Written by kelantankini on Apr 26th, 2008 | Filed under:
Minda
Oleh Kerajaan Rakyat
6 Apr | 7.10am
PELIK, Jelik, Bingung dan Bebal. Ini empat perkataan yang sesuai digunakan bagi mentafsirkan gelagat lucu yang memualkan oleh seorang bekas menteri yang berlaku di Kelab Havana, hotel Maridien di KL Sentral awal April 2008.
Seorang wanita muda, pelayan di kelab tersebut telah membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields ke atas bekas seorang menteri kerana didakwa melakukan ganggu seks ke atasnya dengan memegang tangan dan meraba punggungnya. (more…)
Written by kelantankini on Apr 25th, 2008 | Filed under:
Minda
Oleh DS Anwar Ibrahim
25 Apr | 8.25pm
Saya ke Mambong, Sarawak melancarkan KeADILan yang memperoleh keahlian baru terutama di kalangan suku kaum Bidayuh.
Sesudah itu di Kuching saya menemui pimpinan KeADILan Sarawak dan wakil media. 16 tokoh politik, sarjana dan profesional Iban menyertai KeADILan serentak. (more…)
Written by kelantankini on Apr 23rd, 2008 | Filed under:
Minda
Oleh Roslan SMS
23 Apr | 7.55am
SEMASA angkasawan (atau bagi sesetengah pihak pelancong angkasa) pertama Malaysia dilontarkan ke angkasa lepas, ramai yang berbangga dan tidak kurang yang mengeluh mengatakan tidak seharusnya kerajaan membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk ekspedisi ini sedangkan rakyat terbeban dengan kenaikkan kos hidup yang menggila.
Itu pada bulan Oktober tahun lepas dan sejurus selepas Sheikh Mudzafar mendarat kembali ke bumi PM Abdullah Badawi mengisytiharkan yang Malaysia akan menghantar angkasawannya (atau pelancong angkasa) yang kedua pula dalam sedikit masa lagi. (more…)
Written by kelantankini on Apr 23rd, 2008 | Filed under:
Minda
Oleh Tun Telanai
23 Apr | 7.25am
MOHD Sayuti Omar (MSO) melalui blognya, Merah Tinta melaporkan seorang bekas Menteri telah melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita di di Kelab Havana hotel Maridien di KL Sentral. Kemudian, teman wanita itu sudah pun membuat laporan polis ke atas bekas menteri berkenaan.
Kita tunggu siasatan lanjut daripada pihak polis. Kita mengharapkan [sekiranya berita ini sahih dan benar] pihak polis yang menerima aduan tersebut perlu melakukan penyiasiatan dengan SEGERA seperti mana cepatnya macam kilat mereka menyiasat pemimpin kanan PKR yang terlibat dalam peristewa meraikan Anwar Ibrahim pada malam ‘Black 14’, 14 April lalu. (more…)
Written by kelantankini on Apr 23rd, 2008 | Filed under:
Minda
Oleh Mohd Sayuti Omar
23 Apr | 7.20am
BERITA TV3 malam tadi melaporkan kenyataan polis yang akan menyiasat seorang ahli politik yang dikatakan cuba mencabuli seorang pelayan berusia 30-an. Berita itu tidak menyebut tokoh politik itu sebagai bekas menteri dan hanya menyebut ahli politik itu menang dalam pilihan raya lalu tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri.
Laporan itu juga menyebut tokoh politik itu kini berada di luar negeri. Orang ramai tentu tertanya-tanya siapakah bekas menteri berkenaan. Disebabkan kita berpegang kepada kod etik profession maka ia tidak boleh disebut selagi tidak disebut di mahkamah. (more…)
Written by kelantankini on Apr 23rd, 2008 | Filed under:
Minda
Oleh Mohd Sayuti Omar
23 Apr | 7.10am
BEKAS menteri yang didakwa melakukan gangguan seks ke atas seorang pelayan seperti mana dilaporkan kelmarin menafikan beliau melakukan perbuatan tidak senonoh dengan pelayan berkenaan dan menganggap apa yang berlaku di kelab Cigar Havana Meredian Hotel itu sebagai miss understanding saja.
Bekas menteri berkenaan yang kini berada di luar negara memberi tahu seorang rakan blogger dakwaan pelayan berkenaan terhadapnya tidak betul. (more…)
Written by kelantankini on Apr 22nd, 2008 | Filed under:
Minda
Oleh Suhaimi Taib
22 Apr | 5.55pm
NAMPAKNYA Kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional (BN) melancarkan perang terhadap kerajaannya sendiri di Terengganu apabila tidak berhasrat untuk mengembalikan semula wang royalti peroleum dan gas sebagaimana perjanjian kerajaan itu dengan Petronas pada 22 Mac 1975 yang sepatutnya diterima secara tunai sebanyak lima peratus setahun.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam dilaporkan menafikan dakwaan Menteri Besar Terengganu bahawa wang royalti minyak yang disalurkan melalui kaedah “wang ehsan” tidak banyak membantu rakyat negeri itu kerana projek-projek pembangunan ditentukan di peringkat pusat. (more…)
Written by kelantankini on Apr 22nd, 2008 | Filed under:
Minda
Oleh Dr Abdul Aziz Bari
22 Apr | 9.20am
KOMITMEN kerajaan untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya kehakiman sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 18 April lalu umumnya disambut dengan gembira oleh banyak pihak.
