Segera buat laporan polis terhadap isteri Khir Toyo

Written by kelantankini on Apr 26th, 2008 | Filed under: Minda

Oleh Roslan SMS

26 Apr | 1.50pm
DARIPADA niat untuk memalukan Menteri Besar Selangor dan barisan exco serta kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR), atas (kononnya) isu ladang babi baru-baru ini, hari ini yang sebaliknya menjadi mangsa dan menanggung padah adalah Ketua Pembangkang DUN Selangor, Khir Toyo sendiri.

Isu menculik (hijack) BALKIS dan melarikan jutaan wangnya, kini menjadi bualan rakyat, hinggakan orang-orang Melayu yang menurut Shabery Chik marah kepada kerajaan PR Selangor atas isu babi tempoh hari, saya yakin sudah tidak marahkan babi lagi tetapi lebih marah pada Khir dan isterinya.

Isteri Khir, Zaharah Kechik, mengatakan yang wang RM9.9 juta yang dilarikan itu adalah wang BALKIS dan beliau berhak mengalihkannya. Kononnya ahli-ahli BALKIS termasuk beliau sendiri berhempas-pulas bagi mengumpulkan dana sebanyak itu melalui pelbagai aktiviti. Apakah yang dihempas dan apakah yang dipulas sedangkan menurut laporan sebahagian besar wangnya datang dari syarikat-syarikat miliki kerajaan negeri yang ketika itu diterajui oleh suaminya Khir Toyo?!

Zaharah dan Khir lupa bahawa BALKIS itu adalah suatu persatuan yang berdaftar, persatuan kebajikan isteri-isteri wakil-wakil rakyat Selangor. Menurut perlembagaannya pengerusi BALKIS adalah isteri MB Selangor. Jadi bagaimana BALKIS boleh memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) sehingga memutuskan membubarkan persatuan dan mengalihkan dananya pada 11 Mac, 2008 sedangkan ketika itu Menteri Besarnya adalah Tan Sri Khalid Ibrahim dan bukannya Khir Toyo lagi!

Tak kiralah jika dana BALKIS RM1 atau RM100 juta, ianya bukan milik Zaharah atau Khir, ia milik persatuan! Memandangkan pada tanggal berkenaan Zaharah bukan lagi isteri MB dan Khir bukan lagi MB, maka meneruskan juga urusan BALKIS adalah suatu jenayah dan kesalahan besar! Perkara ini serius dan saya harapkan pihak Pakatan Rakyat ataupun PAS, PKR atau DAP negeri segera membuat laporan polis kerana ternayata terdapat unsur rasuah dan pecah amanah yang telah dilakukan oleh Presiden dan Exco BALKIS.

Saya mengharapkan selepas ini mereka yang menahan terik berdemonstrasi dengan sepanduk anti babi, hari ini akan melakukan perkara yang sama tetapi tukar sepanduknya dari anti babi ke anti pecah amanah, anti Zaharah dan anti Khir.

Berani?

**************

Isteri Khir Toyo larikan RM9.9 juta

BARU-baru ini saya berkesempatan berbincang dengan seorang pegawai kanan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Beliau merayu agar kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor segera masuk dan memulihkan PKNS yang kaya tetapi penuh dengan masalah.

Salah satu yang didedahkan kepada saya adalah betapa penyalahgunaan harta PKNS bukan hanya melibatkan pihak-pihak tertentu yang berkuasa malah isteri MB (kini Ketua Pembangkang) pun boleh arah PKNS menyalurkan bantuan kepada badan-badan di bawah pimpinan beliau.

Dan hari ini (25 April) akhbar The Sun mendedahkan di muka hadapannya:

RM10m gone in three days

Nampaknya Ketua Pembangkang DUN Selangor yang baru, bukan hanya akan sibuk dalam dewan nanti mempertahankan rekod kerajaan negerinya yang lalu malah hal ehwal dan nasib isterinya pun nanti terpaksa beliau pikul bersama.

