Written by kelantankini on Jun 11th, 2008 | Filed under:
Respon
Oleh M Lokman Yasin
SAYA berpendapat kalau nak berhujah berhubung dengan masalah minyak negara, sama ada kerajaan atau pembangkang masing-masing ada hujah dan pandangan sendiri yang nampak relevan. Maknanya kalau kita dengar pihak kerajaan berhujah ada betulnya dan begitu juga dengan pandangan dan hujah pembangkang.
Saya bersetuju dengan Salahuddin yang menyarankan agar masalah minyak negara ini semua parti politik, pemerintah dan NGO bergabungkan idea di satu meja bulat dengan mengetepikan politik buat seketika. (more…)
Written by kelantankini on Jun 11th, 2008 | Filed under:
Respon
Oleh Pemudasabah
SEDIH saya melihat kelibat YB Salahuddin kena tibai oleh Dato’ Shahrir Samad dalam perdebatan isu kenaikan harga minyak malam ini di RTM 1 yg disiarkan secara langsung.
Umpama menegakkan benang yg basah, YB Salahuddin dilihat beberapa kali mengulangi perkataan “Prudent” yg semakin lama kita mendengarnya, semakin bosanlah untuk kekal di depan kaca televisyen. (more…)
Written by kelantankini on Jun 11th, 2008 | Filed under:
Respon
Oleh Matlan75
Saya baru saja menyaksikan perdebatan pasal kenaikan harga minyak secara live di RTM1 jam 9.30 malam tadi. Apa yg saya ingin menyatakan sedikit kekesalan di atas hujah yg disampaikan oleh YB Salahuddin ketika berdebat dengan YB BN. Isunya kurang panas.
Isu yg dibangkitkan terlalu global, sedangkan banyak perkara tidak dibangkitkan. Kemarahan rakyat sekarang ini ialah pasal Malaysia adalah negara pengeluar minyak dunia, keuntungan hampir beratus billion, kenapa tidak diperincikan ke mana saluran wang petronas diagihkan, kita mahu jawapan yg tepat, bukan berdolak dalih seperti mana yg dijawab oleh menteri BN. (more…)
Written by kelantankini on Jun 11th, 2008 | Filed under:
Respon
Oleh Sebolku
YB Salahudin (Ayub) agak mengecewakan apabila berada dikaca TV bersama Shahrir Samad. Sudah beberapa kali ditanyakan penyelesaian pengagihan subsidi akan tetapi penyelesaian yang diberikan adalah umpama menyalahkan kerajaan tidak duduk berbincang dan tentang ketelusan PETRONAS.
Cadangkan sahajalah subsidi itu diberikan kepada semua rakyat melalui subsidi makanan setiap orang bagi sebagaimana Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat. (more…)
Written by kelantankini on Jun 5th, 2008 | Filed under:
Respon

BAGAI yang diramalkan sebelum PRU-12, baik BN menang mahu pun tewas memang tidak dapat dielakkan mesti minyak petrol akan jadi bahan bagi mengikis duit rakyat. (more…)
Written by kelantankini on May 29th, 2008 | Filed under:
Respon
Oleh Khairul Faizi
SAYA telah menulis berita tentang kemasukan Ezam ke dalam Umno pada 26 Mei 2008 (Ezam, Marilah Bersama PAS) dan 22 Mei 2008 (Akhirnya Ezam Pergi Jua - Versi Baru).
Kedua tulisan saya ini menghuraikan bagaimana Ezam dilaporkan akan meninggalkan perjuangan reformasi dan akan meyertai Umno semula. Tulisan saya yang kedua lebih bertujuan untuk ‘memujuk’ Ezam agar menyertai PAS daripada Umno. (more…)
Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under:
Respon
Oleh Ibnu Khuzaimah
DEWAN Undangan Negeri Selangor hari meluluskan sejumlah RM127.483 juta bajet tambahan peruntukan pembangunan bagi tahun 2007. Bajet tambahan ini bertujuan menampung pembayaran pelbagai Jabatan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Perbendaharaan, JKR serta sejumlah peruntukan perbendaharaan luar jangka, di bawah Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2007) 2008, semua peringkat. (live parlimen)
Peruntukan ini antara lain menampung kekurangan akibat keborosan dan terlebih belanja kerajaan lalu pimpinan Dato’ Seri Dr Khir Toyo. Dengan kelulusan ini pelbagai projek yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu terutama semasa PRU ke-12 akan dapat dibayar dengan segera. (more…)
Written by kelantankini on May 24th, 2008 | Filed under:
Respon
Oleh Azmi
SALAM sejahtera YB (Lim Kit Siang), saya adalah seorang anggota TLDM yang pernah ditugaskan untuk memantau kehadiran petugas rumah api warga Singapura di Pulau Pisang. YB, Pulau Pisang adalah pulau yang tidak dihuni, di mana penduduk asalnya telah berpindah ke tanah besar di Pontian, yang tinggal hanya dusun dan perkuburan yang tidak terjaga, Ia terletak di perairan Pontian, Johor dan jauh dari Singapura.
