Written by kelantankini on Jun 5th, 2008 | Filed under: Nasional
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Para pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan kenaikan harga petrol dan diesel pada kadar 41 peratus mulai hari ini sebagai yang terburuk dalam sejarah negara.
Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaffar berkata sebagai negara pengeluar minyak, kerajaan tidak sepatutnya menaikkan harga bahan bakar itu sebegitu tinggi walaupun ia adalah fenomena dunia yang tidak dapat dielakkan. (more…)
No Comments Enjoyed this post? Subscribe via RSS. Thanks for visiting!
Written by kelantankini on Jun 4th, 2008 | Filed under: Nasional
PUTRAJAYA, 4 Jun: Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Badawi mengumumkan tarif baru elektrik akan berkuatkuasa 1 Julai ini.
Mengumumkan struktur baru tarif elektrik, Perdana Menteri berkata Tenaga Nasional Bhd (TNB) terpaksa menampung kenaikan harga arang batu di pasaran dunia. (more…)
No Comments Enjoyed this post? Subscribe via RSS. Thanks for visiting!
Written by kelantankini on Jun 4th, 2008 | Filed under: Nasional
PUTRAJAYA, 4 Jun: Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan 78 sen dan RM1 seliter masing-masing bagi petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan demikian berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter. (more…)
2 Comments Enjoyed this post? Subscribe via RSS. Thanks for visiting!
Written by kelantankini on May 31st, 2008 | Filed under: Nasional
PIHAK akhbar mingguan Siasah memaklumkan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan satu SMS yang disebarkan dengan menggunakan nama Media Icon Sdn Bhd dan akhbar Siasah.
SMS yang dihantar itu berbunyi “pengumuman dari Media IconSIASAH anda berjaya dalam cabutan bertuah RM5000.00“. (more…)
No Comments Enjoyed this post? Subscribe via RSS. Thanks for visiting!
Written by kelantankini on May 28th, 2008 | Filed under: Nasional, Umno
KUALA LUMPUR, 28 Mei: Segala spekulasi mengenai kemasukan semula bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor ke pangkuan Umno akhirnya ternoktah apabila beliau menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula parti itu petang ini.
Bekas orang kanan Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu menyerahkan borang menyertai Umno kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. (more…)
1 Comment Enjoyed this post? Subscribe via RSS. Thanks for visiting!
Written by kelantankini on May 28th, 2008 | Filed under: Nasional, Umno
KUALA LUMPUR, 28 Mei: Selepas menimbulkan berbagai andaian mengenai arah tuju politiknya, Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka mengumumkan keputusan beliau untuk kembali menyertai Umno hari ini.
Menurut sumber daripada laman web KLpos, pengumuman mengenai kemasukan Ezam semula ke dalam Umno akan dibuat oleh Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. (more…)
No Comments Enjoyed this post? Subscribe via RSS. Thanks for visiting!
Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under: Nasional
PUTRAJAYA, 27 Mei: Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah memulakan siasatannya terhadap kes pita video Lingam dan berjanji akan menemu bual semua individu yang disebut dalam rakaman itu.
Ia termasuk enam tokoh yang dikenal pasti oleh laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Berhubung Klip Video V K Lingam, kata Timbalan Ketua Pengarah (1) BPR Datuk Abu Kassim Mohamed. (more…)
No Comments Enjoyed this post? Subscribe via RSS. Thanks for visiting!
Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under: Nasional
KUALA LUMPUR, 26 Mei: Ketua Umno Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan kelemahan yang berlaku dalam perbicaraan kes Pulau Batu Puteh hingga hak Malaysia itu jatuh kepada Singapura.
Beliau menyifatkan kenyataan Menteri Luar Negara, Dato’ Seri Dr Rais Yatim bahawa keputusan Pulau Batu Puteh itu sebagai ‘win-win situation‘ tidak benar. (more…)
1 Comment Enjoyed this post? Subscribe via RSS. Thanks for visiting!
Written by kelantankini on May 25th, 2008 | Filed under: Nasional
MUAR, 25 Mei: PAS menaruh kebimbangan episod malang Pulau Batu Puteh akan menimpa Pulau Pisang iaitu sebuah lagi pulau di perairan Johor.
Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfodz Muhamad berkata PAS khuatir Singapura akan membuat tuntutan yang sama ke atas Pulau Pisang yang turut menempatkan rumah api milik Singapura, setelah republik itu berjaya mendapat hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh. (more…)
2 Comments Enjoyed this post? Subscribe via RSS. Thanks for visiting!
Written by kelantankini on May 25th, 2008 | Filed under: Nasional
MUAR, 25 Mei: PAS Johor melahir rasa dukacita ekoran kegagalan Kerajaan Malaysia mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Puteh sehingga menyebabkan ia terlepas kepada Singapura buat selama-lamanya.
“Insiden malang yang sangat mengaibkan seluruh rakyat negara ini tidak mungkin akan berlaku sekiranya Menteri Luar sebelum ini iaitu, Tan Sri Syed Hamid Albar, benar-benar komited dalam menangani isu ini. (more…)
No Comments Enjoyed this post? Subscribe via RSS. Thanks for visiting!
Written by kelantankini on May 25th, 2008 | Filed under: Nasional
IPOH, 25 Mei: Selepas semakin ramai tokoh politik BN menyertai arus berblog sejak pilihanraya umum Mac lalu, kini MIC pula menggesa barisan pemimpinnya, termasuk di peringkat cawangan, memantau blog.
Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mencadangkan pemimpin mendekatkan diri dengan laman blog dan melayari Internet setiap hari bagi memantau suara-suara tidak puas hati dan memberi maklum balas sewajarnya terhadap luahan perasaan itu. (more…)
No Comments Enjoyed this post? Subscribe via RSS. Thanks for visiting!
Written by kelantankini on May 25th, 2008 | Filed under: Nasional
KOTA TINGGI, 25 Mei: Rata-rata nelayan di Pengerang masih kabur dan belum bersedia untuk menangkap ikan di Terumbu Karang Tengah kerana mereka bimbang ditahan oleh kapal peronda Singapura.
Kira-kira 1,500 nelayan di Pengerang masih tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mendekati Terumbu Karang Tengah yang kini disahkan menjadi milik Malaysia, untuk turun menangkap ikan di situ. (more…)
No Comments Enjoyed this post? Subscribe via RSS. Thanks for visiting!
Written by kelantankini on May 25th, 2008 | Filed under: Nasional
PULAU PINANG, 25 Mei: Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata beliau menerima permohonan maaf pelajar yang menghantar komen menyatakan pemimpin veteran itu ‘halal dibunuh’ dalam sebuah laman web baru-baru ini.
Justeru itu beliau meminta Peguam Negara (AG) menggugurkan dakwaan terhadap pelajar berkenaan walaupun proses mahkamah terpaksa diteruskan. (more…)
No Comments Enjoyed this post? Subscribe via RSS. Thanks for visiting!
Written by kelantankini on May 25th, 2008 | Filed under: Nasional
KUALA LUMPUR, 25 Mei: Majlis Fatwa Kebangsaan diminta supaya menggeluarkan fatwa berhubung penggunaan ayat Al-Quran sebagai nada dering telefon bimbit kerana dikhuatiri akan mengubah maksud keseluruhan ayat suci itu dan sekaligus menjadinya tidak lengkap setelah panggilan telefon dijawab.
Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata kesucian ayat Al-Quran harus dipelihara dan dihormati dan penggunaannya perlulah bersesuaian dengan tempat. (more…)
No Comments Enjoyed this post? Subscribe via RSS. Thanks for visiting!
Written by kelantankini on May 25th, 2008 | Filed under: Nasional
PASIR PUTEH, 25 Mei: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Singapura mempunyai hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh ekoran hujah Malaysia lebih lemah berbanding negara jiran itu.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, pulau yang terletak hanya 7.7 batu nautika dari Pantai Tanjung Penyusoh di Johor tidak akan tergadai sekiranya kerajaan Malaysia bersedia dengan hujah lebih baik serta meyakinkan. (more…)
2 Comments Enjoyed this post? Subscribe via RSS. Thanks for visiting!