BPR Mula Siasat Kes Video Lingam

Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under: Nasional

PUTRAJAYA, 27 Mei: Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah memulakan siasatannya terhadap kes pita video Lingam dan berjanji akan menemu bual semua individu yang disebut dalam rakaman itu.

Ia termasuk enam tokoh yang dikenal pasti oleh laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Berhubung Klip Video V K Lingam, kata Timbalan Ketua Pengarah (1) BPR Datuk Abu Kassim Mohamed.

“Kami telah memulakan siasatan terhadap kes ini, tapi saya tak boleh dedahkan apa-apa. Apa yang boleh dinyatakan ialah siasatan ini dibuat mengikut Akta Rasuah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang BPR di sini,  hari ini.

Suruhanjaya itu ditubuhkan pada akhir tahun lepas berikutan tersiarnya klip video berkenaan yang memaparkan peguam terkenal Datuk V K Lingam berbual melalui telefon dengan bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bagi mengatur pelantikan hakim.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


Leave a Reply