Tok Guru berangkat ke tanah suci malam ini
KOTA BHARU, 26 Mei: Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berlepas ke tanah suci Mekah malam ini bagi menunaikan ibadah umrah selama kira-kira dua minggu.
Pengawal peribadinya berkata rombongan Mursyidul Am Pas itu yang diiringi seramai 20 orang akan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa jam 8 malam ini.
Manakala penerbangan dari Kuala Lumpur dijangka jam 3 pagi esok.
Tuan Guru akan bertolak dari kediamannya di Pulau Melaka kira-kira jam 6.30 petang ini.
Sepanjang ketiadaannya tugas Menteri Besar dipangku timbalannya, Dato’ Ahmad Yakob.
Sementara itu Ahmad Yakob yang dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kelmarin akibat serangan jantung dilaporkan semakin stabil itu.
































semoga tok guru selamat pergi dan kembali, amiin..