Dr M sertai komuniti blogger
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyertai komuniti penulis blog dengan mewujudkan blog sendiri yang boleh dilayari menerusi www.chedet.com.
Dalam mukadimahnya, Dr Mahathir berkata laman itu “ditujukan khas untuk menerbitkan hasil tulisan saya apabila saya berupaya untuk mencoretkan pandangan dan pendapat.”
Memperkenalkan dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia dari 1981 hingga 2003 dalam ruangan “Tentang Saya”, artikel pertama beliau menyentuh mengenai pelantikan Hakim-Hakim dan cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim, yang dimuatkan dalam blog itu pada 1.27 pagi ini.
Dalam artikel itu, beliau berkata pelantikan Hakim-Hakim diperuntukkan dalam Perlembagaan dan oleh itu, jika sebarang perubahan dibuat, maka Perlembagaan perlu dipinda.
C.H.E. Det, adalah nama pena Dr Mahathir bagi artikel beliau yang diterbitkan oleh Sunday Times antara 1946-1950, yang kebanyakannya menyentuh mengenai kesukaran ekonomi dan politik orang Melayu pada ketika itu.
Dr Mahathir, 82, terkenal kerana minatnya untuk menulis dan telahpun menulis beberapa buku termasuk buku kontroversi Malay Dilemma yang diterbitkan pada 1970.
Beliau kini menyertai anak perempuannya, Datin Paduka Marina yang merupakan seorang penulis blog sejak beberapa tahun lepas menerusi blog www.Rantings.com
































dahlah che det oii..tak payahlah nak sibuk2kan diri ngan politik. Zaman awak pun sama dulu. Macam tak ikhlas ja letak jawatan. Habiskan lah masa di tikaq semayang.
Biaqlah Pak Lah selesaikan masalah dia. Bagi la peluang Pak Lah tebus kesilapan dia.Setiap manusia ada kelemahan dan kekuatan sendiri.