Arahan SPR tidak masuk akal, susahkan rakyat

Written by kelantankini on Apr 28th, 2008 | Filed under: Minda

Oleh Roslan SMS

28 Apr | 11.35am
SETELAH memanggil orang lain monyet kini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) muncul sekali lagi. Kali ini SPR kononnya mahu membuktikan yang mereka bersungguh mahu membersihkan daftar undi induk dari para pengundi yang telah meninggal dunia, satu isu yang terus-menerus dibangkitkan khasnya oleh parti-parti pembangkang. Baguslah kiranya SPR mahu mengambil insiatif ini.

Cumanya dari pengumuman yang dibuat, saya merasakan kaedah yang mahu digunakan SPR itu longgar dan tidak efektif. SPR telah merayu kepada ahli-ahli keluarga pengundi berdaftar agar mengemukakan sijil kematian waris mereka bagi membantu SPR membersihkan daftar induk tadi.

Mengapakah beban ini diletakkan kepada waris si mati? Bagaimana jika waris si mati tidak tahu menahu yang si mati itu seorang pengundi berdaftar?

Bagi saya kaedah ini adalah rumit dan menyusahkan dan kiranya diguna pakai tidak akan mendatang kesan yang efektif ke arah membersihkan daftar induk dari menyenaraikan pengundi-pengundi yang telah meninggal dunia. Bukankah laporan kematian mesti dibuat di balai polis berdekatan?

Pihak polis yang mengeluarkan sijil ini bagi mengesahkan kematian seseorang, oleh itu mengapakah pihak SPR tidak berurusan sahaja dengan pihak polis? Hubungan antara jabatan dengan jabatan (dalam hal ini suruhanjaya) dirasakan lebih kemas dan akan mengurangkan kerumitan kiranya cadangan SPR di atas digunakan.

Pihak polis pun saya difahamkan sudah ada jabatan ITnya, begitu juga SPR, mengapa ia tidak diselesaikan sesama mereka, dan kemudian SPR mengemukakan senarai mereka yang dikenal pasti telah mati ini untuk disemak oleh rakyat setiap kali daftar undi dipamerkan. Tak perlulah menyusahkan rakyat dengan peraturan dan kaedah yang tidak masuk akal ini.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


3 Responses to “Arahan SPR tidak masuk akal, susahkan rakyat”

  1. SPR tak habis sekolah,benda macam ni pun tak boleh nak selesaikan/fikirkan.Satu lagi kenapa baru sekarang nak buat ini semua,kenapa ukan sebelum PRU 12 lalu ? tak sempat atau talut hantu mogok

  2. Kenapa tak gunakan Jabatan Pendaftaran Negara, kan kalau dah ada kematian kita pi buat laporan. Takkan yang ni pun tak boleh nak fikir!!!!!!

  3. mmg x sekolah spr ni, dia kata itu ini nk menyusahkan rakyat lg la tu, x reti-reti lagi tu, skrg PR dh kuat la.

Leave a Reply