MB Perak ceramah di Putik malam ini
18 Mei
KOTA BHARU: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan berceramah bersama Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (Putik) malam ini.
Turut menyampaikan ceramah bersama dua Menteri Besar itu ialah Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa.
Ini adalah ceramah pertama Mohammad Nizar di negeri Kelantan sejak dilantik sebagai Menteri Besar Perak.
Sebelum ini Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak berceramah bersama Tuan Guru Nik Aziz buat julung kalinya, 25 Mac lalu.
**************
Sejak tiga minggu lalu laman web ini tidak dapat dikemaskini seperti biasa. Hal ini kerana pihak admin sedang menyiapkan laman web ini ke alamat utama (www.kelantankini.com).
Pembinaan laman web berkenaan telah mengambil sedikit masa kerana terpaksa dibuat secara bersendirian dan tiada sokongan sebagaimana diharapkan.
Sejak dibangunkan bermula Februari lalu, kami hanya menerima sumbangan sebanyak RM70 daripada dua orang hamba Allah yang ikhlas membantu.
Hanya sedikit sumbangan hasil daripada ruangan iklan membolehkan laman web ini dapat digerakkan.
Justeru itu kami memohon maaf jika dalam tempoh sebulan lalu laman web ini bergerak amat perlahan.
Sebab itu kami menyusun semula laman web kelantankini agar lebih menarik dan lebih banyak ruang iklan untuk menampung kos operasi.
Kepada mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menguhubungi kami melalui email kelantankini@gmail.com
Kami juga sangat mengalu-alukan mereka yang ingin menempah ruangan iklan dan boleh menghubungi email yang sama.
Kepada semua yang terus memberi sokongan moral, kami mengucapkan terima kasih tidak terhingga, jazakallah khairal jaza’.
Selepas ini laman web kelantankini boleh terus dilayari di alamat utama (www.kelantankini.com). Bagaimanapun laman web berkenaan masih belum siap sepenuhnya.
Laman ini pula akan tetap dikekalkan dan boleh dilayari seperti biasa.
































Leave a Reply