Laporan akhbar tersebut berkenaan BALKIS atau Badan Kebajikan Isteri-isteri wakil-wakil rakyat Selangor. Khabarnya tiga hari selepas kerajaan BN Selangor jatuh kecundang iaitu pada 11 Mac, badan ini yang dipengerusikan isteri MB (bekas MB pada 11 Mac itu) Datin Seri Zaharah Kechik telah memanggil satu mesyuarat agung luarbiasa (EGM). Mesyuarat tersebut meluluskan untuk membubarkan BALKIS dan menutup akaun banknya. Berikutan itu keesokan harinya melalui keputusan EGM tersebut akaun bank BALKIS telah ditutup dengan baki dalam akaunnya iaitu RM9.9 juta dipindahkan ke akaun badan lain iaitu BAKTI badan yang sama tetapi untuk isteri-isteri Menteri, iaitu badan bersekutu bagi BALKIS.

Kemudian pada 13 Mac, bekas ahli-ahli Exco BALKIS telah mengemukakan notis kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membubarkan BALKIS dan juga suatu resolusi untuk menubuhkan pula sebuah badan baru yang dikenali sebaga BALKIS-BN. Ini khabarnya bagi mengelakkan premis milik BALKIS iaitu Kompleks Wawasan BALKIS (KWB) dari diambil alih oleh isteri-isteri wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Sepatutnya (menurut perlembagaan) badan tersebut, mestilah tidak melibatkan diri dalam politik, lalu bagaimana boleh exco-exconya mengemukakan nama baru yang ada kaitan dengan BN?

Mujurlah dalam proses “penculikan” BALKIS itu pihak ROS mendapati ada beberapa perkara yang tidak dipenuhi lalu memberikan masa 30 hari bagi BALKIS untuk mengemukakan maklumat tambahan.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan Menteri Besar baru, Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah memaklumkan kepada pihak ROS bahawa kesahihan keputusan EGM 11 Mac itu dipertikaikan. Menteri Besar baru juga dilaporkan telah mengarahkan siasatan dan audit dilakukan ke atas BALKIS yang ditubuhkan ejak 1985 itu.

Apa dah jadi ni? Yang kita tahu kes penculikan kanak-kanak sahaja sedang menular dalam negeri kita, rupa-rupanya badan kebajikan pun turut mahu diculik juga?!

Siapakah yang telah menasihatkan Zaharah untuk memanggil EGM pada 11 Mac itu dalam keadaan beliau dan semua yang terlibat tahu bahawa perlembagaan BALKIS menetapkan yang Presiden BALKIS mestilah isteri MB Selangor, pada 11 Mac itu isteri MB Selangor adalah Puan Sri Salbiah Tunut, Zaharah adalah isteri Ketua Pembangkang!

Kes ini serius, iaitu cubaan untuk melarikan wang yang bukan lagi milik mereka. Saya rasa bukan hanya laporan kepada ROS dan audit yang perlu dilakukan malah satu laporan polis perlu segera dibuat kerana ianya melibatkan pecah amanah dan penipuan.

Menurut laporan akhbar itu juga BALKIS menerima sumbangan dari kerajaan Selangor melalui anak-anak syarikatnya antaranya KDEB memberi RM268,862 tahun lepas, PKNS RM590,379 antara 2006-2007.

Dalam hal ini saya menasihatkan Khir Toyo agar segera membersihkan nama beliau dan isterinya. Nampaknya rekod beliau yang didakwa kononnya bersih itu dari hari ke hari menjadi semakin keruh dan kotor apabila satu demi satu terbongkar. Ini baru BALKIS, bayangkan yang lain-lain. Segera seret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan, tak kiralah Dato’ Seri atau Datin Seri!

Laporan Malaysiakini:

Isu wang Balkis RM10 juta ke DUN Selangor

WANG kira-kira RM9.9 juta milik Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis), yang dilapor dipindahkan ke satu akaun lain, akan dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri bulan depan.

