Istana sahkan terima surat lantik Husam pangku tugas MB

Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under: Kelantan

KOTA BHARU, 27 Mei: Pejabat Sultan Kelantan mengesahkan menerima surat daripada Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memaklumkan Dato’ Husam Musa dilantik menjalankan tugas-tugas Menteri Besar sepanjang beliau bercuti selama dua minggu.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Dato’ Abdul Halim Ahmad berkata, surat daripada Menteri Besar diterima semalam dan dan akan akan diserahkan kepada Sultan hari ini bagi mendapatkan perkenan.

Sebelum ini Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob dilantik bagi memangku tugas Nik Aziz yang bercuti ke Mekah selama dua minggu bagi menunaikan ibadah umrah.

Pelantikan Ahmad telah mendapat perkenan Sultan melalui sepucuk surat yang dihantar kepada Menteri Besar 13 Mei lalu.

Bagaimanapun, Ahmad telah mendapat serangan jantung dan dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada jam 1 pagi, Sabtu lepas.

Mengulas keadaan Ahmad, Abdul Halim menjelaskan Timbalan Menteri Besar itu kini sedang berehat dan masih menjalani rawatan di HUSM.

Beliau turut menyatakan keprihatinan Raja Perempuan Kelantan terhadap masalah kesihatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan itu.

“Raja Perempuan Kelantan juga amat prihatin dengan masalah kesihatan timbalan menteri besar dan telah berangkat melawat Dato Ahmad Sabtu lalu,” katanya.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


Leave a Reply