Archive for the ‘Kelantan’ Category

Khutbah Aidil Fitri 1429H - Tok Guru Nik Aziz

Written by kelantankini on Oct 3rd, 2008 | Filed under: Kelantan, TV @ Video

Rakaman Khutbah Hari Raya Aidil Fitri 1 Syawal 1429H/1 Oktober 2008M yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Masjid Pulau Melaka:

Video 1

(more…)


Ahli perniagaan ditembak ketika ke masjid Pulau Melaka

Written by kelantankini on Sep 28th, 2008 | Filed under: Kelantan

KOTA BHARU, 27 September: Seorang ahli perniagaan ditembak mati ketika beliau dan keluarganya sedang dalam perjalanan hendak menunaikan sembahyang Isyak dan tarawih di Masjid Pulau Melaka, Jalan Pulau Melaka di sini malam ini.

Mohamad Salleh, 60-an, dipercayai ditembak dua das tembakan oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, semasa beliau sedang memandu pacuan empat rodanya jenis Toyota Hilux untuk ke masjid kira-kira 8.15 malam.

Difahamkan Mohamad terkena tembakan yang dilepaskan dari bahagian hadapan menerusi cermin kenderaannya, mengakibatkannya cedera di kepala dan dada serta meninggal di tempat kejadian. (more…)


Tragedi pembunuhan di Pulau Melaka..2

Written by kelantankini on Sep 28th, 2008 | Filed under: Kelantan

Sekitar lokasi di tempat kejadian:

(more…)


Tragedi pembunuhan di Pulau Melaka

Written by kelantankini on Sep 28th, 2008 | Filed under: Kelantan

Tarikh: 27 Ramadhan 1429 / 27 September 2008

Masa: Antara 8.10pm - 8.45pm

Lokasi: Jalan Pulau Melaka - Kota Jembal.

Mangsa: Dari Kampung Tanjung, Kota Jembal.

Kejadian: Mangsa ditembak dari jarak dekat oleh lelaki dipercayai menunggang motosikal dalam perjalanan untuk menunaikan solat Isyak dan Terawih di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Tragedi ini menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Pulau Melaka ke Kota Jembal setelah polis menutup laluan berkenaan kepada semua kenderaan bagi siasatan kes berkenaan yang berlarutan hingga larut malam. (more…)


TG Nik Aziz: ‘Saya sedia disiasat BPR’

Written by kelantankini on Aug 10th, 2008 | Filed under: Kelantan

KOTA BHARU: Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan wujudnya unsur kronisme dalam pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), sebaliknya dibuat berdasarkan kelayakannya.

Beliau berkata, Ariffahmi Abdul Rahman yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan dipercayai mampu menjalankan tanggungjawab itu setelah COO sebelum ini meletak jawatan. (more…)


Forum Perniagaan Islam Antarabangsa - live

Written by kelantankini on Aug 9th, 2008 | Filed under: Kelantan, Nasional, TV @ Video

Siaran langsung Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa dari Kota Bharu, Kelantan yang bermula hari ini. (Klik di sini jika anda menggunakan browser Mozilla Firefox).


Ayahanda Haji Saufi (Pak Su Pi) dalam kenangan

Written by kelantankini on Aug 6th, 2008 | Filed under: Kelantan, PAS

Catatan Lanjusoh

KOTA BHARU: Perkataan takbir seringkali dilaungnya bagi menyemarakkan semangat orang ramai dalam satu-satu majlis. Kemudian orang ramai yang hadir menyambut dengan melaungkan Allahuakbar.

Ucapan itu sering didengari di mana sahaja beliau hadir. Celotehnya agak kelakar namun berkesan sehingga ke lubuk jiwa.

Beliau dikenali ramai kerana kepetahannya ketika mempengerusikan majlis ceramah dengan pelbagai coloteh. Di pentas mana beliau hadir, orang ramai yang mendengar tentunya tidak kering gusi. (more…)


Tuan Guru Nik Aziz selamat berangkat ke Mekah

Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under: Kelantan

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat beserta rombongannya berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah kira-kira jam 3 pagi tadi.

Menteri Besar Kelantan itu dijadualkan berada di Tanah Suci Mekah selama dua minggu dan dijangka pulang pada 9 atau 10 Jun depan. (more…)


Istana sahkan terima surat lantik Husam pangku tugas MB

Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under: Kelantan

KOTA BHARU, 27 Mei: Pejabat Sultan Kelantan mengesahkan menerima surat daripada Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memaklumkan Dato’ Husam Musa dilantik menjalankan tugas-tugas Menteri Besar sepanjang beliau bercuti selama dua minggu.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Dato’ Abdul Halim Ahmad berkata, surat daripada Menteri Besar diterima semalam dan dan akan akan diserahkan kepada Sultan hari ini bagi mendapatkan perkenan. (more…)


Istana nafi TMB sakit jantung selepas menghadap sultan

Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under: Kelantan

KOTA BHARU, 27 Mei: Istana Kelantan hari ini menafikan bahawa Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob mendapat serangan jantung selepas menghadap Sultan Kelantan, awal pagi Sabtu lalu sebagaimana laporan beberapa akhbar.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Dato’ Abdul Halim Ahmad berkata Ahmad mengalami tanda-tanda mendapat serangan itu selepas menghadiri satu majlis di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa pada tarikh tersebut. (more…)


TMB Kelantan beransur pulih

Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under: Kelantan, PAS

Oleh Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 26 Mei: Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob yang dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) awal pagi Sabtu lalu kini semakin pulih.

Beliau menjalani rawatan coronary angiogram pagi semalam dan keadaannya hari ini semakin stabil. (more…)


Husam pangku jawatan MB Kelantan

Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under: Kelantan, PAS

Oleh Rizal Tahir

PENGKALAN CHEPA, 26 Mei: Anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Husam Musa diberi tanggungjawab menjalankan tugas-tugas sebagai Menteri Besar Kelantan selepas Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bercuti kerana menunaikan ibadat umrah.

Pada awalnya jawatan itu dipangku Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, namun pada pagi Sabtu lalu beliau dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian akibat serangan jantung. (more…)


Tok Guru berangkat ke tanah suci malam ini

Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under: Kelantan, PAS

KOTA BHARU, 26 Mei: Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berlepas ke tanah suci Mekah malam ini bagi menunaikan ibadah umrah selama kira-kira dua minggu.

Pengawal peribadinya berkata rombongan Mursyidul Am Pas itu yang diiringi seramai 20 orang akan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa jam 8 malam ini. (more…)


TMB Kelantan dirawat di HUSM

Written by kelantankini on May 25th, 2008 | Filed under: Kelantan, PAS

Oleh Lanjusoh

KOTA BHARU, 25 Mei: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob dimasukkan ke wad ‘coronary care unit’ (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), tengah malam semalam.

Menurut sumber, beliau mengadu sakit dada ketika menghadiri program anjuran Badan Perhubungan PAS Kelantan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) selepas selesai menunaikan solat Maghrib. (more…)


Ustaz Nassuruddin dilantik Speaker DUN Kelantan

Written by kelantankini on Apr 28th, 2008 | Filed under: Kelantan

28 Apr | 10.15am
KOTA BHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Meranti, Ustaz Nasuruddin Haji Daud dilantik sebagai speaker DUN Kelantan yang baru sempena pembukaan Persidangan DUN Kelantan ke-12 dan majlis angkat sumpah Adun, pagi ini.

Pelantikan Ustaz Nasuruddin dicadangkan Adun Chempaka yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan disokong Adun Pasir Pekan (Timbalan Menteri Besar), Dato’ Ahmad Yacob. (more…)