500 berhimpun bantah Forum memeluk Islam
KUALA LUMPUR: Seramai 500 orang sedang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi kerana membantah penganjuran forum awam memeluk Islam anjuran majlis tersebut.
Pada masa yang sama kelihatan kira-kira 80 anggota polis ditempat di situ bagi mengawal orang ramai. Manakala kenderaan polis turut diletakkan di hadapan bangunan tersebut.
Ketika berucap kepada orang ramai, Naib Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Jais Karim berkata, mereka membantah penganjuran forum tersebut kerana ia mencabar hak istimewa orang Melayu dan agama Islam.
Sepatutnya, kata beliau, forum itu diadakan secara tertutup.
Katanya, ia kerana terbukti program anjuran Majlis Peguam sebelum ini, gagal menghalang peserta daripada mempertikaikan hak orang istimewa orang Melayu dan agama Islam.
Mereka yang menyertai perhimpunan pagi ini adalah terdiri daripada wakil-wakil 29 badan NGO Islam. Turut kelihatan ialah parti-parti komponen Pakatan Rakyat.
Mereka ialah Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang juga ahli Parlimen Kubang Krian. Manakala pemimpin PKR yang kelihatan di situ ialah dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Badrul Amin Baharum dan Latheefa Koya.
Difahamkan, forum tersebut sedang berlangsung di dalam bangunan dan telah dirasmikan oleh Presiden Majlis Peguam.
Salahuddin, dalam ucapan berkata: “Kita dicabar di bawah Seksyen 121 (A). Mereka tahu undang-undang, tetapi mahu mencabar agama Islam.
“Kalau mereka hendak tahu (tentang) Islam, mereka boleh jumpa pegawai Jakim,” katanya.
Manakala Badrul Amin berkata: “Jika orang tidak ganggu agama orang lain, kita akan akan hidup aman.
“Kita tidak ganggu agama Kristian, agama Hindu dan Buddha dan kita meminta jangan menghasut rakyat dengan isu agama,” tambahnya.
Sehingga jam 9.30 pagi ini, jumlah orang ramai yang datang menyertai perhimpunan bantahan tersebut telah bertambah kepada 500 orang.
Kira-kira jam 9.31 pagi, wakil NGO terbabit sedang berunding dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Dzulkarnian Abdul Rahman.
Sebelum itu, seorang peserta mengatakan, jika forum tersebut tidak dihentikan, mereka akan merempuh masuk untuk menghentikan. - Malaysiakini
Forum ‘memeluk Islam’ diteruskan
Anwar: Forum biarlah tertutup, tidak perlu provokatif
































Salam Islam
Mana ORANG UMNO yang mengaku islam dalam bantahan, cakap je dalam tv jangan buat forum, demonterasi takut, cakap pandai tindakan lambat serta tidak pernah dilaksanakan,
Mereka ni UMNO bukan orang islam , tapi umno islam, pada meraka islam perlu ikut UMNO baru islam maju,
Mereka UMNO ni memang puak yang NAS, bukan puak INSAN,
TAKBIR, ISLAM AGUNG, DAN JAHANAM UMNO DAN BAR COUNSEL( BAR ARAK )