Archive for the ‘Minda’ Category

Pilihan raya Permatang Pauh sebelum Ramadan?

Written by kelantankini on Aug 1st, 2008 | Filed under: Minda, Nasional

NEGARA bakal menyaksikan pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu berikutan keputusan Presiden PKR, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh petang semalam.

Berdasarkan peruntukan undang-undang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan wujud.

Persoalan yang timbul kini ialah umat Islam bakal menyambut ketibaan bulan Ramadan sama ada 31 Ogos atau 1 September depan. (more…)


Umno terkeluar dari perjuangan asal

Written by kelantankini on May 30th, 2008 | Filed under: Minda

Oleh Dr Mahathir Mohamad

SAYA ucap terima kasih kepada beberapa ahli Umno yang mahu saya kembali menjadi ahli.

Sebenarnya sejak saya melantik Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan dianya mengisi jawatan itu, Umno tidak pernah layan saya sebagai ahli Umno, jauh sekali sebagai bekas Presiden Umno. (more…)


Ezam pilih jalan salah

Written by kelantankini on May 30th, 2008 | Filed under: Minda, Pimpinan

Oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

KALI pertama saya menjabat tangan saudara Ezam Mohd Nor adalah di Kem Kamunting. Seusai saya melangkah keluar dari bilik khas tempat saya menziarahi kekanda saya, Ustaz Nik Adli di kem neraka ciptaan Umno itu, saya terserempak dengan satu wajah yang begitu mudah dicam melalui perkenalan saya lewat akhbar dan majalah.

Beliau bersama seorang lagi tahanan yang saya agak keliru juga pada mulanya. Seorang lelaki dengan rambut yang mengurai panjang macam jenis sosialis macam Hisyamudin Rais, tapi rapi dengan wajah tampak begitu bersih dan tenang macam islamis macam budak ‘usrah’. (more…)


Kemasukan Ezam dalam Umno tamatkan desas desus

Written by kelantankini on May 29th, 2008 | Filed under: Minda, Umno

Oleh Mohd Sayuti Omar

[5.45pm, 28 Mei] TEKA teki bilakah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Ezam Muhammad Noor, 41, akan mengistyharkan secara rasmi kemasukannya semula dalam parti asalnya, Umno berakhir kira-kira dua jam setengah tadi apabila Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan perkara itu di bangunan Parlimen jam 4.10 minit petang.

Pengumuman mengenai Ezam itu sekaligus mengesahkan ramalan saya sebelum ini yang mengatakan orang kanan Anwar Ibrahim itu akan menyertai Umno dan pengumumannya akan disampingi Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ataupun timbalannya Mohd Najib Razak. (more…)


Cadangan PKPIM cuba diputar belit

Written by kelantankini on May 25th, 2008 | Filed under: Minda

Oleh Roslan SMS

SAYA sudah mengulas berkenaan beliau dalam posting saya terdahulu, jika mahu kenal inilah dia Pengarang akhbar The Star yang kebelakangan ini semakin tajam dan vokal kritikannya terhadap Islam. Mungkin “tsunami politik PRU ke-12″ telah turut mematikan semua yang prihatin tentang Islam dan menjelmakan puaka-puaka yang berani dan bermaharajalela.

Wong Chun Wai begitu ghairah apabila dapat menghitam legamkan wajah Islam tambah dalam keadaan pemuka-pemuka Islam kebelakangan ini yang sudah semakin khayal dan selesa. Cuba perhatikan posting di dalam blognya bertarikh 22 Mei lalu, apabila beliau melanyak PKPIM kerana cadangan adik-adik kita itu untuk mengubah gaya pakian baju kurung murid sekolah menengah: (more…)


PAS perlu belajar dari kesilapan Umno

Written by kelantankini on May 25th, 2008 | Filed under: Minda

Oleh Roslan SMS

DALAM suasana bergolak dan berkecamuk Umno terus meredah lautan luas, adakalanya menjunam ke dasar laut, adakalanya timbul dilambung ombak. Kalau bahteranya demikian, bayangkan anak-anak kapal yang duduk di dalamnya, pastinya lintang-pukang, berselerak, mabuk dan pening.

Bekas presidennya bertindak keluar parti, untuk kekal bebas tidak berparti sehinggalah presiden parti meletakkan jawatan. Tindakan ini dituruti kaum keluarganya (kecuali ahli Parlimen Jerlun) dan beberapa pengikut setia khasnya di Kedah. Sebelum itu bekas naib presiden, yang juga ahli Parlimen Gua Musang telah mengisytiharkan diri mahu merebut jawatan Presiden pada pemilihan parti hujung tahun ini. Beliau menyarankan agar bahagian-bahagian Umno mengadakan mesyuarat agung luar biasa untuk membincangkan prestasi Umno dalam PRU ke-12 lalu. (more…)


Kita hanya dapat batu, bukan pulau

Written by kelantankini on May 24th, 2008 | Filed under: Minda

Oleh A Kadir Jasin

[TERKINI, 23 Mei] –KHIDMAT SMS akhbar The Star melaporkan “International Court of Justice decides 12 to 4 that Pulau Batu Puteh belong to Singapore and 15 to 1 that Middle Rocks belongs to Malaysia.

(Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan 12 lawan 4 yang Pulau Batu Puteh milik Singapura dan 15 lawan 1 yang Middle Rocks milik Malaysia.) (more…)


Kenapa Raja Petra pilih penjara?

Written by kelantankini on May 7th, 2008 | Filed under: Minda

Oleh Tarmizi Mohd Jam

SUNGGUH tegas dan berani. Syabas diucapkan kepada blogger Raja Petra yang mengendalikan Blog Malaysia Today kerana rela merengkuk dalam penjara semata-mata atas nama prinsip demokrasi dan perjuangan untuk rakyat di negara ini.

