Ustaz Nassuruddin dilantik Speaker DUN Kelantan

Written by kelantankini on Apr 28th, 2008 | Filed under: Kelantan

28 Apr | 10.15am
KOTA BHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Meranti, Ustaz Nasuruddin Haji Daud dilantik sebagai speaker DUN Kelantan yang baru sempena pembukaan Persidangan DUN Kelantan ke-12 dan majlis angkat sumpah Adun, pagi ini.

Pelantikan Ustaz Nasuruddin dicadangkan Adun Chempaka yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan disokong Adun Pasir Pekan (Timbalan Menteri Besar), Dato’ Ahmad Yacob.

Ustaz Nasuruddin dilantik sebagai Speaker DUN setelah penyandang sebelum ini, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berpindah ke kerusi Parlimen Kota Bharu pada pilihan raya 8 Mac lalu.

Sebelum ini Ustaz Nasuruddin merupakan timbalan kepada Wan Rahim. Beliau dipilih sebagai Adun Meranti sejak 1995.

Manakala Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN, mengisi jawatan yang dikosongkan Ustaz Nasuruddin.

Kelantan mempunyai 45 kerusi DUN. Pada pilihan raya umum lalu PAS menguasai 38 kerusi, PKR (satu) dan BN (enam).

Pada pilihan raya umum 2004 PAS mentadbir negeri Kelantan dengan kelebihan hanya tiga kerusi setelah menang 24 kerusi pada pilihan raya tersebut.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


2 Responses to “Ustaz Nassuruddin dilantik Speaker DUN Kelantan”

  1. Tahniah kepada YB Tuan Speaker DUN Kelantan yang baru Ust Nasa. Cuma, kami akan rindukan kehebatan Ust berhujjah selepas ini. Apapun, selamat menjalankan tugas dengan baik dan amanah. Ust mampu menjalankannya.

  2. Tahniah Ust Nasharudin ( Mgkn Dato’ akan datang ) dpt jadi speaker.. nanti sapa nak lawan ketua pembangkang dalam dun?

Leave a Reply