Archive for the ‘Parlimen’ Category

Wan Azizah letak jawatan ahli Parlimen Permatang Pauh

Written by kelantankini on Jul 31st, 2008 | Filed under: Nasional, PKR, Pakatan Rakyat, Parlimen

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail membuat pengumuman mengejut hari ini apabila meletakkan jawatannya sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh.

Katanya, pengundurannya itu bagi membolehkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya kecil nanti. (more…)


Kerajaan tidak serius baiki mutu universiti

Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under: Parlimen

KUALA LUMPUR: 27 Mei: Menteri pengajian tinggi dituduh tidak serius untuk meningkatkan kualiti universiti tempatan apabila menjawab secara sambil lewa soalan seorang wakil pembangkang berhubung kaedah pemilihan naib canselor.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menimbulkan rasa tidak senang Tony Pua sewaktu menjawab secara ringkas soalan bertulisnya mengenai kedudukan naib canselor Universiti Malaya (UM) selepas ia terus merosot dalam pemeringkatan universiti dunia. (more…)


Speaker tolak usul Pulau Batu Puteh

Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under: Parlimen

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Usul tergempar di bawah Perkara 18 (1) yang dibawa Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mengenai kes Pulau Batu Puteh ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas alasan tidak perlu disegerakan.

Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Salahuddin beberapa kali bangun mendesak budi bicara Speaker agar meluluskan usul tersebut untuk dibahaskan. (more…)


Sidang Parlimen dilanjut hingga Khamis

Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under: Parlimen

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Persidangan Parlimen yang dijadual berakhir esok dilanjutkan dua hari lagi bertujuan untuk meluluskan Rang Undang-Undang, kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Permohonan untuk melanjutkan persidangan dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga ketua Whip Barisan Nasional (BN). (more…)


Wartawan Malaysiakini hilang komputer riba di parlimen

Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under: Parlimen

KUALA LUMPUR 26 Mei: Dalam kesibukan wartawan membuat liputan Persidangan Dewan Rakyat hari ini, tiba-tiba bilik media dikejutkan dengan kejadian kecurian komputer riba milik seorang wartawan media Internet, Malaysiakini.com.

Menurut laporan Bernama, wartawan berkenaan, S Pathmawathy hanya menyedari kehilangan komputer ribanya tengah hari tadi sebaik kembali dari membuat liputan di lobi Parlimen. (more…)


PAS bawa usul Pulau Batu Puteh ke Parlimen

Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under: PAS, Parlimen

KUALA LUMPUR, 26 Mei: PAS akan mengusulkan isu Pulau Batu Puteh yang terlepas kepada Singapura di Dewan Rakyat (Live Parlimen), kata Timbalan Presidennya, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dijangka akan membawa usul berkenaan esok. (more…)


Kerajaan kaji hentikan siarang langsung parlimen

Written by kelantankini on Apr 30th, 2008 | Filed under: Parlimen

KUALA LUMPUR: Suasana Parlimen hari ini ‘panas’ dengan ‘pertikaman lidah’ dan ketidakpuasan hati antara dua ahli Parlimen daripada bukan parti kerajaan iaitu Karpal Singh (DAP-Gelugor) dan Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang masing-masing mempertahankan hujah mereka.

Karpal pada sesi awal perbahasan meminta Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi menjelaskan kedudukan Ibrahim Ali di dewan sama ada merupakan ahli parlimen bebas memandangkan sebelum ini beliau bertanding atas tiket PAS. (more…)


Hari pertama Parlimen berlangsung ‘hangat’

Written by kelantankini on Apr 30th, 2008 | Filed under: Parlimen

SEPERTI yang dijangkakan kemasukan 82 ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP membawa satu senario baru dalam perbahasan sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Suasana tidak lagi seperti pada penggal yang lalu (selepas pilihan raya umum 2004) yang hanya menyaksikan babak ampu mengampu sahaja yang berlaku.Sebaliknya kali ini Dewan Rakyat menyaksikan satu kehangatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. (more…)


Royalti: Speaker tolak usul pembangkang

Written by kelantankini on Apr 30th, 2008 | Filed under: Parlimen

KUALA LUMPUR: Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul tergempar yang dibawa anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub bagi mendesak Kerajaan Persekutuan mengembalikan semula royalti minyak kepada kerajaan Terengganu.

Pandikar menolak usul berkenaan dengan alasan ia tidak perlu disegerakan. (more…)


ISA: GMI serah memorandum kepada Wan Azizah

Written by kelantankini on Apr 30th, 2008 | Filed under: Parlimen

KUALA LUMPUR: Bagi meneruskan kempen membebaskan semua tahanan ISA dan memansuhkan akta itu, GMI hari ini menyerahkan memorandum kepada Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, di lobi Parlimen.

Memorandum bersama Biro Hak Asasi Majlis Peguam itu diserahkan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan wakil Majlis Peguam, Amir Hamzah sempena kempen bebaskan tahanan enam tahun ISA yang dilancarkan GMI sebelum ini. (more…)


Ketua Pembangkang desak kerajaan bebaskan tahanan ISA tanpa syarat

Written by kelantankini on Apr 30th, 2008 | Filed under: Parlimen

SESI soalan sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini tergendala hampir setengah sejam apabila beberapa wakil rakyat sering mempersoalkan peraturan mesyuarat.

Gangguan ini menyebabkan soalan pertama dapat dikemukakan selepas 20 minit sesi itu bermula untuk dijawab perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. (more…)