Written by kelantankini on Aug 8th, 2008 | Filed under:
Nasional,
PKR

MANTAN Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akhirnya didakwa di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta semalam atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii (liwat) selepas sebulan lebih polis menjalankan siasatan kes berkenaan. (more…)
Written by kelantankini on Aug 1st, 2008 | Filed under:
Nasional,
PAS,
PKR,
Pakatan Rakyat
Tiada gabungan PAS-Umno, Wan Azizah beri laluan kepada Anwar
Oleh Mohd Sayuti Omar
LEWAT petang tadi PAS dan PKR membuat dua keputusan penting. Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah membuat ketetapan tidak ada sebarang penggabungan dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan bersama, bagaimana pun membenarkan perundingan diadakan dengan Umno menerusi ruang lingkup muqabalah - bersemuka!
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Agung PAS bersama Majlis Syura Ulama yang berlangsung di Ibu Pejabat Pas Jalan Raja Laut pagi tadi. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri sama Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kehadiran Nik Aziz menunjukkan mesyuarat yang berlangsung lima jam itu penting bagi PAS. (more…)
Written by kelantankini on Jul 31st, 2008 | Filed under:
Nasional,
PKR,
Pakatan Rakyat,
Parlimen

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail membuat pengumuman mengejut hari ini apabila meletakkan jawatannya sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh.
Katanya, pengundurannya itu bagi membolehkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya kecil nanti. (more…)
Written by kelantankini on May 28th, 2008 | Filed under:
PKR,
Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR, 28 Mei: “Jangan kaitkan saya dengan berita Ezam mahu menyertai Umno”, itulah reaksi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi KLpos.com.
Sebelum ini, laman web Malaysiakini menyiarkan berita berbentuk spekulasi mengenai kemungkinan Badrul akan menyertai Umno bersama-sama dengan Ezam. (more…)
Written by kelantankini on Apr 27th, 2008 | Filed under:
PKR
Oleh Lanjusoh
27 Apr | 6.05pm
MACHANG: Pengalaman Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mentadbir Kelantan selama lebih 18 tahun akan dikongsi bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu satu program khas yang kemungkinan dikenali sebagai Persidangan Kemuncak Ketua Kerajaan Pakatan Rakyat akan diadakan di Kelantan tidak lama lagi. (more…)
Written by kelantankini on Apr 25th, 2008 | Filed under:
PKR
25 Apr | 10.00pm
PARTI KeADILan Rakyat Bahagian Kuala Nerus menyambut baik tindakan Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Ahmad Said menuntut supaya Kerajaan Pusat memulangkan kembali wang royalti minyak. Tuntutan tersebut telah terlalu lama dibuat oleh PAS apabila royalti minyak dimansuhkan setelah PAS berjaya memerintah Terengganu pada tahun 2000.
Walaupun Kementerian Kewangan pada 5 Sept 2000 mengumumkan menggantikan bayaran royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu dengan program wang ehsan, namun pengurusan dana tersebut tidak lagi diserahkan kepada kerajaan negeri. Semua projek yang menggunakan dana tersebut disalurkan terus kepada kementerian yang melaksanakannya tanpa merujuk kepada kerajaan negeri. (more…)
Written by kelantankini on Apr 23rd, 2008 | Filed under:
PKR
23 Apr | 8.30am
PENULIS politik terkenal Rustam A Sani, 63, meninggal dunia di rumahnya jam 3.00 pagi tadi kerana serangan penyakit jantung.
Menurut laporan KLpos, Jenazah Allahyarham Rustam dijangka akan dikebumikan selepas Zohor.
Orang ramai yang ingin menziarahi Allahyarham boleh hadir ke alamat:
7519 Batu 6 3/4, Bukit Lela, Gombak Selangor Darul Ehsan (Tel: 03-61897588).
Written by kelantankini on Apr 22nd, 2008 | Filed under:
PKR
22 Apr | 8.40am
PARTI Keadilan Rakyat menganggap cadangan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjadi sebuah badan bebas yang bertanggungjawab kepada Parlimen, dan bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri ini sepatutnya dilakukan pada empat tahun lalu ketika beliau diberi mandat oleh rakyat untuk menentang rasuah.