Persoalannya mengapa kita yang telah 50 tahun merdeka masih memerlukan bantuan Singapura untuk mengawal selia rumah api tersebut, adakah Jabatan Laut tidak berupaya untuk mengawal selianya. (more…)
Written by kelantankini on May 23rd, 2008 | Filed under:
Respon
SAYA baru sahaja selesai mengikuti siaran langsung dari The Heague dan tidak terkejut dengan keputusan ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa). Kalau diteliti dengan cermat perbezaan persiapan yang dilakukan oleh pihak Justices Malaysia dengan Singapura begitu ketara bila mana pihak Singapura begitu bersungguh-sungguh dengan home-worked mereka sehingga sanggup menyelongkar di serata arkib dunia bagi menguatkan hujah-hujah mereka.
Taraf Ghani Patail (Peguam Negara) hanya sebagaimana yang ditunjukkan dalam kes “Batu Butok” sahaja. Sama sahaja dengan para menteri yang ada pada masa kini, pencuri, penyamun, peraba, perogol dan lain-lain. (more…)
Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under:
Respon
Oleh Ibnuhasyim
29 Apr | 5.50pm
“MENGAPA Datuk Seri Anwar sahaja yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri (PM), tidak Ustaz Abdul Hadi atau lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat?” Kata seorang pengarang sebuah akhbar yang saya temui semalam.
“Apakah Anwar saja yang mampu mencari 30 kerusi parlimen tambahan untuk merampas jawatan PM, sedang beliau sendiripun masih belum jadi ahli parlimen? dan ada pula yang menguar-uarkan isteri beliau sebagai PM wanita pertama di Malaysia?” (more…)
Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under:
Respon
29 Apr | 8.50am
ANEH! Itu yang dapat kita katakan mengenai kenyataan Wan Ahmad Wan Ibrahim, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang kini bertindak menggantikan hero SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang kini bertapa kerana kegagalan grand design untuk memenangkan UMNO/BN di negeri Kelantan khususnya dan di seluruh negara amnya.
Tersentak dengan keputusan pilihan raya yang nampaknya menyerlahkan perancangan SPR yang gagal untuk menipu rakyat, kini Timbalan Pengerusi SPR cuba menghalakan sasarannya ke alam langit dengan kenyataannya: Calon dan parti politik yang berkempen menggunakan laman web, blog atau SMS pada pilihan raya akan datang, boleh dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika mereka didapati melanggar peraturan ditetapkan. (more…)
Written by kelantankini on Apr 14th, 2008 | Filed under:
PAS,
Respon
14 Apr | 8.20am
SEJAK Dato’ Shahrir Abd Samad dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam kabinet Pak Lah Badawi untuk Kerajaan Persekutuan bagi sesi ke-12 rakyat masih belum nampak sebarang petanda yang positif dalam kawalan harga barang-barang keperluan seharian.
Kredibiliti beliau yang sebelum ini dilihat rakyat sebagai pemimpin Umno Johor yang tinggi keperibadiannya masih belum menampakkan hasil yang positif di sebalik masalah kenaikan harga mentah mee dan krisis bekalan beras Asia yang semakin meruncing. (more…)
Written by kelantankini on Apr 13th, 2008 | Filed under:
Respon
Oleh Roslan SMS
Ampun Tuanku beribu ampun sembah patik harap diampun
Patik menumpang gembira diatas keprihatinan Tuanku terhadap prinsip ketuanan Melayu sebagaimana yang dititahkan oleh Tuanku di PWTC semalam. Siapalah lagi yang sewajarnya bimbang dan prihatin terhadap isu ini jika tidak Tuanku dan Raja-raja Melayu sekalian. (more…)
Written by kelantankini on Apr 13th, 2008 | Filed under:
Respon
13 Apr | 8.05am
ALAHAI Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan yang cuba tunjuk sikap keterbukaan dengan mahu menyiarkan siaran langsung setengah jam soal jawab Parlimen tapi kini mula menunjukkan belang bahawa dia sama sahaja dengan ahli-ahli politik Umno lain yang bebal dan pekauman itu.
Beliau mengarahkan Radio Selangor FM keluar daripada Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah milik kerajaan Selangor, sambil menuduh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kemaruk kuasa dan terus membuat fitnah bahawa kerajaan campuran itu “menggunakan RM100 juta untuk babi tetapi halau agensi kerajaan pusat dari bangunan SUK itu.” (more…)
Written by kelantankini on Apr 10th, 2008 | Filed under:
Respon
Oleh Bkt Pinang
10 Apr | 6.55am
DALAM keghairahan Umno memekik melolong sesama mereka, rakan komponen Barisan Nasional dan pihak lawan memerhati sahaja tingkah laku pemimpin Umno berebut-rebut tulang-tulang yang masih tersisa selepas perang PRU-12 yang lalu.
Dari segi matematiknya Umno tulang belakang Barisan Nasional tidak kalah. Mereka cuma kehilangan beberapa puluh kerusi Parlimen dan beberapa buah negeri sahaja. BN masih menguasai dengan majoriti 2/3 di Perlis, Trengganu, Pahang, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak. (more…)