Archive for the ‘Umno’ Category

Rasuah memang berlaku dalam pemilihan Umno - BPR

Written by kelantankini on Aug 6th, 2008 | Filed under: Umno

PUTRAJAYA: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menyiasat beberapa kes rasuah dalam mesyuarat pemilihan cawangan Umno selepas menahan calon Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang pada Sabtu lalu kerana disyaki memberi sogokan wang kepada seorang ahli parti.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, laporan yang diterima BPR menunjukkan gejala rasuah memang berlaku dalam pemilihan Umno walaupun bilangannya kecil.

“Kita ada beberapa kes lagi dalam siasatan tetapi biarlah kita selesaikan dulu. Kita juga ada terima laporan ia memang berlaku tetapi tidak banyak dan kita akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya selepas perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini, Isnin.

Ahmad Said diminta mengulas tindakan BPR berhubung dakwaan politik wang pada pemilihan Umno tahun ini.

Kelmarin, Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata Mohd Nor ditahan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 ketika memberi sogokan RM500 kepada ahli berkenaan di Seremban pada jam 4 petang. (Berita penuh..)


“Pemilihan Umno paling buruk” - Syed Hamid Albar

Written by kelantankini on Aug 5th, 2008 | Filed under: Umno

KOTA TINGGI: Pemilihan cawangan Umno yang sedang berlangsung sekarang, adalah yang paling buruk pernah disaksikan, demikian pengakuan terbuka Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dato’ Seri Syed Hamid Albar mengenai kemelut parti itu yang disiarkan akhbar Berita Harian hari ini (4 Ogos). (Sambungan.. klik)


Ezam sertai Umno sebagai ahli seumur hidup

Written by kelantankini on May 29th, 2008 | Filed under: Umno

KUALA LUMPUR, 29 Mei: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohamad Ezam Mohd Noor yang kembali ke pangkuan Umno secara rasmi semalam turut memohon sebagai ahli seumur hidup parti itu.

Ezam menyerah borang menyertai Umno kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bangunan Parlimen bersama yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM100. (more…)


Kemasukan Ezam dalam Umno tamatkan desas desus

Written by kelantankini on May 29th, 2008 | Filed under: Minda, Umno

Oleh Mohd Sayuti Omar

[5.45pm, 28 Mei] TEKA teki bilakah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Ezam Muhammad Noor, 41, akan mengistyharkan secara rasmi kemasukannya semula dalam parti asalnya, Umno berakhir kira-kira dua jam setengah tadi apabila Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan perkara itu di bangunan Parlimen jam 4.10 minit petang.

Pengumuman mengenai Ezam itu sekaligus mengesahkan ramalan saya sebelum ini yang mengatakan orang kanan Anwar Ibrahim itu akan menyertai Umno dan pengumumannya akan disampingi Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ataupun timbalannya Mohd Najib Razak. (more…)


Ezam sah sertai Umno, serah borang di bangunan Parlimen

Written by kelantankini on May 28th, 2008 | Filed under: Nasional, Umno

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Segala spekulasi mengenai kemasukan semula bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor ke pangkuan Umno akhirnya ternoktah apabila beliau menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula parti itu petang ini.

Bekas orang kanan Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu menyerahkan borang menyertai Umno kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. (more…)


Umno pilihan Ezam?

Written by kelantankini on May 28th, 2008 | Filed under: Nasional, Umno

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Selepas menimbulkan berbagai andaian mengenai arah tuju politiknya, Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka mengumumkan keputusan beliau untuk kembali menyertai Umno hari ini.

Menurut sumber daripada laman web KLpos, pengumuman mengenai kemasukan Ezam semula ke dalam Umno akan dibuat oleh Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. (more…)


Mahathir kesal benarkan Abdullah sertai semula Umno

Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under: Umno

SUBANG, 27 Mei: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau menyesal kerana membenarkan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menyertai semula Umno, seterusnya bertanding jawatan dalam parti.

