ICJ putuskan Pulau Batu Puteh milik Singapura

Written by kelantankini on May 23rd, 2008 | Filed under: Global, Nasional

THE HAGUE (Belanda), 23 Mei: Pulau Batu Puteh yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura selama 28 tahun akhirnya sah menjadi milik Singapura selepas Mahkamah Keadilan Antabangsa (ICJ) di sini membuat keputusannya petang ini.

Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh yang mengambil masa hampir dua jam membacakan penghakimannya turut memutuskan Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) milik Malaysia.

Keputusan penghakiman berkenaan yang dibuat enam bulan selepas Malaysia dan Singapura menggulung hujah masing-masing, telah disiarkan secara langsung oleh RTM1 mulai jam 4 petang.

Pulau Batu Putih, yang berukuran lebih kurang separuh daripada keluasan sebuah padang bola sepak, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusoh di Johor.

Singapura memanggil pulau kecil itu dengan nama Pedra Branca (perkataan Portugis yang bermaksud Batu Putih).

Pertikaian antara Singapura dan Malaysia mengenai Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980, apabila republik itu membantah tindakan Malaysia menerbitkan sebuah peta pada 1979, yang dengan jelas menunjukkan pulau itu terletak dalam wilayahnya.

Pada Februari 1993, Singapura meluaskan tuntutannya ke atas Middle Rocks dan South Ledge, yang terletak berhampiran pulau itu.

Pada 6 Februari 2003, kedua-dua negara menandatangani satu perjanjian khas bagi merujuk perkara itu kepada ICJ.

Pulau Batu Puteh, yang dipanggil Pedra Branca oleh Singapura, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusuh di Johor.

Panel 16 hakim membuat penghakiman 12-4 menyebelahi Singapura.

Bagi Middle Rocks pula, mereka membuat keputusan 15-1 memihak kepada Malaysia.

16 orang hakim yang mengadili tuntutan bertindih ini ialah:-

  1. Awn Shawkat Al-Khasawneh (Jordan)
  2. Raymond Ranjeva (Madagascar)
  3. Shi Jiuyong (China)
  4. Abdul G Koroma (Sierra Leone)
  5. Gonzalo Parra Aranguren (Venezuela)
  6. Thomas Buergenthal (Amerika Syarikat)
  7. Hisashi Owada (Jepun)
  8. Bruno Simma (Jerman)
  9. Peter Tomka (Slovakia)
  10. Ronny Abraham (Perancis)
  11. Kenneth Keith (New Zealand)
  12. Bernardo Sepulveda Amor (Mexico)
  13. Mohamed Bennouna (Maghribi)
  14. Leonid Skotnikov (Rusia)
  15. Christopher S R Dugard (Afrika Selatan) - dilantik Malaysia
  16. Pemmaraju Sreenivasa Rao (India) - dilantik Singapura
Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


Leave a Reply