Saya tabik dengan prinsipnya yang teguh dan berterus terang itu. Beliau tidak mahu membayar ikat jamin RM5,000 yang sudah tentu bukan disebabkan ketiadaan wang. (more…)


Raja Petra rela dipenjara, tolak bayar ikat jamin

Written by kelantankini on May 6th, 2008 | Filed under: Minda

Oleh Mohd Sayuti Omar

HARI ini dunia blogger mencatat sejarah tersendiri apa bila ‘raja blog’ Raja Petra Kamarudin memilih untuk ‘berehat’ di penjara Sungai Buloh daripada membayar ikat jaminan sebanyak RM5,000.

Mungkin Raja Petra ada mesej dan maksud tersendiri kenapa beliau memilih atau berkorban untuk berada kira-kira lima bulan di penjara daripada membayar wang jaminan sementara menunggu hari perbicaraan! (more…)


Nasihat terbuka buat Karpal Singh

Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under: Minda

Oleh Roslan SMS

29 Apr | 12.20pm
PENGERUSI DAP Karpal Singh semalam (27 April) telah membuat laporan polis di Pulau Pinang. Laporannya terhadap laman web pasjohorbahru.com yang dikendalikan oleh PAS kawasan Johor Bahru. Menurut Karpal di dalam laporannya, laman web tersebut menyairkan melalui ruangan ‘shoutbox‘nya komen yang berbunyi:

Darah YB Karpal halal dibunuh

Menurut Karpal komen tersebut menuduh bahawa beliau telah menghina Islam, dan komen itu merupakan satu ancaman bunuh. (more…)


BN tidak lagi hadapi laluan mudah di Parlimen

Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under: Minda

29 Apr | 7.50am
PERSIDANGAN penggal pertama Parlimen ke-12 yang bermula dengan acara angkat sumpah semalam mencatat sejarah tersendiri apabila 99 anggotanya adalah muka baru, manakala jumlah pembangkang bertambah lebih empat kali ganda iaitu 82 orang.

Satu lagi sejarah dicipta apabila wakil Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dilantik sebagai Ketua Pembangkang wanita pertama apabila parti pimpinannya, Parti Keadilan Rakyat (PKR), memenangi kerusi paling banyak berbanding parti Pakatan Rakyat lain. (more…)


Arahan SPR tidak masuk akal, susahkan rakyat

Written by kelantankini on Apr 28th, 2008 | Filed under: Minda

Oleh Roslan SMS

28 Apr | 11.35am
SETELAH memanggil orang lain monyet kini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) muncul sekali lagi. Kali ini SPR kononnya mahu membuktikan yang mereka bersungguh mahu membersihkan daftar undi induk dari para pengundi yang telah meninggal dunia, satu isu yang terus-menerus dibangkitkan khasnya oleh parti-parti pembangkang. Baguslah kiranya SPR mahu mengambil insiatif ini.

Cumanya dari pengumuman yang dibuat, saya merasakan kaedah yang mahu digunakan SPR itu longgar dan tidak efektif. SPR telah merayu kepada ahli-ahli keluarga pengundi berdaftar agar mengemukakan sijil kematian waris mereka bagi membantu SPR membersihkan daftar induk tadi. (more…)


Majlis Ku Li di Subang Jaya kena sabotaj?

Written by kelantankini on Apr 26th, 2008 | Filed under: Minda

Oleh Mohd Sayuti Omar

26 Apr | 7.50pm
HAMPIR 1,000 orang hadir pada majlis penerangan berhubung isu semasa dalam Umno yang dihadiri Tengku Razaleigh Hamzah yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Subang Jaya petang ini walaupun ia dikatakan disabotaj.

Ketua Umno cawangan dan ketua wanita bahagian Subang dikatakan telah dibawa keluar dari Selangor untuk mengelakkan daripada menghadiri majlis berkenaan. (more…)


Segera buat laporan polis terhadap isteri Khir Toyo

Written by kelantankini on Apr 26th, 2008 | Filed under: Minda

Oleh Roslan SMS

26 Apr | 1.50pm
DARIPADA niat untuk memalukan Menteri Besar Selangor dan barisan exco serta kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR), atas (kononnya) isu ladang babi baru-baru ini, hari ini yang sebaliknya menjadi mangsa dan menanggung padah adalah Ketua Pembangkang DUN Selangor, Khir Toyo sendiri.

Isu menculik (hijack) BALKIS dan melarikan jutaan wangnya, kini menjadi bualan rakyat, hinggakan orang-orang Melayu yang menurut Shabery Chik marah kepada kerajaan PR Selangor atas isu babi tempoh hari, saya yakin sudah tidak marahkan babi lagi tetapi lebih marah pada Khir dan isterinya. (more…)


Wakil Pakatan Rakyat, jangan terlalu asyik! Anda dipilih rakyat

Written by kelantankini on Apr 26th, 2008 | Filed under: Minda

Oleh Kerajaan Rakyat

26 Apr | 7.15am
SERAMAI 29 ahli parlimen telah gagal mengemukakan sebarang pertanyaan kepada kerajaan sempena Persidangan Dewan Rakyat Penggal Pertama Parlimen ke 12 bermula 28 April ini.

Menurut laporan masing-masing ahli Dewan Rakyat samada dari BN atau pun Pakatan Rakyat telah pun diberikan notis untuk mengemukakan soalan-soalan mereka selewat-lewatnya sebelum 8 April. (more…)