Archive for the ‘Kelantan’ Category

Kelantan teruskan tekanan ke atas pendahulu liga

Written by kelantankini on Apr 26th, 2008 | Filed under: Kelantan

26 Apr | 10.20pm
SAINGAN merebut kejuaraan Liga Perdana bagi musim 2007/08 semakin sengit selepas Plus FC tidak beraksi pada perlawanan malam tadi, ditambah pula dengan kehadiran satu lagi pasukan sedang bangkit, Kelantan yang mencatat kemenangan selesa 4-1 ke atas Felda United.

Kuala Muda Naza dan Plus FC, masing-masing memiliki baki dua perlawanan, mengumpul 55 dan 54 mata manakala Kelantan yang berbaki satu perlawanan berada di tangga ketiga dengan 53 mata. (more…)


Perpustakaan al-Zahra’ anjur bengkel penulisan

Written by kelantankini on Apr 15th, 2008 | Filed under: Kelantan

15 Apr | 10.35pm
KOTA BHARU: Perpustakaan Awam Islam Dar Nur al-Zahra’ dengan kerjasama pengedar buku kanak-kanak Islam, MariBaca Bookstore dan penerbit buku terkemuka tanah air, PTS Publications Sdn Bhd akan menganjurkan bengkel penulisan pada 2 Mei depan.

Setiausaha Dar Nur al-Zahra’, Nor Haniza Taib berkata, bengkel sehari itu diadakan di Dewan Perpustakaan terbabit dan terbuka kepada umum khususnya mereka yang berminat dalam bidang penulisan dan menghasilkan buku sendiri. (more…)


Liga Perdana: Kelantan teruskan rentak kemenangan

Written by kelantankini on Apr 15th, 2008 | Filed under: Kelantan

Oleh Rahman Daud

15 Apr | 9.25pm
KOTA BHARU: Kelantan menarik nafas lega apabila menang tipis 1-0 ke atas Shahzan Muda dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Mohd Ke-IV malam tadi.

Bermain di depan lebih 10,000 penyokong sendiri, Kelantan dilihat gagal menyaingi kemampuan pemain Shahzan Muda yang mampu menyekat kemaraan dan asakan jentera serangan tuan rumah yang diketuai penjaring terbanyak kejohanan setakat ini, Mouhamadou Mustapa. (more…)


BN Kelantan cadang kemuka petisyen

Written by kelantankini on Apr 15th, 2008 | Filed under: Kelantan, Umno

Annuar Musa dakwa wujud unsur tidak sihat pada PRU-12

15 Apr | 9.05pm
KOTA BHARU: Barisan Nasional Kelantan dilaporkan akan mengemukakan petisyen sekiranya mendapat cukup bukti berlakunya amalan tidak sihat pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Annuar Musa bagaimanapun berkata, perkara tersebut akan diserahkan dulu kepada panel peguamnya untuk diteliti. (more…)


Ketua Umno Tanah Merah meninggal

Written by kelantankini on Apr 11th, 2008 | Filed under: Kelantan, Umno

KOTA BHARU: Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Dato’ Hashim Safin, 60, meninggal dunia jam 2.55 petang ini akibat serangan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini.

Beliau meninggal dunia selepas koma sejak 25 hari lalu akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 18 Mac lalu selepas terjatuh ketika berada di pejabat Umno Bahagian Tanah Merah. (more…)


Isu PAS jadi tunjang PR ditulis ikut tafsiran wartawan - TMB

Written by kelantankini on Apr 7th, 2008 | Filed under: Kelantan, PAS

Oleh Lanjusoh

7 Apr | 7.45pm
KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob melahirkan rasa kesal di atas laporan akhbar yang dianggap menyimpang daripada kenyataan asalnya mengenai isu Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau tidak bermaksud mahu parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat dipaksa menerima PAS sebagai tunjang kepada pakatan yang baru dibentuk. (more…)


“Datang lihat sendiri keadilan pemerintahan Islam di Kelantan” - Tok Guru

Written by kelantankini on Apr 6th, 2008 | Filed under: Kelantan, Pakatan Rakyat

6 Apr | 9.45pm
KOTA BHARU: Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam Pakatan Rakyat supaya datang melihat sendiri keadilan Islam yang ditonjolkan PAS di Kelantan sebelum mengeluar kenyataan bukan-bukan.

Katanya, kerajaan negeri pimpinan PAS tidak pernah mengabaikan hak rakyat bukan Islam di negeri ini sebaliknya mereka menikmati kehidupan seharian sebagaimana orang Islam lainnya. (more…)


PBT disaran tingkatkan usaha tarik pelancong

Written by kelantankini on Apr 6th, 2008 | Filed under: Kelantan

Oleh  Atif Idris

6 Apr | 9.10pm
PASIR MAS: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran meningkatkan usaha bagi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini sempena Tahun Melawat Kelantan 2008.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, tumpuan turut diberi kepada PBT yang terletak di kawasan pintu masuk ke Kelantan terutamanya Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang. (more…)


Annuar Musa tak setuju EGM selesai masalah Umno

Written by kelantankini on Apr 6th, 2008 | Filed under: Kelantan, Umno

6 Apr | 10.35am
KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Annuar Musa tidak bersetuju mesyuarat agung luar biasa (EGM) sebagai saluran untuk menyelesaikan masalah dalaman Umno.

Sebaliknya kata beliau, penyelesaian kepada masalah dihadapi Umno ketika ini adalah terletak di pundak Majlis Tertinggi parti itu. (more…)