Malay Mail sasar negeri Pakatan Rakyat
24 Apr | 6.40am
KUALA LUMPUR: Akhbar tabloid harian The Malay Mail akan berubah menjadi sebuah akhbar sebelah petang yang menumpukan perhatiannya ke arah negeri-negeri yang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat apabila ia dilancarkan semula pada 5 Mei ini, menurut satu laporan media semalam.
Akhbar berusia 112 tahun itu dibeli oleh konsortium Simpletech-Gabungan Kesturi daripada NSTP Berhad dengan harga RM15 juta ($6.5 juta).
Ia akan diterajui veteran perusahaan berita, Tony Francis, sebagai editornya dan mantan editor akhbar tabloid itu, Frankie D’Cruz, sebagai perunding caranya, kata laporan laman berita, The Malaysian Insider.
Laman berita itu berkata, ia juga difahamkan bahawa mantan koresponden akhbar The Star, K Baradan, akan menerajui meja politik The Malay Mail dan sedang mendapatkan tenaga wartawan.
NSTP menjual akhbar tersebut setelah gagal menghentikan kemerosotan edarannya.
Namun, pemilik barunya optimis bahawa arah baru akhbar tersebut boleh membantu memulihkan semula keuntungannya dan meningkatkan pendapatannya daripada liputan pertandingan bola sepak Euro 2008 Jun ini.
































Kita orang melayu perlulah bangun! Kita tidak patut masih ditipukan oleh UMNO!!! UMNO hanya menjaga sendiri,bukan kita,anda boleh nampak kenyata ini dari pelbagai segi! Rasuah dan kepentingan sendiri ialah sifat Barisan Nasional!Sokonglah PKR,DAP dan PAS, kita juga perlu tahu walaupun kita nampak cina sentiasa mengawal eknonomi kita, tetapi kita perlulah lihat dari segi mereka, mereka juga fikir kita sentiasa mengawal politik! Selain ini, sekarang kita juga boleh nampak banyak melayu sudah menjadi kaya, mempunyai rumah besar dan kereta mewah!Kalau kita tak rajin mana nak dapat kemewahan? adalah sentisa mengantung terhadap kerajaan? Jikalau anda orang yang suka gantung terhadap kerajaan, maksudnya anda seorang yang malas!! malas tak boleh marah terhadap bangsa lain! Kita perlulah mencapai perpaduan!!Macam ni bila boleh capai perpaduan??? Kita perlu sentiasa ingat kita semua ialah bangsa Melaysia!