Yang dipertua badan itu Zaharah Kechik, yang juga isteri Dr Mohamad Khir Toyo, memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac - tiga hari selepas pilihanraya umum ke-12 - untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian.

Wang sebanyak itu kemudian disalurkan ke sebuah akaun lain sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.

Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 13 Mac bagaimanapun berjaya dihalang menteri besar baru Selangor, lapor The Sun, 25 April.

Mengulas kontroversi tersebut, wakil rakyat Kampung Tunku, Lau Weng San, mempersoalkan cara bekas menteri besar itu menjelaskan isu tersebut.

“Saya berasa ganjil dan aneh apabila skandal yang melibatkan pemindahan dana itu … dijawab dengan tanpa segan silu oleh Dr Mohamad Khir,” katanya.

“Kemusykilan pertama, mengapakah pengerusi Balkis, Zaharah Kechik sendiri tidak menjelaskan perkara ini apabila ia dilaporkan sebagai berita muka pertama oleh akhbar harian bahasa Inggeris, The Sun?”

Lau, yang juga setiausaha DAP negeri, turut mempertikaikan jawaban Dr Mohamad Khir, juga wakil Sungai Panjang, bahawa pembubaran Baklis “sah di sisi undang-undang”.

“Bagaimana Dr Mohamad Khir dapat mengatakan bahawa pembubaran Balkis adalah sah di sisi undang-undang apabila mesyuarat agung tergempar yang diadakan pada 11 Mac telah membuat keputusan ini sedangkan barisan exco Balkis pada hari itu seharusnya membincangkan pemindahan kuasa dan aset Balkis kepada barisan Exco yang baru?” katanya.

Lau juga berkata, wang Balkis itu tidak seharusnya dipindahkan kepada Bakti kerana perlembagaan Balkis menyatakan wang RM9.9 juta itu sepatutnya disalurkan kepada kerajaan atau tabung yang didirikan oleh kerajaan dengan kelulusan daripada ketua pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Lebih-lebih lagi sebahagian dana ini merupakan wang derma daripada kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Sementara itu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri - kini ditadbir Pakatan Rakyat - menghalang badan itu dibubarkan dan notisnya telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Kerajaan negeri telah menghantar surat kepada ROS agar tidak meluluskan permohonan pembubaran Balkis sehingga jumlah sumbangan semua anak syarikat kerajaan negeri Selangor dikenal pasti dan siasatan menyeluruh terhadap tindakan Balkis membuat permohonan pembubarkan (kepada ROS pada 13 Mac) serta pemindahan aset-aset Balkis,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

“Kerajaan negeri dan anak-anak syarikat kerajaan negeri dijangka membuat tuntutan dalam masa terdekat terhadap segala sumbangan yang diberikan memandangkan Balkis bertindak sebagai pemegang amanah kepada kerajaan negeri Selangor untuk tujuan amal kebajikan dan mengambil wang daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri.”

Selain Zaharah, menurut kenyataan pejabat menteri besar Selangor lagi, pemimpin-pemimpin utama Balkis termasuklah Rahimah Naim sebagai naib yang dipertua, Pon Ishak (setiausaha) dan Surami Sapuan (bendahari).

Exco Balkis dianggotai enam ahli jawatankuasa.

************

Siasat hakim kes pindah RM10 juta

SEORANG hakim dilaporkan terlibat memberi nasihat kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti) dalam kontroversi penyaluran wang RM9.9 juta dari Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) selepas ia cuba dibubarkan pada 13 Mac.

Perpindahan wang Balkis, yang dipengerusikan oleh isteri bekas menteri besar Dato Mohamad Khir Toyo, kini dipertikaikan kerajaan Selangor, lapor The Sun di halaman depan, 25 April.

Sambil menggesa siasatan dijalankan terhadap hakim tersebut, bekas pegawai khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Datuk Param Cumaraswamy berkata perkembangan itu “luar biasa”

“Jika ia benar-benar terjadi (seperti dilaporkan), hakim itu mesti dipanggil untuk menjelaskan tindakannya itu,” katanya, mengulas laporan tentang skandal tersebut.

