Written by kelantankini on Apr 22nd, 2008 | Filed under:
Pakatan Rakyat
22 Apr | 8.35am
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor akan mengambil alih semula Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk ditadbir sendiri, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato’ Muhamad Khusrin Munawi.
Katanya, pengambilalihan itu adalah satu keperluan bagi kerajaan Selangor memandangkan bilangan murid sekolah menengah semakin bertambah. (more…)
Written by kelantankini on Apr 20th, 2008 | Filed under:
Pakatan Rakyat
20 April | 7.20am
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor tidak berminat untuk mengeksport babi ke luar negara termasuk China walaupun ia memberi keuntungan besar, kata Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Ini kerana kata Khalid tujuan kerajaan mewujudkan pusat penternakan babi moden di Selangor adalah untuk memberi fokus kepada penternak di seluruh Selangor menjalankan kegiatan mereka secara berpusat di satu tempat. (more…)
Written by kelantankini on Apr 19th, 2008 | Filed under:
Pakatan Rakyat
19 April | 11.35pm
TAPAH: Kerajaan Perak akan mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan dengan semua Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Perak (Exco) pada setiap Selasa dari pukul 8 pagi hingga 5 petang di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.
Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, program itu diadakan bagi memberi peluang kepada rakyat Perak untuk mengadu sebarang masalah terus kepada kerajaan negeri untuk dibincangkan dan diatasi. (more…)
Written by kelantankini on Apr 16th, 2008 | Filed under:
PKR,
Pakatan Rakyat
Naib Presiden PKR nafi berbohong kepada polis perhimpunan 14 April
16 Apr | 11.45pm
SHAH ALAM: Tiga pemimpin utama PKR, Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Azmin Ali dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi kerja sama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung kes perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman 14 April lalu.
Wan Azizah dan Azmin memberi keterangan masing-masing di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor manakala Khalid di pejabatnya di Bangunan Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah. (more…)
Written by kelantankini on Apr 16th, 2008 | Filed under:
PKR,
Pakatan Rakyat
16 Apr | 7.20am
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata polis telah menghubungi beliau untuk diambil keterangan berhubung perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam kelmarin.
Bagaimanapun, Abdul Khalid yang juga Presiden Kelab Sultan Sulaiman berkata beliau telah meminta nasihat daripada Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Datuk Zauyah T Lothy Khan dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Dato’ Ramli Mahmud sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. (more…)
Written by kelantankini on Apr 15th, 2008 | Filed under:
Nasional,
Pakatan Rakyat
15 Apr | 3.30pm
KUALA LUMPUR: PKR kesal atas tindakan pantas pihak polis bertindak terhadap aduan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat berbanding laporan sebaliknya melibatkan parti pemerintah.
Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali merujuk kepada tindakan pantas polis yang menyerahkan notis hadir ke Balai Polis Dang Wangi petang ini (3.00 petang) ke atas Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Yahya Shari. (more…)
Written by kelantankini on Apr 15th, 2008 | Filed under:
PKR,
Pakatan Rakyat
15 Apr | 11.55am
KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak dapat hadir ke Balai Polis Dang Wangi pada jam 3.00 petang ini berhubung satu notis yang diserah polis kepadanya pagi tadi.
Notis berkenaan menyebut supaya beliau hadir sebagi saksi berhubung satu laporan polis (no report 13144/08) di bawah Seksyen 27/5 Akta Polis 1969. (more…)
Written by kelantankini on Apr 15th, 2008 | Filed under:
PKR,
Pakatan Rakyat
Terkini! KUALA LUMPUR: Sebagaimana dijangkakan pihak polis mula mengambil tindakan terhadap penganjur Perhimpunan Black 14 yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung baru malam tadi.
