Ahli perniagaan ditembak ketika ke masjid Pulau Melaka

Written by kelantankini on Sep 28th, 2008 | Filed under: Kelantan

KOTA BHARU, 27 September: Seorang ahli perniagaan ditembak mati ketika beliau dan keluarganya sedang dalam perjalanan hendak menunaikan sembahyang Isyak dan tarawih di Masjid Pulau Melaka, Jalan Pulau Melaka di sini malam ini.

Mohamad Salleh, 60-an, dipercayai ditembak dua das tembakan oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, semasa beliau sedang memandu pacuan empat rodanya jenis Toyota Hilux untuk ke masjid kira-kira 8.15 malam.

Difahamkan Mohamad terkena tembakan yang dilepaskan dari bahagian hadapan menerusi cermin kenderaannya, mengakibatkannya cedera di kepala dan dada serta meninggal di tempat kejadian.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, akibat tembakan itu, kenderaan Mohamad terbabas dan melanggar tiga buah kenderaan lain di bahu jalan.

“Selepas kejadian, isteri Mohamad dan sepupu wanitanya keluar dari kenderaan dan menjerit minta tolong daripada orang ramai yang berada berdekatan tempat kejadian,” kata saksi tersebut ketika ditemui di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mazlan Lazim mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk dibedah siasat. - Bernama

Innalillah wa inna ilaihi roji’uun. Al-Fatihah untuk mangsa dan takziah buat keluarga beliau. (Mangsa merupakan jemaah tetap di masjid Tok Guru Pulau Melaka untuk menunaikan solat Fardhu)

Gambar-gambar di lokasi kejadian:

Tragedi pembunuhan di Pulau Melaka

Tragedi pembunuhan di Pulau Melaka..2

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


Leave a Reply