TG Nik Aziz: ‘Saya sedia disiasat BPR’
KOTA BHARU: Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan wujudnya unsur kronisme dalam pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), sebaliknya dibuat berdasarkan kelayakannya.
Beliau berkata, Ariffahmi Abdul Rahman yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan dipercayai mampu menjalankan tanggungjawab itu setelah COO sebelum ini meletak jawatan.
“Jadi saya lantik bukan atas dasar menantu tetapi atas dasar kelayakan dia (Ariffahmi),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa Ketiga di sini, semalam.
Nik Aziz berkata, beliau telah menjelaskan kepada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang lepas sebab-sebab pelantikan menantunya itu.
Semalam media melaporkan mengenai beberapa pegawai Badan Pencegah Rasuah
(BPR) memasuki premis PMBK di sini untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu yang berbangkit termasuk salah guna kuasa.
Nik Aziz sebelum ini berkata beliau sedia disiasat oleh BPR sekiranya wujud unsur-unsur salah guna kuasa dalam pelantikan menantunya itu.
MB: Hanya kerana surat layang BPR terus siasat
































nak tuduh²org pulak..
memang patut pun si arif kena siasat….sombong nak mampus dan tak sedar diri……buat malu tok guru jer..tanya la staff pmbk siapa yang suka kat dia?
tok guru silap amik dia….dia tak ada pengalaman luas dalam koperat nih….bagi la orang betul2 ada pengalaman koperat jd boss…ni tak pikir nak perabis duit jer ,,,,nak cari hasil pulak lambat
wei *tak_suka_kroni* kau jgn suke2 je eh, tg tau la sape yg dia pilih,kau apa tau, klu rase dah bagus sgt asal tg x lantik kau..