Menurut laporan Harakahdaily jam 9.55 pagi tadi yang memetik kenyataan Koordinator Media PKR, Ginie Lim, pihak polis menghantar notis kepada Presiden parti itu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. (more…)
Written by kelantankini on Apr 15th, 2008 | Filed under:
PKR,
Pakatan Rakyat

15 Apr | 7.40am
KIRA-kira 20,000 penyokong pembangkang, khususnya PKR, menyertai perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi walaupun polis tidak menyediakan permit.
Program yang digelar “Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat” dianjurkan sempena tamatnya larangan berpolitik terhadap penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim esok (hari ini). (more…)
Written by kelantankini on Apr 15th, 2008 | Filed under:
PKR,
Pakatan Rakyat
15 Apr | 7.25am
SHAH ALAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjalankan siasatan terbuka terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mengetuai kerajaan selama 22 tahun.
Anwar mendakwa Dr Mahathir merosakkan sistem kehakiman, menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana awam, termasuk untuk anak-anaknya. (more…)
Written by kelantankini on Apr 14th, 2008 | Filed under:
Pakatan Rakyat

14 April | 9.45pm
IPOH: Satu perhimpunan bersejarah dan ceramah Perdana lima ketua kerajaan negeri Pakatan Rakyat (empat Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri) sedang berlangsung sekarang ini di Stadium negeri Perak.
Bagaimanapun Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz (berada di hospital) dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak dapat hadir. Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa hadir sebagai wakil Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Manakala Lim diwakili Exco negeri Perak, Nga Kor Ming.
Program dimulai dengan solat Isya’ secara berjemaah diikuti dengan solat sunat hajat seterusnya pidato oleh kelima-lima ketua kerajaan negeri atau wakilnya.
Puluhan ribu kelihatan membanjiri stadium berkenaan yang julung-julung kali menghimpunkan kesemua pemimpin utama kerajaan pakatan rakyat selepas kemenangan besar pada pilihan raya umum lalu.
Sedutan ucapan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak (sila klik pada link di bawah):
kelantankini-pidato-mb-azizan.ivr
Written by kelantankini on Apr 14th, 2008 | Filed under:
Nasional,
Pakatan Rakyat
14 Apr | 7.55pm
KUALA LUMPUR: KeADILan akan meneruskan perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam ini walaupun polis tidak menyediakan permit.
Program yang digelar “Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat” dianjurkan sempena tamatnya larangan berpolitik terhadap penasihat parti itu Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini. (more…)
Written by kelantankini on Apr 12th, 2008 | Filed under:
Nasional,
Pakatan Rakyat
12 Apr | 9.50pm
NILAI: Tindakan yang dianggap merajuk, Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek berkata beliau akan mengarahkan Radio Selangor FM yang dikendalikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) supaya segera keluar dari Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
Menurut laporan Bernama, tindak balas segera itu dibuat sebagai respon kepada luahan kekecewaan daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas permohonannya untuk muncul di Radio Selangor FM tidak mendapat jawapan sehingga sekarang. (more…)
Written by kelantankini on Apr 12th, 2008 | Filed under:
Nasional,
Pakatan Rakyat
11 Apr | 11.50pm
MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan permohonannya untuk muncul selama sejam di Radio Selangor FM bagi menerangkan dasar-dasar kerajaan negeri serta isu semasaa tidak diberikan respon sewajarnya.
Melalui siaran berkenaan beliau turut berhasrat membetulkan kaedah pemberitaan berat sebelah oleh pihak media terutama berkaitan projek ternakan babi bersepadu yang disensasikan pihak media. (more…)
Written by kelantankini on Apr 11th, 2008 | Filed under:
Nasional,
Pakatan Rakyat
11 Apr | 12.10pm
KUALA LUMPUR: Perhimpunan dan sambutan ‘Black 14′ yang dijadualkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 14 April kelak tidak memerlukan permit.
Menurut Naib Presiden PKR, Azmin Ali kawasan tersebut adalah premis persendirian yang tidak memerlukan permit untuk mengadakan perhimpunan. (more…)