Archive for the ‘PAS’ Category

PAS kemuka petisyen DUN Sanglang

Written by kelantankini on Apr 24th, 2008 | Filed under: PAS

24 Apr | 7.10am
KANGAR: Setelah saman pemula untuk mendapat pengisytiharan sebagai calon yang menang bagi kerusi dewan undangan negeri kawasan Sanglang pada pilihan raya umum ke-12 ditolak, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin semalam memfailkan petisyen berkaitan perkara yang sama.

Petisyen itu difailkan melalui peguam Zulmi Sabri di Mahkamah Tinggi di sini dan diserahkan kepada Timbalan Pendaftar Badrul Munir Mohd Hamdy pukul 3 petang. (more…)


PAS Johor catat sejarah, 2 Adun angkat sumpah

Written by kelantankini on Apr 22nd, 2008 | Filed under: PAS

22 Apr | 7.55am
JOHOR BAHRU: Semua 56 Anggota Dewan Undangan Negeri Johor termasuk enam dari Pakatan Rakyat (dua Adun PAS, empat DAP) mengangkat sumpah di depan Speaker DUN, Dato’ Ali Hassan semalam.

Majlis angkat sumpah itu diadakan sempena dengan mesyuarat pertama bagi penggal persidangan pertama DUN Johor ke-12 semalam, serentak dengan pemilihan Ali sebagai Speaker DUN yang dipersetujui sebulat suara semua 56 Adun berkenaan. (more…)


Siasatan kes politik lebih cepat berbanding jenayah

Written by kelantankini on Apr 17th, 2008 | Filed under: PAS

17 Apr | 9.10pm
SEREMBAN: Kepantasan pihak polis menyerah notis dan menyiasat beberapa pemimpin PKR berhubung kes perhimpunan 14 April lalu hanya beberapa jam selepas program berakhir menjadi bukti jelas polis dipergunakan kerajaan sebagai alat politik.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata polis bertindak sangat pantas dalam kes-kes melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat sebaliknya dalam kes jenayah tindakan polis sangat lemah dan lambat. (more…)


Kurang bukti, Mohamad Sabu didakwa semula

Written by kelantankini on Apr 16th, 2008 | Filed under: PAS

Oleh Mohd Sabri Said

16 Apr | 5.40pm
NIBUNG TEBAL: Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan sembilan aktivis yang dituduh mengganggu penjawat awam ketika penahanannya di Plaza Tol Tambun 9 Disember 2007 didakwa semula dengan jaminan RM3,000 seorang di Mahkamah Majistret Jawi, Nibung Tebal petang tadi.

Kesemua tertuduh dibebaskan setelah diikat jamin oleh penjamin terdahulu Bendahari PAS Negeri, Ustaz Khalid Man manakala Haji Mohamad Sabu oleh penjamin baru Hasbullah Shafiee memandangkan penjamin lama Ariffin Husein tinggal di Kelantan. (more…)


Tengku Paduka Raja sempat ziarah Presiden PAS di hospital

Written by kelantankini on Apr 15th, 2008 | Filed under: PAS

15 Apr | 11.25pm
PRESIDEN PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan selama 6 hari di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Beliau keluar meninggalkan HSNZ jam 5.30 petang tadi. Beliau kelihatan sihat sepenuhnya dan sangat ceria ketika ditolak dengan menggunakan kerusi roda. (more…)


Umno punca keretakan perpaduan orang Melayu

Written by kelantankini on Apr 14th, 2008 | Filed under: PAS, Pimpinan

14 Apr | 8.35am
PERHIMPUNAN Perpaduan Melayu yang dianjurkan oleh beberapa NGO Melayu di PWTC semalam masih berpaksikan kepada pergantungan politik terhadap Umno sebagai satu-satunya wadah untuk orang Melayu. Sedangkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 lalu ternyata menegaskan bahawa Umno sudah tidak layak lagi menerajui bangsa dan umat Melayu setelah mereka bertindak khianat menghakis dan memupuskan keperibadian dan identiti Melayu selama mereka memegang tonggak kuasa. (more…)


Shahrir masih teraba-raba isu kenaikan harga barang

Written by kelantankini on Apr 14th, 2008 | Filed under: PAS, Respon

14 Apr | 8.20am
SEJAK Dato’ Shahrir Abd Samad dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam kabinet Pak Lah Badawi untuk Kerajaan Persekutuan bagi sesi ke-12 rakyat masih belum nampak sebarang petanda yang positif dalam kawalan harga barang-barang keperluan seharian.

