Chandra sifatkan Anwar taksub jadi PM
PERCUBAAN Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri melalui “pintu belakang” dengan menyeru ahli-ahli parlimen BN melompat parti beramai-ramai tidak disenangi bekas pemimpin PKR, Dr Chandra Muzaffar dan menyifatkan perbuatan itu tidak beretika dan tidak demokratik.
“Kabinet yang ditubuhkan menerusi cara itu daripada segi moralnya tidak berkredibiliti. Parlimen sendiri akan tercemar. Badan eksekutif dan penggubal undang-undang akan dianggap oleh rakyat sebagai institusi yang kehilangan integriti,” katanya hari ini.
Memperoleh kuasa melalui pintu belakang akan merendahkan martabat politik, katanya, dan Anwar juga tidak mempunyai mandat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi.
Menurut berita Malaysiakini yang memetik laporan Bernama, Dr Chandra berkata Anwar terlalu taksub untuk menjadi perdana menteri secepat mungkin sehingga sanggup beliau berusaha keras memujuk sekurang-kurangnya 30 wakil rakyat BN menyertai PKR.
“Saiz dan skala lompat parti yang diusahakannya itu amat sukar hendak dibayangkan.
“Pernahkah misalnya terjadi di dalam dunia ini, di mana sebuah kerajaan yang mempunyai lebih 58 kerusi daripada gabungan pembangkang berterusan diancam dijatuhkan hanya kerana seorang individu - yang malahan tidak berada dalam Parlimen - sentiasa mendabik dada kononnya jumlah tertentu anggota parlimen akan lompat parti pada tarikh tertentu?” Dr Chandra dipetik sebagai berkata.
Beliau menambah, usaha berterusan untuk menggulingkan kerajaan BN melalui perbuatan lompat parti telah mewujudkan keadaan tidak menentu dalam negara sejak beberapa bulan lepas.
“Jika ancaman lompat parti terus mengancam ketenteraman negara, ia adalah disebabkan ramai rakyat tahu bahawa pada satu ketika dahulu Anwar sebagai pemimpin BN dan kerajaan persekutuan telah memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan negeri PBS yang dipilih secara demokrasi di Sabah pada 1994,” katanya.
Dr Chandra menegaskan, walaupun Anwar menyatakan yang pujukannya tidak melibatkan wang atau ganjaran lain, daripada segi moralnya masih salah bagi wakil rakyat melompat parti kerana ia merupakan pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat.
Beliau berkata lagi, amat menyedihkan politik seumpama ini dilakukan
oleh ahli politik yang dilihat sebagai berprinsip dan aktivis hak asasi manusia yang komited di sekeliling Anwar.
“Mereka sepatutnya cuba meyakinkan beliau yang ia lebih bermaruah untuk memasuki Putrajaya melalui pintu depan. Ini dengan cara memenangi pilihan raya umum ke-13 di peringkat persekutuan dan membentuk kerajaan menerusi undang-undang, dengan cara beretika,” katanya dipetik Bernama.
Dr Chandra menambah, jika Anwar memasuki Parlimen selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh antara 16-26 Ogos, beliau sepatutnya cuba merapatkan jurang yang memisahkan parti-parti Pakatan Rakyat dengan merumuskan program dan visi pembaharuan bersepadu, dan melupakan perkara lama yang sudah lapuk dan basi.
“Harapannya ialah beliau juga akan, sebagai ketua pembangkang, membentuk kabinet bayangan yang akan mendesak kerajaan BN untuk memperkenalkan sebanyak mungkin perubahan yang diperlukan.
“Inilah yang rakyat mahu beliau lakukan. Anwar tidak mempunyai mandat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi melalui pintu belakang.”
































Salam
Pak Lah Dan Najib serta Syed Albab ni memang patut di buang negara, mereka perosak negara dan penjual negara,
Tanah air dah terjual dan terlepas kepada negara luar
Hamid Albab patut di buang dan di tembak je
Salam Candera,
Dulu berjuang dalam PKR , dah apat projek ke sekarang ni hentam PKR, atau mahu jadi calon UMNO di Permatang pauh
asalamualaikum…
ALLAH SWT mengurniakan kemenangan PR di 4 buah negeri sebagai model pemerintahan…ALHAMDULILLAH…tetapi KUSANGKA CERAH SAMPAI KE PETANG RUPANYA HUJAN DI TENGAHARI..
apa sudah jadi dengan PAS dalam Pakatan Rakyat?…
Keadilan sudah tunjuk dirinya yang sebenar…
DAP sudah tunjuk belang…
PAS hanya mainan di PR…
BANGKITLAH SAUDARA ku di PAS..kita di permainkan di dalam PR..
tanpa kuasa tanpa kuasa majoriti seperti di selangor dan perak..
slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM hanya karut jika berada dalam PR dengan senario sekarang…
ALLAH SWT bagi kita lihat diri keadilan dan DAP yang sebenar…
bacalah petikan dari laman web keadilan ini..nilailah…siapa yang memprotes semasa majlis peguam membincangkan hal islam..PAS dan UMNO…keadilan menyokong majlis berlansung… NAUZUBILLAH..
http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-semasa/2008/08/1226
TANGKAP SAJA ANWAR KAKI JUBUQ (akj), SUMBAT DALAM PENJARA SAMPAI MAMPUS, KENAPA DIA TAK SERIK2 BUAT PERKARA YANG DILAKNAT TUHAN? DIA NI DAH DAH GILA NAK JADI TERKENAL, NAK PUBILISITI MURAHAN, NAK TUKAR KERAJAAN KONON? MASA DIA DALAM UMNO DULU PUN DIA SUKA CARI PUBLISITI MURAHAN SEPERTI BUKA SEKOLAH BULAN PERTENGAHAN DISEMBER MASA DIA JADI MENTERI PELAJARAN, MENGGUNAKAN BAHASA BAKUL, BERCAKAP PUN SLANG ORANG YAHUDI (bukan slang arablah).
dlm politik macam2 boleh jadi…apa sebenarnya yg sedang belaku atau motif mana2 pihak terutamanya anwar, hanya tuhan saja yg tau. alangkah baiknya jika anwar ben ibrahim beria2 sungguh utk menolong memperbaiki nama malaysia, bangsa dan agama. beliau akan disanjung tinggi sampai bila2 jika dia berjuang utk negara, tapi nampaknya dia beria2 sangat nak jadi pm hingga sanggup berbuat apa2 saja. memang dia banyak sokongan tapi adakah sokongan itu ikhlas??? saya rasa sokongan itu mempunyai agenda sendiri.
dlm pandangan peribadi saya, anwar seorang yg tidak strategik cara pemikiran dan suka ambil jln cepat *termasuk MAIN pintu belakang), tapi tidak bijak. satu hari rakyat akan tahu siapa sebenarnya anwar. dia perlu pemeriksaan otak - mungkin dah rosak sejak dipenjara.
such a criminal mind. a criminal is always a criminal
nampaknya wong jo wolo dah terpepangkap oleh anwar, hingga sanggup nak tuduh candera yg bukan2. binatang sama kulit akan berkumpul bersama - itu lah wong jo wolo. his words represent himself. i hope not malaysians are as shallow-minded as wong jo wolo
nampaknya wong jo wolo dah terpepangkap oleh anwar, hingga sanggup nak tuduh candera yg bukan2. binatang sama kulit akan berkumpul bersama - itu lah wong jo wolo. his words represent himself. i hope not many malaysians are as shallow-minded as wong jo wolo