“Perilaku hakim itu boleh menimbulkan perasaan curiga bahawa beliau membenarkan kepentingan peribadinya bercanggahan dengan tugas kehakimannya yang boleh membawa kesan pelanggaran Kod Etika Hakim 1994.”

Akhbar itu melaporkan Bakti menerima wang Balkis, satu persatuan negeri yang bergabung bawahnya, sebanyak itu untuk disalurkan pula kepada sebuah badan lain yang akan ditubuhkan oleh bekas ahli-ahlinya.

Zaharah Kechik, yang memegang jawatan presiden Balkis atas sifatnya isteri menteri besar Selangor itu sebelum pilihan raya umum 8 Mac, dilaporkan cuba membubarkan badan itu dan menubuhkan sebuah badan lain, antaranya mungkin dicadangkan diberi nama “Balkis-BN”.

Laporan itu menyebut, Zaharah memanggil mesyuarat tergempar exco Balkis pada 11 Mac untuk tujuan itu, dan keesokannya akaun badan itu ditutup dan wang sebesar itu dipindahkan ke sebuah akaun lain sebelum sampai kepada Bakti.

Dalam satu kenyataan hari ini, Param menambah:

“Pihak berkuasa yang menyiasat percubaan membubarkan Balkis dan memindahkan dananya harus memaklumkan perilaku hakim tersebut kepada ketua hakim negara yang kemudiannya harus mengambil tindakan sewajarnya terhadap hakim tersebut,” katanya.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


5 Responses to “Segera buat laporan polis terhadap isteri Khir Toyo”

  1. hai…. macam-macam hal. Sebenarnya duit tu bukan duit balkis ke ape…tapi duit rakyat.
    kalau nak diikutkan balkis ni tak perlu wujud. Takkan isteri wakil rakyat tak dak duit. Org sesusah orang kampungpun, ada la stakat nak lapik perut hari2. Rakyat tak marah kalau duit tu adalah dari poket ahli2 balkis tapi yg rakyat marah duit tu datang dari anak2 syarikat kjaan selangor. Syarikat ini dapat duit dari rakyat yg bayar cukai dan sebagainya. jadi rakyat nak tengok duit ni diguna untuk pembangunan negeri bukan nak mewahkan Isteri2 wakil rakyatyang dah sentiasa mewah.

  2. tuahyong mengomen…..

    Kenapa duit itu harus dipindahkan?? Adakah nak disonglapkan ke apa!!? Heret mereka ke muka pengadilan kerana memecah amanah kerana itu adalan sumbangan2 anak syarikat Kerajaan Selangor yang dikutip daripada titik peluh Rakyat!!

  3. What ever BN and its governemnt does is not an issue. Semua isteri-isteri wakil rakyat yang sombong dan hidup dalam kemewahan duit rakyat tidak pernah rasa bersalah. Kerajaan BN bukan sahaja yang buat begitu tetapi syarikat subsidiri pun sama. Satu estet kepunyaan Johor corp mengadakan hari keluarga dengan agenda nya sendiri dengan gopoh gapah. Pengurus estet itu hanya mengadakan hari keluarga itu dengan para anggota Melayu sahaja. Para anggota India yang bertugas disitu bertahun-tahun itu tidak dipedulikan untuk menyertai hari keluarga itu. This is racial discrimination. Duit untuk hari keluarga itu adlah duit syarikat dan bukan hak pengurus untuk membelanjakan nya sesuka hati dan juga tidak prihatin terhadap staff india yang bertugas. Hal ini adalah hal remeh temeh untuk Johor Corp sebab mereka adalah wakil BN juga.

  4. teruknya mu jarah kecik. Laparke duit gitu mo nah

  5. Freedom of Speech? Here is the truth …
    Kebebasan Bersuara? Sinilah kebenarannya …

Leave a Reply