalam kenangan

Written by kelantankini on Aug 6th, 2008 | Filed under: Kelantan, PAS

Catatan Lanjusoh

KOTA BHARU: Perkataan takbir seringkali dilaungnya bagi menyemarakkan semangat orang ramai dalam satu-satu majlis. Kemudian orang ramai yang hadir menyambut dengan melaungkan Allahuakbar.

Ucapan itu sering didengari di mana sahaja beliau hadir. Celotehnya agak kelakar namun berkesan sehingga ke lubuk jiwa.

Beliau dikenali ramai kerana kepetahannya ketika mempengerusikan majlis ceramah dengan pelbagai coloteh. Di pentas mana beliau hadir, orang ramai yang mendengar tentunya tidak kering gusi. (more…)


Malaysiakini: Pilihan raya Permatang Pauh 26 Ogos

Written by kelantankini on Aug 6th, 2008 | Filed under: Nasional, pilihan raya

Penamaan calon 16 Ogos

SEGALA teka teki berhubung pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh akhirnya terjawab apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 16 Ogos depan sebagai hari penamaan calon dan 26 Ogos sebagai tarikh pembuangan undi jika terdapat pertandingan.

Kerusi parlimen Permatang Pauh diisytiharkan kosong setelah penyandangnya, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kedudukannya selaku anggota parlimen kawasan berkenaan bagi memberi laluan kepada Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Wan Azizah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Hj Mulia, 31 Julai lalu. (more…)


Rasuah memang berlaku dalam pemilihan Umno - BPR

Written by kelantankini on Aug 6th, 2008 | Filed under: Umno

PUTRAJAYA: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menyiasat beberapa kes rasuah dalam mesyuarat pemilihan cawangan Umno selepas menahan calon Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang pada Sabtu lalu kerana disyaki memberi sogokan wang kepada seorang ahli parti.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, laporan yang diterima BPR menunjukkan gejala rasuah memang berlaku dalam pemilihan Umno walaupun bilangannya kecil.

“Kita ada beberapa kes lagi dalam siasatan tetapi biarlah kita selesaikan dulu. Kita juga ada terima laporan ia memang berlaku tetapi tidak banyak dan kita akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya selepas perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini, Isnin.

Ahmad Said diminta mengulas tindakan BPR berhubung dakwaan politik wang pada pemilihan Umno tahun ini.

Kelmarin, Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata Mohd Nor ditahan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 ketika memberi sogokan RM500 kepada ahli berkenaan di Seremban pada jam 4 petang. (Berita penuh..)


“Pemilihan Umno paling buruk” - Syed Hamid Albar

Written by kelantankini on Aug 5th, 2008 | Filed under: Umno

KOTA TINGGI: Pemilihan cawangan Umno yang sedang berlangsung sekarang, adalah yang paling buruk pernah disaksikan, demikian pengakuan terbuka Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dato’ Seri Syed Hamid Albar mengenai kemelut parti itu yang disiarkan akhbar Berita Harian hari ini (4 Ogos). (Sambungan.. klik)


Husam: Pilihan Raya Permatang Pauh rapatkan perpaduan dalam Pakatan

Written by kelantankini on Aug 1st, 2008 | Filed under: Pakatan Rakyat

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa menyifatkan keputusan Presiden PKR, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatannya sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh telah memberi pukulan maut kepada Barisan Nasional.

Katanya, keputusan itu secara tidak langsung mampu mewujudkan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat yang digambarkan ‘mengalami keretakan teruk’ oleh media pro BN.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri Kelantan menyifatkan serangan media yang bertujuan memporakperandakan gabungan Pakatan Rakyat lenyap sekelip mata ekoran pengumuman Wan Azizah. (more…)


Pilihan raya Permatang Pauh sebelum Ramadan?

Written by kelantankini on Aug 1st, 2008 | Filed under: Minda, Nasional

NEGARA bakal menyaksikan pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu berikutan keputusan Presiden PKR, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh petang semalam.

Berdasarkan peruntukan undang-undang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan wujud.

Persoalan yang timbul kini ialah umat Islam bakal menyambut ketibaan bulan Ramadan sama ada 31 Ogos atau 1 September depan. (more…)