DNA: Terserah pada polis jika hendak guna perintah mahkamah
Written by kelantankini on Jul 18th, 2008 | Filed under: Nasional, Pakatan Rakyat
PEGUAM kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata pihak polis boleh memohon kepada mahkamah jika mereka merasakan hanya cara berkenaan sahaja jalan bagi mengambil sampel DNA anak guamnya itu.
Bagaimanapun, Sankara mengingatkan pihak polis, mahkamah tidak semestinya memberi kebenaran kepada pasukan keselamatan itu berbuat demikian sebagaimana pernah berlaku dalam kes-kes sebelum ini.
“Terdapat satu kes yang didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KC Vohrah yang tidak membenarkan polis memaksa sesiapa memberi contoh darah atau contoh dari badan,” katanya. (Berita selanjutnya..)
































Leave a Reply