Archive for the ‘PAS’ Category

Ayahanda Haji Saufi (Pak Su Pi) dalam kenangan

Written by kelantankini on Aug 6th, 2008 | Filed under: Kelantan, PAS

Catatan Lanjusoh

KOTA BHARU: Perkataan takbir seringkali dilaungnya bagi menyemarakkan semangat orang ramai dalam satu-satu majlis. Kemudian orang ramai yang hadir menyambut dengan melaungkan Allahuakbar.

Ucapan itu sering didengari di mana sahaja beliau hadir. Celotehnya agak kelakar namun berkesan sehingga ke lubuk jiwa.

Beliau dikenali ramai kerana kepetahannya ketika mempengerusikan majlis ceramah dengan pelbagai coloteh. Di pentas mana beliau hadir, orang ramai yang mendengar tentunya tidak kering gusi. (more…)


Dua pengumuman penting PAS, PKR

Written by kelantankini on Aug 1st, 2008 | Filed under: Nasional, PAS, PKR, Pakatan Rakyat

Tiada gabungan PAS-Umno, Wan Azizah beri laluan kepada Anwar

Oleh Mohd Sayuti Omar

LEWAT petang tadi PAS dan PKR membuat dua keputusan penting. Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah membuat ketetapan tidak ada sebarang penggabungan dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan bersama, bagaimana pun membenarkan perundingan diadakan dengan Umno menerusi ruang lingkup muqabalah - bersemuka!

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Agung PAS bersama Majlis Syura Ulama yang berlangsung di Ibu Pejabat Pas Jalan Raja Laut pagi tadi. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri sama Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kehadiran Nik Aziz menunjukkan mesyuarat yang berlangsung lima jam itu penting bagi PAS. (more…)


TMB Kelantan beransur pulih

Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under: Kelantan, PAS

Oleh Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 26 Mei: Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob yang dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) awal pagi Sabtu lalu kini semakin pulih.

Beliau menjalani rawatan coronary angiogram pagi semalam dan keadaannya hari ini semakin stabil. (more…)


Husam pangku jawatan MB Kelantan

Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under: Kelantan, PAS

Oleh Rizal Tahir

PENGKALAN CHEPA, 26 Mei: Anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Husam Musa diberi tanggungjawab menjalankan tugas-tugas sebagai Menteri Besar Kelantan selepas Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bercuti kerana menunaikan ibadat umrah.

Pada awalnya jawatan itu dipangku Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, namun pada pagi Sabtu lalu beliau dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian akibat serangan jantung. (more…)


Tok Guru berangkat ke tanah suci malam ini

Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under: Kelantan, PAS

KOTA BHARU, 26 Mei: Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berlepas ke tanah suci Mekah malam ini bagi menunaikan ibadah umrah selama kira-kira dua minggu.

Pengawal peribadinya berkata rombongan Mursyidul Am Pas itu yang diiringi seramai 20 orang akan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa jam 8 malam ini. (more…)


Batu Puteh: PAS buat laporan polis

Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under: PAS

JOHOR BAHRU, 26 Mei: PAS membuat laporan polis terhadap bekas menteri luar Dato’ Syed Hamil Albar, menteri besar Johor Dato’ Abdul Ghani Othman dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kehilangan hak Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman bersama 30 orang membuat laporan tersebut di balai polis Johor Bahru, kira-kira jam 12 tengah hari tadi. (more…)


PAS bawa usul Pulau Batu Puteh ke Parlimen

Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under: PAS, Parlimen

KUALA LUMPUR, 26 Mei: PAS akan mengusulkan isu Pulau Batu Puteh yang terlepas kepada Singapura di Dewan Rakyat (Live Parlimen), kata Timbalan Presidennya, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dijangka akan membawa usul berkenaan esok. (more…)


TMB Kelantan dirawat di HUSM

Written by kelantankini on May 25th, 2008 | Filed under: Kelantan, PAS

Oleh Lanjusoh

KOTA BHARU, 25 Mei: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob dimasukkan ke wad ‘coronary care unit’ (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), tengah malam semalam.