Bagaimanapun sehingga kini belum jelas apakah kuasa dan bagaimana suruhanjaya itu akan beroperasi. Apa pun Perdana Menteri menyatakan bahawa penubuhan suruhanjaya itu tidak akan mengganggu atau merubah rejim perlembagaan yang ada sekarang. (more…)
Written by kelantankini on Apr 22nd, 2008 | Filed under:
Minda
Oleh Roslan SMS
22 Apr | 5.10am
PRESIDEN MIC yang kecundang di kerusi tradisinya di parlimen Sungai Siput khabarnya telah menuding jari ke arah bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Khir Toyo sebagai salah satu punca kekalahan besar BN dalam PRU lalu. Beliau marah mengapa Khir kini beria-ia mahukan PM Dato’ Seri Abdullahj Badawi meletakkan jawatan dan memikul tanggungjawab sedangkan menurut beliau Khir sendiri lebih merupakan liabiliti yang mengakibatkan kekalahan BN itu. (more…)
Written by kelantankini on Apr 21st, 2008 | Filed under:
Minda
Oleh Suhaimi Taib
21 Apr | 6.30pm
MENTERI Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said menyinggung soal perlunya dikembalikan royalti petroleum dan gas sebanyak lima peratus kepada negeri itu selepas dirompak Umno di zaman PAS memerintah negeri tersebut (1999-2004).
Persoalannya sekarang, royalti tersebut telah menjadi kes mahkamah. Apakah Kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu melanggar prosedur mahkamah untuk mengembalikan semula royalti berkenaan di saat kerajan itu mahu mengembalikan kredibiliti dan kebebasan badan kehakiman negara dari kongkongan kuasa ekeskutif atau mereka boleh membuat perundingan di luar mahkamah untuk menyelesaikan masalah tersebut? (more…)
Written by kelantankini on Apr 21st, 2008 | Filed under:
Minda
Oleh Mat Zain Mat Isa
21 Apr | 6.20pm
TAHNIAH kepada akhbar tabloid Suara Keadilan yang akhirnya berjaya mendapat permit penerbitan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Jaminan kelulusan permit akhbar diterbitkan PKR itu dikatakan dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, kelmarin. (more…)
Written by kelantankini on Apr 21st, 2008 | Filed under:
Minda
Oleh Roslan SMS
21 Apr | 7.15am
HARI ini (20 April) ada dua berita yang menarik perhatian saya dan mahu saya kongsikan:
Pertama, mengenai perlantikan Adun Sungai Pinang, kenalan saya, YB Sdr Teng Chang Khim sebagai Spekaer Dewan Undangan Negeri Selangor. Teng seorang peguam adalah Adun veteran di DUN Selangor. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun dan pernah sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor sebelum ini. (more…)
Written by kelantankini on Apr 21st, 2008 | Filed under:
Minda
Oleh A Kadir Jasin
21 Apr | 7.10am
MENGENAI rancangan Blog di TV1 semalam, rasanya tidak payahlah saya mengulas terlalu panjang. Saya sudah pun beri maklum balas kepada petugas RTM yang ramai hadir.
Saya yakin mereka faham. Malah saya yakin menteri, Ahmad Shabery Cheek, telah mendapat banyak maklum balas, faham dan akan bertindak. (more…)
Written by kelantankini on Apr 21st, 2008 | Filed under:
Minda
Oleh Dato’ Ruhanie Ahmad
21 Apr | 6.55am
RAKYAT sudah memberikan “kad merah” kepada Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menerusi PRU-12. Ini bermakna, rakyat mahukan Abdullah mengundurkan diri daripada gelanggang siasah tanah air.
Tapi, Abdullah bertahan kerana kononnya beliau mendapat sokongan daripada pemimpin UMNO dan BN. Sebab itulah Abdullah mengatakan beliau tidak akan berundur kerana “tiada tekanan” untuk bertindak sedemikian. (more…)
Written by kelantankini on Apr 16th, 2008 | Filed under:
Minda

16 Apr | 8.10pm
SELEPAS bermegah dengan kewujudan blognya konon untuk menangkis apa yang disifatkan sebagai ‘fitnah’ oleh penulis blog dan penyokong pembangkang, hari ini Dato’ Seri Utama Mohd Ali Rustam umpama ‘cacing kepanasan’ apabila bukan saja memadam malah menutup terus ruang untuk pengunjung memberi komen di blog beliau. (more…)