Archive for the ‘Umno’ Category

Amanat Ku Li di Balai Islam, Kota Bharu malam ini

Written by kelantankini on Apr 25th, 2008 | Filed under: Umno

Sedang berlangsung majlis perhimpunan yang dinamakan ‘Amanat Penting‘ Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bertempat di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu.

Pada masa ini (10.40mlm) sedang berlangsung sesi soal jawab. (klik di sini untuk ikuti secara langsung) rakaman berbentuk audio - anda perlu menggunakan browser internet explorer. Mozila firefox bermasalah, harap maklum.

11.05pm: Penggulungan sesi soal jawab oleh Ku Li.

11.45pm: Majlis tamat


“Semua pihak cakap berpusing-pusing..” - Exco Pemuda

Written by kelantankini on Apr 22nd, 2008 | Filed under: Umno

22 Apr | 6.10pm
SEORANG Exco Pemuda Umno hari ini menegaskan bahawa menurut perlembagaan parti, peralihan kuasa bukan ditentukan oleh presiden tetapi ditentukan oleh parti keseluruhannya.

Exco berkenaan, Kamarulzaman Kamdias berkata jawatan presiden bukan sesuatu yang diwarisi turun temurun. (more…)


Muhyiddin jawab kenyataan ‘tak cerdik’

Written by kelantankini on Apr 21st, 2008 | Filed under: Umno

21 Apr | 7.55am
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab kritikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang membidas sesetengah pemimpin Umno, termasuk menggelar mereka menteri yang ‘tidak cerdik’ kerana meminta Perdana Menteri berundur dari jawatannya.

Naib Presiden Umno itu berkata, walaupun Nazri tidak menyatakan nama menteri yang dimaksudkannya, ia mungkin merujuk kepada dirinya kerana beliau antara menteri yang banyak memberikan pandangan mengenai perubahan kepimpinan dalam parti. (more…)


Bukan semua menteri cerdik - Nazri

Written by kelantankini on Apr 19th, 2008 | Filed under: Umno

19 April | 11.10 pm
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata perbuatan setengah ahli Umno yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletakkan jawatan, adalah tindakan yang bodoh.

Sambil menyatakan mereka sebenarnya tidak faham makna demokrasi, beliau berkata, adalah tidak wajar bagi pemimpin Umno untuk mendesak Abdullah melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno kerana ia bermakna menafikan hak rakyat yang telah mengundi Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negara. (more…)


Rafidah mahu peralihan kuasa hanya libatkan Presiden saja

Written by kelantankini on Apr 16th, 2008 | Filed under: Umno

16 Apr | 7.40am
KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno mahu peralihan kuasa dalam parti hanya melibatkan presiden sahaja dan tidak dibiarkan terlalu lama.

Ketuanya, Dato’ Seri Rafidah Aziz berkata peralihan kuasa di antara Presiden dan Timbalan Presiden Umno perlu berlaku pada masa yang tepat dan jangan menunggu sampai ke tahap ‘nasi sudah menjadi bubur’. (more…)


BN Kelantan cadang kemuka petisyen

Written by kelantankini on Apr 15th, 2008 | Filed under: Kelantan, Umno

Annuar Musa dakwa wujud unsur tidak sihat pada PRU-12

15 Apr | 9.05pm
KOTA BHARU: Barisan Nasional Kelantan dilaporkan akan mengemukakan petisyen sekiranya mendapat cukup bukti berlakunya amalan tidak sihat pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Annuar Musa bagaimanapun berkata, perkara tersebut akan diserahkan dulu kepada panel peguamnya untuk diteliti. (more…)


“Kenapa pula saya tidak bertanding?” - Pak Lah

Written by kelantankini on Apr 15th, 2008 | Filed under: Nasional, Umno

15 Apr | 6.55am
Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata beliau tidak akan berundur daripada jawatannya dan akan bertanding dalam pemilihan Umno, yang dijadualkan Disember ini.

