Empat syarat lelaki harus pakai gelang bermagnet

Written by kelantankini on May 25th, 2008 | Filed under: Agama

IPOH, 25 Mei: Pemakaian gelang bermagnet yang dikatakan mempunyai unsur perubatan dan menjadi satu trend kini adalah harus sekiranya memenuhi empat syarat yang ditetapkan, kata Ketua Penolong Mufti Negeri Perak Ustaz Zamri Hashim.

Beliau berkata syarat pertama ialah pemakai gelang bermagnet itu tidak beri’tiqad (kepercayaan atau keyakinan di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kerana yang memberi kesan adalah Allah SWT.

“(Kedua) Tidak berniat memakai gelang berkenaan kerana menyerupai wanita dan bukan bertujuan untuk bermegah-megah kerana semakin lahir kebelakangan ini trend menghiasai gelang-gelang berkenaan dengan aksesori-aksesori seperti perhiasan wanita.

Haram memakai gelang yang diperbuat daripada emas,” katanya di dalam satu kertas kerja ringkas yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak di sini.

Beliau berkata syarat seterusnya ialah gelang bermagnet itu mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa.

“Bukti itu mestilah datang daripada para doktor atau ahli sains yang amanah lagi thiqah (boleh dipercayai). Tidak memadai hanya dengan penerangan jurujual sahaja,” katanya.

Menurut Zamri syarat yang terakhir ialah jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai maka adalah lebih baik pemakai gelang bermagnet itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan pemakaian gelang berkenaan.

Beliau mengakui bahawa terdapat dua pandangan berkenaan isu pemakaian gelang bermagnet iaitu pandangan pertama menyatakan ia haram dipakai kerana menyerupai perempuan manakala pandangan kedua mengatakan ia harus dipakai kerana bertujuan berubat dengan masing-masing mengemukakan dalil mereka.

“Oleh kerana perkara ini telah menimbulkan perselisihan pandangan antara para ilmuan, maka kaedah yang dicadangkan oleh Imam As Suyuti iaitu keluar dari khilaf (keliru) adalah digalakkan,” katanya.

Beliau berkata kertas kerja ringkas itu sekadar membawakan penghujahan kedua-dua pihak dan cuba membuat kesimpulan sekadar yang mampu supaya masyarakat mendapat gambaran terhadap perbincangan yang berlaku.

“Perbincangan ringkas ini masih boleh diberi pandangan oleh para pembaca dengan membawa dalil-dalil dan hujah-hujah tetapi janganlah sampai memanjang-manjangkannya sehingga terlupa kepada isu yang lebih penting,” katanya. - Bernama

********************

Ringkasan syarat-syarat tersebut:

bullet button pemakainya tidak beriktikad (yakin di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanyalah Allah,

bullet button pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.

bullet buttongelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang berwibawa.

bullet buttonjika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


3 Responses to “Empat syarat lelaki harus pakai gelang bermagnet”

  1. tiap-tiap yg haram itu tidak boleh digunakan sbg ubat,pakai gelang tu hukumnya haram bg lelaki walaupun bukan emas,jadi tak payah nak khilaf2 lagi,lagi pun doktor dah sahkan gelang tu x ada memberi apa2 kesan,hanya salesman je yg ckp ok,byk lagi ubat lain lain pd gelang,ini semua agenda yahudi untuk sesatkan orang islam,pas tu kita berbalah pasal gelang hingga lupa agenda yg lebih besar untuk tegakkan hukum Allah atas muka bumi ini

  2. Salam..

    Jikalau Magnet betul2 untuk ubat pd tubuh,Magnet tak haram,yg jadi khilaf ialah sewaktu pakai bg Lelaki..ini yg bicangkn..

    kalau pakai malam kat umh.dari jam 9mlm sampai subuh,sudah memadai jikalau tujuan ubat pd tubuh manusia..

    Tnya doktorlah sekadar mane aliran itu untuk tubuh..

    Tapi cuba kaji balik,Madu Lebah yg disebut dlm Al-Quran Mukjizat besar..Madu adalah ubat segala2nye..Syifat bg org2 Mukmin sekalian alam..

    Cuba kaji Tuan/Puan

  3. tak payah jatuhkan diri anda dalam kancah syubahah / fitnah/ porak peranda…… saya nak tya grup yg sgt2 KEMARUK GELANG ne…. 1.abih dh ka ubatan2 lain
    2. & kalu x pakai gelang tu disahkan mati ka…..
    3. abih dh ka ubatan lain dicuba
    4. doktor islam ka kpiaq kata gitu
    5. pa penyakit sangat2 kronik tu…..hngga sagup nk tukaq dgn benda syubahah
    6. saya nk tya doktor mana saggup fatwa gitu….. kalu gitu pakat2 paggang daging ba_i la….. sbb kata doktor daging tu berkhasiat…… amacam? bule ka….. tp kalu di tengah2 hutan makanan x jupa dh nk meniggal tu suma tau……… waalahualam…

Leave a Reply