Archive for the ‘Pimpinan’ Category

Ezam pilih jalan salah

Written by kelantankini on May 30th, 2008 | Filed under: Minda, Pimpinan

Oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

KALI pertama saya menjabat tangan saudara Ezam Mohd Nor adalah di Kem Kamunting. Seusai saya melangkah keluar dari bilik khas tempat saya menziarahi kekanda saya, Ustaz Nik Adli di kem neraka ciptaan Umno itu, saya terserempak dengan satu wajah yang begitu mudah dicam melalui perkenalan saya lewat akhbar dan majalah.

Beliau bersama seorang lagi tahanan yang saya agak keliru juga pada mulanya. Seorang lelaki dengan rambut yang mengurai panjang macam jenis sosialis macam Hisyamudin Rais, tapi rapi dengan wajah tampak begitu bersih dan tenang macam islamis macam budak ‘usrah’. (more…)


WPI dan Pulau Batu Puteh bakal tergadai

Written by kelantankini on May 23rd, 2008 | Filed under: Pimpinan

Oleh Dato’ Husam Musa
(Ditulis pada 4 Ogos 2007)

KES Pulau Batu Puteh akan diputuskan oleh ICJ November depan.

Desas desus sudah bertiup, kita mungkin kecundang dan Pulau Batu Puteh yang strategik akan menjadi milik Singapura selama-lamanya.

Jika itu berlaku, Singapura sentiasa mengasak kita dan mereka lebih bersedia dari segala sudut untuk menjadikan kita sentiasa terundur. (more…)


Umno punca keretakan perpaduan orang Melayu

Written by kelantankini on Apr 14th, 2008 | Filed under: PAS, Pimpinan

14 Apr | 8.35am
PERHIMPUNAN Perpaduan Melayu yang dianjurkan oleh beberapa NGO Melayu di PWTC semalam masih berpaksikan kepada pergantungan politik terhadap Umno sebagai satu-satunya wadah untuk orang Melayu. Sedangkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 lalu ternyata menegaskan bahawa Umno sudah tidak layak lagi menerajui bangsa dan umat Melayu setelah mereka bertindak khianat menghakis dan memupuskan keperibadian dan identiti Melayu selama mereka memegang tonggak kuasa. (more…)


Perlu kuasai Pusat untuk laksana hudud

Written by kelantankini on Apr 10th, 2008 | Filed under: Pimpinan

Oleh Dato’ Dr Haron Din

SOALAN: Apakah apabila PAS menjadi pemerintah sesebuah negeri, undang-undang hudud Islam menjadi keutamaan? Wajib disegerakankah atau pun bukan keutamaan. Jika bukan, apa pula keutamaan PAS dalam pemerintahannya. Mohon Dato’ perjelaskan. - UBAIDAH SALIM, Sepang. (more…)