Malah pengumuman ini sudah pun terlambat sejak kempen anti rasuah dilancarkan oleh beliau sendiri pada empat tahun lalu dan ia tidak akan bermakna tanpa pindaan sebenar pada Akta Badan Pencegah Rasuah. (more…)
Written by kelantankini on Apr 16th, 2008 | Filed under:
PKR,
Pakatan Rakyat
Naib Presiden PKR nafi berbohong kepada polis perhimpunan 14 April
16 Apr | 11.45pm
SHAH ALAM: Tiga pemimpin utama PKR, Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Azmin Ali dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi kerja sama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung kes perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman 14 April lalu.
Wan Azizah dan Azmin memberi keterangan masing-masing di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor manakala Khalid di pejabatnya di Bangunan Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah. (more…)
Written by kelantankini on Apr 16th, 2008 | Filed under:
PKR,
Pakatan Rakyat
16 Apr | 7.20am
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata polis telah menghubungi beliau untuk diambil keterangan berhubung perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam kelmarin.
Bagaimanapun, Abdul Khalid yang juga Presiden Kelab Sultan Sulaiman berkata beliau telah meminta nasihat daripada Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Datuk Zauyah T Lothy Khan dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Dato’ Ramli Mahmud sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. (more…)
Written by kelantankini on Apr 16th, 2008 | Filed under:
Nasional,
PKR
16 Apr | 7.10am
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Black 14 anjuran PKR di Kelab Sultan Suleiman di Kampung Baru di sini yang sepatutnya menganjurkan majlis makan malam bersama rakyat, bertukar menjadi ‘perhimpunan haram’.
Ketua Polis Kuala Lumpur Dato’ Muhammad Sabtu Osman berkata perhimpunan yang dihadiri kira-kira 7,000 (anggaran Bernama) penyokong PKR itu bermula pukul 8.30 malam kelmarin, namun diberhentikan pada pukul 10.30 malam atas arahan Ketua Polis Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman, dan para penyokong kemudiannya bersurai dengan aman. (more…)
Written by kelantankini on Apr 15th, 2008 | Filed under:
PKR
PKR bantah keras tindakan polis
15 Apr | 11.40pm
PARTI Keadilan Rakyat membantah sekeras-kerasnya tindakan polis ke atas Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Yahya Shari. Mereka telah disaman oleh polis supaya hadir ke Balai Polis Dang Wangi jam 3 petang ini. Mereka akan hadir hanya selepas melihat aduan polis yang dibuat.
Pihak polis telah menunggu di luar rumah mereka seawal jam 6.00 pagi untuk menyampaikan saman. Adalah dipercayai polis hendak menyiasat mereka berhubung sebuah perhimpunan pada 14 April 2008. Khabarnya polis bertindak kerana menerima aduan mengenai perhimpunan tersebut. (more…)
Written by kelantankini on Apr 15th, 2008 | Filed under:
PKR,
Pakatan Rakyat
15 Apr | 11.55am
KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak dapat hadir ke Balai Polis Dang Wangi pada jam 3.00 petang ini berhubung satu notis yang diserah polis kepadanya pagi tadi.
Notis berkenaan menyebut supaya beliau hadir sebagi saksi berhubung satu laporan polis (no report 13144/08) di bawah Seksyen 27/5 Akta Polis 1969. (more…)
Written by kelantankini on Apr 15th, 2008 | Filed under:
PKR,
Pakatan Rakyat
Terkini! KUALA LUMPUR: Sebagaimana dijangkakan pihak polis mula mengambil tindakan terhadap penganjur Perhimpunan Black 14 yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung baru malam tadi.
Menurut laporan Harakahdaily jam 9.55 pagi tadi yang memetik kenyataan Koordinator Media PKR, Ginie Lim, pihak polis menghantar notis kepada Presiden parti itu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. (more…)
Written by kelantankini on Apr 15th, 2008 | Filed under:
PKR,
Pakatan Rakyat

15 Apr | 7.40am
KIRA-kira 20,000 penyokong pembangkang, khususnya PKR, menyertai perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi walaupun polis tidak menyediakan permit.
Program yang digelar “Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat” dianjurkan sempena tamatnya larangan berpolitik terhadap penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim esok (hari ini). (more…)