Tuan Guru Nik Aziz selamat berangkat ke Mekah

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat beserta rombongannya berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah kira-kira jam 3 pagi tadi.
Menteri Besar Kelantan itu dijadualkan berada di Tanah Suci Mekah selama dua minggu dan dijangka pulang pada 9 atau 10 Jun depan.
Turut bersama ke Mekah isterinya, Tuan Sabariah Tuan Ishak, anak-anak dan ahli keluarga serta pegawai khas Menteri Besar.
Sementara itu dalam pertemuan ringkas bersama anggota Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof dan anggota Dewan Negara, Senator Mumtaz Mat Nawi, beliau bersyukur kerana berkesempatan menunaikan ibadah umrah bersama keluarga.
Tuan Guru Nik Aziz masih sempat bertanyakan kedua-duanya mengenai perkembangan semasa yang berlaku di dalam perbahasan Parlimen.
Sepanjang ketiadaan beliau selama dua minggu, jawatan Menteri Besar Kelantan dipangku anggota exco kerajaan negeri, Dato’ Husam Musa berikutan keadaan kesihatan Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob yang tidak mengizinkannya menjalankan tugas berkenaan.
































Selamat berangkat Tuan Guruku, pemimpin ummah. Seluruh rakyat mendoakan keselamatanmu pergi dan balik. Kami tahu engkau amat merindui tanah kelahiran Kekasih Allah, tanah penuh berkat.
Semoga engkau selamat kembali. Amiin
Ana sekeluarga memohon agar perjalanan Al Fadil Tok Guru Dato’Nik Aziz dan rombongan ke Mekah Al Mukaramah dipelihara Allah hendaknya.
Takbir… Allahuakbar 3 x