Menurut sumber, beliau mengadu sakit dada ketika menghadiri program anjuran Badan Perhubungan PAS Kelantan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) selepas selesai menunaikan solat Maghrib. (more…)


Husam pelawa Ezam sertai PAS

Written by kelantankini on May 25th, 2008 | Filed under: PAS

KOTA BHARU, 25 Mei: Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa mengundang Mohamad Ezam Mohd Noor menyertai parti itu ketika pelbagai spekulasi timbul bekas Ketua Angkatan Muda PKR berkenaan akan menyertai Umno.

Husam yang juga anggota exco kerajaan negeri berkata beliau mengajak Ezam menyertai PAS kerana bekas orang kanan Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu belum lagi membuat pengumuman menyertai Umno. (more…)


Selepas tiga hari baru Bernama hendak akui kesilapan

Written by kelantankini on May 1st, 2008 | Filed under: PAS

AGENSI Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini mengakui kesilapan pada laporannya mengenai seorang pelajar yang menyerah diri kepada polis berhubung isu ugutan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Dalam laporan beritanya tiga hari lalu, Bernama menyebut Ketua Pemuda PAS Johor telah mengiringi pelajar yang dikenali sebagai ‘Alif’ yang menyerah diri kepada polis bagi melengkapkan siasatan kes ugutan bunuh terhadap Karpal. (more…)


Pemuda PAS Johor desak Bernama mohon maaf

Written by kelantankini on Apr 30th, 2008 | Filed under: PAS

PEMUDA PAS Johor mendesak agensi berita Bernama memohon maaf dan membetulkan laporannya yang mendakwa ketua pergerakan itu turut mengiringi seorang pelajar ke balai polis dalam kes hasutan bunuh terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Ketuanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata Pemuda PAS negeri bersedia menyaman agensi berita nasional itu jika “permohonan maaf dan penjelasan secara terbuka tidak dilakukan dalam tempoh tujuh hari” mulai hari ini. (more…)


Pemuda PAS nafi terlibat kes ugut Karpal - Malaysiakini

Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under: PAS

Oleh Jimadie Shah Othman & Fathi Aris Omar

kemaskini 2:34pm Ketua Pemuda PAS Johor menafikan beliau turut mengiringi seorang pelajar menyerah diri ke balai polis semalam berhubung isu ugutan bunuh terhadap pengerusi DAP Karpal Singh.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kluang pada jam 1 tengah hari sewaktu pelajar itu dilaporkan berbuat demikian. (more…)


Isu Karpal: Penjelasan PAS Johor

Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under: PAS

PAS Negeri Johor ingin membuat kenyataan berkaitan dengan isu “darah YB Karpal Singh halal dibunuh” yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily dan The Star keluaran Sabtu, 26 April, 2008 serta kenyataan Sdr. Norman Fernandez, Naib Pengerusi DAP Negeri Johor.

Kenyataan tersebut bukanlah merupakan kenyataan atau pendirian PAS Johor Bahru ataupun PAS Negeri Johor. Kenyataan tersebut adalah sebenarnya pandangan atau komen pembaca laman web yang bernama “Alif” disiarkan dalam ruangan interaksi “Shoutbox” laman web PAS Johor Bahru. PAS tidak mengenali siapakah Alif dan juga identiti dirinya. (more…)


Ketua DPP Johor nafi laporan Malaysiakini

Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under: PAS

Salam hormat,

SAYA telah membaca berita bertajuk “Ugut Karpal: Pelajar Kolej Serah Diri” dalam halaman web Malaysiakini pada 28 April 2008 pukul 11.30 malam setelah dihubungi oleh rakan saya yang memaklumkan berita mengenai saya telah disiarkan.

Saya amat terkejut apabila dalam berita ini telah memaparkan bahawa saya bersama empat pemuda PAS Johor telah mengiringi eorang pelajar kolej berumur 19 tahun hari ini menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam laman web PAS Johor pada pukul 1 tengah hari. (more…)


Senarai wakil rakyat PAS di Parlimen

Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under: PAS

29 Apr | 8.15am
PADA Pilihan Raya Umum ke-12 8 Mac lalu, PAS menang di 23 kawasan Parlimen daripada 66 kawasan yang ditandinginya.

Kawasan berkenaan masing-masing sembilan di Kelantan, satu di Terengganu, dua di Perak, satu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, enam di Kedah dan empat di Selangor. (more…)