Bercakap kepada pemberita selepas pulang dari Tokyo, Jepun di sini, petang ini, beliau yang mengumumkan keluar parti 19 Mei lalu berkata, perjuangan ahli Umno sekarang lebih mengutamakan pemimpin tertentu, bukannya parti. (more…)


Umno pupus jika Abdullah kekal PM

Written by kelantankini on May 26th, 2008 | Filed under: Umno

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid mendakwa bahawa Umno bakal pupus dan lenyap pada tahun 2013 sekiranya tampuk pemerintahan negara masih dipegang oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau menegaskan, kerana alasan itulah juga yang menyebabkan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bertindak keluar daripada Umno. (more…)


Rafidah kesal sikap ghairah bekas Puteri Umno

Written by kelantankini on May 25th, 2008 | Filed under: Umno

ALOR STAR, 25 Mei: Ketua Pergerakan Wanita Umno, Dato’ Seri Rafidah Aziz menyalahkan sikap segelintir bekas anggota Puteri yang baru menyertai Pergerakan berkenaan bertanding merebut jawatan sebagai salah satu punca sayap parti itu menjadi lemah.

Beliau berkata tindakan bertanding jawatan tertinggi dalam Pergerakan Wanita Umno boleh mengakibatkan perpecahan di kalangan anggota sekaligus melemahkan parti. (more…)


Muslihat Mahathir keluar Umno

Written by kelantankini on May 21st, 2008 | Filed under: Umno

PERALIHAN kuasa pemerintahan kerajaan Persekutuan semakin dekat. Masa untuk Anwar menggerakkan langkah berikutnya sudah hampir pasti tiba.

Namun, apabila itu berlaku, mungkin Mahathir akan mengaku bahawa itu adalah sumbangannya. Dia akan mengatakan bahawa keluarnya pemimpin dan wakil rakyat Umno secara berbondong-bondong kerana mengikuti langkah dan saranannya - bukan kerana kepimpinan Anwar. (more…)


Keputusan Mahathir lengkapkan tradisi Umno

Written by kelantankini on May 20th, 2008 | Filed under: Nasional, Umno

MAKA heboh seluruh negara dengan berita yang mengemparkan bagi sesetengah orang. Begitulah bertalu-talu beberapa kenalan yang mengirim SMS sebaik sebelum dan selepas zuhur tadi.

Namun, bagi saya sememangnya berita seperti ini sudah dijangkakan dan hanya menunggu masa untuk diumumkan. Secara tradisi, itulah budaya rasmi Umno. Keluarnya Mahathir dari menjadi ahli Umno selepas tidak lagi menjadi Presiden parti ialah sekadar melengkapkan tradisi parti yang pernah dipimpinnya lebih 22 tahun. (more…)


Mahathir umum keluar Umno

Written by kelantankini on May 19th, 2008 | Filed under: Nasional, Umno

ALOR STAR, 19 Mei: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid membuat pengumuman keluar dari Umno tengah hari ini.

Menurut laporan The Star, Mahathir membuat pengumuman keluar dari parti yang diterajuinya selama 22 tahun kira-kira jam 12.30 tengah hari ini. (Laporan lanjut)


Peralihan kuasa perlu dipercepatkan - Umno Cheras

Written by kelantankini on Apr 27th, 2008 | Filed under: Umno

27 Apr | 11.50pm
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah diminta mempercepatkan proses peralihan kuasa pada Perhimpunan Agung Umno Disember ini bagi membolehkan pemulihan dalam Umno dilakukan.

Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee ketika membuat gesaan ini berkata Abdullah telah menamakan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai pengganti dan sehubungan itu adalah wajar proses itu disegerakan. (more…)


Mukhriz sambut baik hasrat Ku Li

Written by kelantankini on Apr 26th, 2008 | Filed under: Umno

26 Apr | 8.20pm
MACHANG: Anggota Exco Pergerakan Pemuda Umno Dato’ Mukhriz Tun Mahathir mengalu-alukan sesiapa sahaja ahli Umno yang berhasrat bertanding jawatan Presiden termasuk bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah pada pemilihan pucuk tertinggi pimpinan parti itu akhir tahun ini.

“Bukan sahaja Tengku Razaleigh boleh bertanding untuk jawatan presiden tetapi juga Timbalan Presiden Umno Dato’ Seri Najib Tun Razak dan naib-naib presiden,” katanya. (more…)


Ku Li tidak berganjak hasrat tanding Presiden Umno

Written by kelantankini on Apr 26th, 2008 | Filed under: Umno

26 Apr | 7.20am
KOTA BHARU: Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan belaiu tidak akan menarik diri daripada hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden Umno walaupun ditakdirkan berlaku peralihan kuasa sebelum pemilihan parti Disember depan.

Ketua Umno bahagian Gua Musang itu berkata beliau tegas dengan keputusannya menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu jika mendapat cukup pencalonan. (more…)