Kenapa Raja Petra pilih penjara?

Written by kelantankini on May 7th, 2008 | Filed under: Minda

Oleh Tarmizi Mohd Jam

SUNGGUH tegas dan berani. Syabas diucapkan kepada blogger Raja Petra yang mengendalikan Blog Malaysia Today kerana rela merengkuk dalam penjara semata-mata atas nama prinsip demokrasi dan perjuangan untuk rakyat di negara ini.

Saya tabik dengan prinsipnya yang teguh dan berterus terang itu. Beliau tidak mahu membayar ikat jamin RM5,000 yang sudah tentu bukan disebabkan ketiadaan wang.

Sebaliknya Raja Petra memilih Penjara Sungai Buloh untuk “menikmati” kurungan tirai besi hingga tarikh perbicaraannya bermula pada 6 hingga 10 Oktober 2008 ini di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya.

Maknanya, beliau merengkuk selama lima bulan atau 150 hari dalam penjara itu sebelum diikat jamin oleh wang dari saku rakyat. Raja Petra meminta agar rakyat menyumbangkan RM1 seorang bagi tujuan ikat jamin itu.

Jika jumlah itu cukup, maka ikat jamin sah dilakukan bagi membolehkan Raja Petra bebas dengan wang dari saku rakyat. Jika tidak cukup, maknanya beliau bersedia dikurung dalam penjara sehingga tarikh perbicaraan tiba.

Inilah yang dikatakan perjuangan rakyat. Para blogger tetap menjadi lilin yang membakar diri. Silap-silap merengkuk dalam penjara demi untuk menegakkan yang hak dan mengembalikan keadilan di tempatnya.

Raja Petra kelihatan tenang. Dia dibawa keluar melalui pintu belakang mahkamah kemudian dimasukkan ke dalam lokap mahkamah sebelum trak polis sampai untuk dibawa ke Sungai Buloh.

Beliau yang baru muncul minggu lalu dalam Rancangan Blog RTM TV1, menghadapi tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya Malaysia Today.

Pada 25 April 2008, Raja Petra menyiarkan satu artikel bertajuk Let’s send the Altantuya murderers to hell dalam blognya. Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi - pembunuhan seorang wanita muda Mongolia yang sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Raja Petra didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan. Kertas pertuduhan itu memuatkan sembilan perenggan dalam artikelnya yang didakwa berunsur hasutan.

Dalam kekalutan dan kejutan itu, Najib menafikan tuduhan tersebut melalui Setiausaha Akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Rosmah juga berbuat demikian.

Sehingga kini, hanya Raja Petra yang lebih berani menyebut dan menamakan mereka yang terbabit dalam kes berprofil tinggi itu.

Apakah muslihatnya?

Mungkinkah perbicaraan Oktober itu nanti akan membongkar segala-galanya dari versi Raja Petra? Ini akan lebih menakutkan lagi kepada mereka yang terlibat.

Ia dilihat semacam ada usaha untuk membongkar tragedi itu pada mahkamah lain selain mahkamah yang sudah acapkali membantai Razak Baginda…

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


5 Responses to “Kenapa Raja Petra pilih penjara?”

  1. Tentunya RPK mempunyai perkiraan beliau sendiri apabila dia mengambil keputusan tersebut. RPK tentunya telah memikirkan segala risiko yang bakal beliau hadapi. Sebagai seorang individu yang berjuang menegakkan keadilan, langkahnya bukan selangkah dua tetapi satu jangkauan yang tidak mampu difikirkan oleh sesiapapun baik oleh kawan mahupun lawan.

  2. syabas raja petra.. pada saya lah kan.. mgkn sengaja lah raja petra ni mendedahkan bolg nya tu… nanti lepas ni dier akan menghuru harakan si bibir merah tu… pasni si bibir merah pastinya akan ulang alik ke makhamah mendengarkan pertuduhan terhadap tuduhan keatas dier… sian ke mu….!!!

  3. berjuang. byk cara kita leh berjuang.. ni adalah salah satu cara nya…

  4. Bila rakyat sudah tidak lagi gentar dengan ugutan pemerintah yang zaim dan rakus kuasa, bermakna pemerintah tersebut sudah boleh mula menghitung hari-hari kejatuhan.

    Buat Y.M RPK, tahniah dan syabas atas keberanian anda. Kalau abg Mat Sabu iktiraf Y.M RPK lebih berani daripadanya, maka betul la tu RPK memang berani dan ikhlas menegakkan keadilan.

    Kepada Najib dan Rosmah, kalau kamu dipihak yang benar rasanya tidak perlu berselindung di sebalik Akta Hasutan (mengulangi kata2 Anuar Ibrahim), tetapi sebaliknya buktikan dengan membuat penafian dengan fakta-fakta yang berasas.

  5. Perjuangan apapun dia…. nawaitu dan matlamatnya mestilah jelas dan benar, iaitu semata-mata demi menegakkan kebenaran. Dan tiada adanya kebenaran itu melainkan demi menegakkan kebenaran agama Islam. Jika berlaku disebaliknya, setinggi manapun kejayaan dan kemenangan itu,menjadi SIA-SIA belaka. Akhirat nanti tetap jua menjadi BAHAN BAKAR dan akan bangkit bersama gerombolan iblis2, firaun, hamam dan Qarun dan seumpamannnnnnnnnya.
    SEsungguhnya matlamat sekali-kali tidak dapat menghalalkan cara. Matlamat mesti untuk mencari kebenaran dan caranya adalah yang hak sahaja.

Leave a Reply