Abdullah berkata tidak ada sebab untuknya tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti 16-20 Disember depan. (more…)


PM: Desakan letak jawatan bukan suara majoriti

Written by kelantankini on Apr 15th, 2008 | Filed under: Umno

15 Apr | 6.45am
DATO’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata suara-suara yang mendesaknya berundur segera daripada jawatannya bukan mewakili Umno keseluruhannya.

Sebaliknya kata Presiden Umno itu desakan agar beliau berundur hanya “pandangan sesetengah pihak” dalam Umno. (more…)


Umno wajar contohi disiplin ahli PAS - Muhammad Taib

Written by kelantankini on Apr 14th, 2008 | Filed under: Umno

14 Apr | 8.10pm
AHLI dan pemimpin Umno disaran meniru disiplin ahli-ahli PAS sewaktu parti itu menerima kekalahan teruk di Terengganu dalam pilihan raya umum 2004, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. (more…)


Isyarat minta Pak Lah undur makin jelas

Written by kelantankini on Apr 14th, 2008 | Filed under: Umno

14 Apr | 7.55am
SELEPAS badan perhubungan Umno Johor mencadangkan “pelan peralihan” kuasa presiden dan perdana menteri, parti itu kelihatan tidak sabar-sabar lagi melihat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Sejak pertemuan Abdullah dengan Umno negeri itu Jumaat lalu, kenyataan-kenyataan agar penggantian dijalankan segera semakin lantang berkumandang - walaupun berlapik. (more…)


Umno akan pupus jika tiada perubahan pucuk pimpinan

Written by kelantankini on Apr 13th, 2008 | Filed under: Umno

UMNO akan hanyut dan tidak boleh bangkit lagi sekiranya tidak dilakukan perubahan segera terhadap pucuk pimpinan parti, kata Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata sekiranya perubahan itu tidak dilakukan segera, Umno juga akan hilang kuasa dan tidak akan bangkit selama-lamanya. (more…)


Pak Lah baru mengaku jadi punca sokongan rakyat terhadap BN merosot

Written by kelantankini on Apr 11th, 2008 | Filed under: Nasional, Umno

11 Apr | 11.25pm
PERDANA Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui secara terbuka hari ini bahawa beliau antara punca kemerosotan undi BN pada pilihanraya umum 8 Mac.

Abdullah berkata, disebabkan perkara tersebut beliau berasa bertanggungjawab berbuat sebaik-baiknya bagi memulihkan BN dan Umno. (more…)


Ketua Umno Tanah Merah meninggal

Written by kelantankini on Apr 11th, 2008 | Filed under: Kelantan, Umno

KOTA BHARU: Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Dato’ Hashim Safin, 60, meninggal dunia jam 2.55 petang ini akibat serangan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini.

Beliau meninggal dunia selepas koma sejak 25 hari lalu akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 18 Mac lalu selepas terjatuh ketika berada di pejabat Umno Bahagian Tanah Merah. (more…)


Abdullah teruk ‘dihentam’ Umno Kedah

Written by kelantankini on Apr 11th, 2008 | Filed under: Nasional, Umno

11 Apr | 7.45am
TEKANAN terhadap perdana menteri semakin meningkat - dengan pemimpin-pemimpin Umno Kedah pula mengkritik kepemimpinan beliau.

Dalam satu pertemuan tertutup 15 bahagian dengan timbalannya Datuk Seri Najib Razak semalam, mereka menyalahkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atas ketewasan teruk parti itu, termasuk kehilangan Kedah kepada Pakatan Rakyat, dalam pilihanraya umum 8 Mac. (more…)


Sabotaj perkara biasa dalam Umno - Khir Toyo

Written by kelantankini on Apr 10th, 2008 | Filed under: Umno

10 Apr | 7.50am
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo, menyifatkan sabotaj dalam Umno sehingga menyebabkan kerajaan negeri kecundang kepada pembangkang adalah perkara biasa dan di Selangor, ia dilakukan pada peringkat dalaman Umno negeri dan dari pihak luar. (more…)