TMB Kelantan beransur pulih
Oleh Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 26 Mei: Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob yang dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) awal pagi Sabtu lalu kini semakin pulih.
Beliau menjalani rawatan coronary angiogram pagi semalam dan keadaannya hari ini semakin stabil.
Beliau dikejarkan ke HUSM kira-kira jam 12 malam Sabtu lalu selepas dikatakan mengadu sakit dada ketika pulang menghadiri program anjuran Badan Perhubungan PAS Kelantan di Pusat Tarbiah Islamiah (Putik), Pengkalan Chepa.
Beliau kini ditempatkan di wad CCU bilik Mutiara untuk menjalani rawatan lanjut.
Sementara itu, jurucakap pejabat Timbalan Menteri Besar berkata, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra turut menziarahinya malam tadi.
Selain itu, Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner I Datuk Abdul Rahim Hanafi juga dilaporkan menziarahi Ahmad Yakob.
































Leave a Reply