Raja Petra rela dipenjara, tolak bayar ikat jamin
Oleh Mohd Sayuti Omar
HARI ini dunia blogger mencatat sejarah tersendiri apa bila ‘raja blog’ Raja Petra Kamarudin memilih untuk ‘berehat’ di penjara Sungai Buloh daripada membayar ikat jaminan sebanyak RM5,000.
Mungkin Raja Petra ada mesej dan maksud tersendiri kenapa beliau memilih atau berkorban untuk berada kira-kira lima bulan di penjara daripada membayar wang jaminan sementara menunggu hari perbicaraan!
Raja Petra didakwa di Mahkamah Seksyen Pentaling Jaya menjelang tengah hari ini di bawah Akta Hasutan. Beliau di dakwa di bawah Seksyen 4(1(c) Akta Hasutan, berhubung sebuah artikel yang beliau paparkan dalam laman blognya ‘malaysia-today‘ berjudul Let’s Send Murderes Altantuya to Hell beberapa hari lalu yang dikatakan ada kaitan dengan Timbalan Perdana Menteri Mohd Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.
Beliau diperintah ikat jamin sebanyak RM5,000 sementara menunggu hari perbicaraan yang ditetapkan pada 6 hingga 10 Oktober hadapan. Pendakwaan telah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa, Nordin Hassan menakala Raja Petra dibela oleh enam orang peguam bela yang diketuai oleh Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP.
Berhubung apa yang berlaku ke atas Raja Petra ini jauh sekali untuk dikatakan beliau tidak mampu menyediakan wang jaminan sebanyak itu. Atau rakan-rakan blogger tentu sekali bersedia untuk mencari wang bagi ‘membebaskan’ Raja Petra.
Bagaimana pun tindakan itu mungkin pilihan terbaik beliau untuk memberi mesej kepada pihak-pihak tertentu bahawa beliau bertanggungjawab atas apa yang dilakukan dan yakin bahawa beliau berada di pihak benar.
Mungkin juga beliau ingin memberi mesej kepada blogger lain bahawa perjuangan ini penuh liku dan risiko yang besar. Ia bukan bermakna perlu berhati-hati sebaliknya seorang penulis yang sejati itu tidak takut kepada penjara dan bila-bila masa untuk menghuni tembok batu demi agama, bangsa dan tanahair.
Sebelum Raja Petra, sebelum seorang blogger Ahiruddin Atan (Rocky Bru) telah didakwa di mahkamah atas tuduhan fitnah tahun lalu.
Sementara itu pagi tadi kira-kira 100 orang teman blogger, pemimpin politik dan NGO hadir ke mahkamah di Jalan Duta memberi sokongan moral kepada Raja Petra. Tutut sama hadir ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, ahli Parlimen Kubang Kerian, Sallehhuddin Ayub, Ahli Exco Kerajaan Selangor Ronnie Lieu, Ahli Parlimen Teluk Kemang, Kamarul Baharin Abbas dan lain-lain.
Mulanya Raja Petra dijangka didakwa di mahakamah Jalan Duta bagaimanapun menjelang tengah hari beliau dimaklumkan menerusi telefon oleh polis kesnya akan disebut di Petaling Jaya. Teman blogger dan peminat Raja Petra berhimpun di perkarangan mahkamah sejak dari jam 8:30 pagi lagi.
**********
Makluman:
Mohon maaf kepada semua pengunjung blog ini. Ada beberapa masalah teknikal yang perlu diselesaikan menyebabkan blog ini tidak dapat diupdate. Mohon bersabar, terima kasih kerana setia berkunjung ke sini.
































MATI SYAHID ITU LEBIH INDAH DARI HIDUP SENANG DIDALAM TAKUNGAN TAHIK. TERUSKAN PERJUANGANMU RAJA PETRA, SYABAS DARI AKU. BETULKAN NIAT DAN KUATKAN SEMANGAT. INSYAALLAH BANTUAN ALLAH AKAN MENYUSULMU.
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama bangun bersama demi membela RPK. Jangan biarkan umno dan kroni-kroninya terus bermaharajalela dan melakukan sesuka hati mereka bagaikan tanah tumpah darah kita ini negera mak bapak dia orang. Jangan biarkan RPK keseorangan di dalam perjuangannya menegakkan keadilan. Mari bersama-sama kita tunjukkan bahawasanya kita bangsa yang bermaruah. Hidup tanpa maruah bukan hidup namanya.
SEmua pihak tentunya terpegun dan kagum dengan semangat juang yang ditunjuki oleh seorang insan yang bernama RPK itu. Berani Kerana Benar dan telah KENA PADA MASA DAN TEMPATNYA. Anda tidak mudah menggadai apalagi menjual maruah dan prinsip perjuangan anda itu. Tindakan anda juga mampu mecelik seluruh manusia, termasuklah yang masih ‘buta’penglihatan. Betulkan nawaitu,dan tetap tegohlah pendirian mu itu. Rakyat tetap bersama perjuanganmu itu…
Tok de nak buat demonstrasi, RPK dah pilih ikat jamin. Lemah jugak dgn pujukan bini. Baru jah puak kito puji dia sebab ada prinsip, 2 lekok jah prinsip dia cair doh.
raja perta is a stupid moron - his reason for not paying bail doesn’t mean he’s a man of principle, but moe of some personal things that is known only to himself - let him rot in jail