Nasihat terbuka buat Karpal Singh

Written by kelantankini on Apr 29th, 2008 | Filed under: Minda

Oleh Roslan SMS

29 Apr | 12.20pm
PENGERUSI DAP Karpal Singh semalam (27 April) telah membuat laporan polis di Pulau Pinang. Laporannya terhadap laman web pasjohorbahru.com yang dikendalikan oleh PAS kawasan Johor Bahru. Menurut Karpal di dalam laporannya, laman web tersebut menyairkan melalui ruangan ‘shoutbox‘nya komen yang berbunyi:

Darah YB Karpal halal dibunuh

Menurut Karpal komen tersebut menuduh bahawa beliau telah menghina Islam, dan komen itu merupakan satu ancaman bunuh.

Saya difahamkan Pesuruhjaya PAS Johor, Prof Dato’ Dr Mahfodz Mohammad telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu tersebut antaranya:

Isu memohon maaf tidak timbul sama sekali kerana kenyataan tersebut bukanlah merupakan kenyataan atau pendirian rasmi PAS Negeri Johor.

Saya secara peribadi merasakan “alif” yang telah menurunkan komen itu sungguh keterlaluan, biadap dan tidak berakhlak, namun ‘shoutbox‘ ini adalah ruangan para pengunjung sesebuah laman web atau blog berinteraksi dengan pemiliknya. Siapa sahaja boleh menurunkan komennya, dan seringkali pemilik laman web atau blog tidak pun mengenali siapakah gerangan yang memberikan komen itu. (Roslan SMS Corner sendiri pernah mempunyai ruangan sedemikian tetapi kemudiannya dimansuhkan apabila para pengunjung yang separuh tiang gemar melakukan”pukul curi” melaluinya).

Kesimpulannya memang si “alif” itu keterlaluan, tetapi saya kira sebagai seorang ahli politik yang veteran, Karpal sendiri pun tak perlulah ‘over react‘ sehingga membuat laporan polis.

Kalau beliau secara jujur kunjungi ruangan komen di kebanyakan laman web dan blog termasuklah yang dikendalikan DAP sendiri, kadangkala kita akan dapati komen dari para pengunjung, ada yang keterlaluan sama ada bersifat perkauman, lucah dan seumpamanya. Menjadi tanggungjawab pemilik untuk memastikan hanya yang beradab sahaja terlepas, tetapi dalam kes ‘shoutbox‘ dan dari pengalaman saya memang sukar untuk memantau sepenuh masa.

Saya kira PAS Johor pun telah membuat penjelasan yang meyakinkan oleh itu tak perlulah dipanjang-panjangkan perkara ini. Malah semua pihak dalam hal ini perlulah berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan pandangan, jangan sampai menyinggung perasaan pihak lain dan akhirnya mencetuskan ketegangan.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


2 Responses to “Nasihat terbuka buat Karpal Singh”

  1. YB KARPAL KENAPA DOK SIBUK DENGAN HAL UMAT ISLAM. AKU RASA LEBIH ELOK KALAU YB SIBUK DENGAN KAUM INDIA DAN CARA MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA. UMAT ISLAM ADA CARA SENDIRI UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH PENGANUTNYA DARI SEGI JENAYAH DLL MENGIKUT KITAB AL QURAN DAN HADIS. KALAU YB NAK SIBUK JUGAK BOLEH, TAPI KENALAH YB MASUK ISLAM DULU.

  2. saya setuju, orang macam karpal memang dah jadi tabiat dia seperti itu. kalau nak bagi bukti kukuh memang susah, tapi perasaan hati kita dapat merasakan dia memang musuh Islam dan apa2 yang ada kaitan dengan Islam, memang dia serta kuncunya yg pertama akan buat bising. records show. karkal is nothing compares to other. dia cuma tong kosong dan suka cheap publicity. rekod prestasinya sebagai peguam menunjukkan jarang sekali dia menang dlm kes2 mempertahankan ank guamnya. tidak heran anwar ben ibrahim menyuruh dia berdiri dari kerusi roda dulu sebab anwar pun tahu siapa karpal itu….sinking indian

Leave a Reply