Kredibiliti beliau yang sebelum ini dilihat rakyat sebagai pemimpin Umno Johor yang tinggi keperibadiannya masih belum menampakkan hasil yang positif di sebalik masalah kenaikan harga mentah mee dan krisis bekalan beras Asia yang semakin meruncing. (more…)


TG Nik Aziz prihatin kesihatan Presiden PAS

Written by kelantankini on Apr 11th, 2008 | Filed under: PAS

11 Apr | 11.55am
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz begitu mengambil berat tentang adindanya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang apabila mengetahui Presiden PAS itu dimasukkan ke hospital akibat serangan minor strok. (more…)


Presiden PAS semakin pulih

Written by kelantankini on Apr 11th, 2008 | Filed under: PAS

11 Apr | 6.50am
KUALA TERENGGANU: Ahli dan penyokong PAS diminta bertenang serta tidak bimbang dengan tahap kesihatan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 7.20 pagi semalam setelah disyaki terkena tanda-tanda awal penyakit stroke dan dinasihatkan oleh doktor agar berehat secukupnya. (more…)


PM, menteri perlu hadir sesi parlimen

Written by kelantankini on Apr 10th, 2008 | Filed under: PAS

Tempoh setengah jam siaran langsung sidang Parlimen terlalu singkat

10 Apr | 7.25am
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata, jika kerajaan dapat memastikan semua menterinya boleh hadir di setiap kali persidangan Dewan Rakyat nanti, PAS mengalu-alukan langkah penukaran hari Rabu kepada hari Jumaat sebagai hari mesyuarat mingguan kabinet. (more…)


PAS ambil pendekatan berhati-hati dalam Pakatan Rakyat

Written by kelantankini on Apr 8th, 2008 | Filed under: PAS, Pakatan Rakyat

8 Apr | 2.15pm
TASEK GELUGOR: PAS tidak mahu pengalaman pahit masa lampau berulang apabila parti itu mengambil keputusan membentuk gabungan dalam Pakatan Rakyat secara rasmi bersama PKR dan DAP.

Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan lebih berhati-hati dalam Pakatan Rakyat yang baru dibentuk dengan mengambil kira pengalaman lalu supaya gabungan yang baru terjalin itu dapat dijalin dengan lebih kukuh. (more…)


Isu PAS jadi tunjang PR ditulis ikut tafsiran wartawan - TMB

Written by kelantankini on Apr 7th, 2008 | Filed under: Kelantan, PAS

Oleh Lanjusoh

7 Apr | 7.45pm
KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob melahirkan rasa kesal di atas laporan akhbar yang dianggap menyimpang daripada kenyataan asalnya mengenai isu Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau tidak bermaksud mahu parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat dipaksa menerima PAS sebagai tunjang kepada pakatan yang baru dibentuk. (more…)


Respon kepada surat TG Nik Aziz kepada TG Hj Hadi

Written by kelantankini on Apr 7th, 2008 | Filed under: PAS

BERIKUT merupakan surat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang: (more…)


“Pindahkan saja lapangan terbang Pulau Pinang ke Perlis”

Written by kelantankini on Apr 6th, 2008 | Filed under: Nasional, PAS

6 Apr | 8.15pm
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar mencadangkan Kerajaan Barisan Nasional supaya memindahkan saja Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang ke Perlis jika benar mereka tidak mahu bekerjasama memajukan sektor pelancongan dengan kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat.

Sambil menyifatkan Menteri Pelancongan, Dato’ Seri Azalina Said begitu sempit dengan mentaliti kepuakan Barisan Nasionalnya, Mahfuz menyifatkan bekas Ketua Puteri Umno itu tidak ada semangat Malaysia seperti para pemimpin Pakatan Rakyat (PR). (more…)