Malaysiakini: Pilihan raya Permatang Pauh 26 Ogos
Penamaan calon 16 Ogos
SEGALA teka teki berhubung pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh akhirnya terjawab apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 16 Ogos depan sebagai hari penamaan calon dan 26 Ogos sebagai tarikh pembuangan undi jika terdapat pertandingan.
Kerusi parlimen Permatang Pauh diisytiharkan kosong setelah penyandangnya, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kedudukannya selaku anggota parlimen kawasan berkenaan bagi memberi laluan kepada Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.
Wan Azizah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Hj Mulia, 31 Julai lalu.
“Selepas berbincang dengan keluarga saya, kepimpinan Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya dengan ini secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada YB Tan Sri Speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Bin Hj Mulia hari ini.
“(Bagi) memberi laluan kepada suami saya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil secepat mungkin,” kata Wan Azizah ketika mengumumkan keputusannya untuk mengosongkan kerusi disandangnya sejak 1999.
Petikan berita dari Portal Malaysiakini mengenai pengumuman SPR hari ini:
“Pengundi di Permatang Pauh akan menentukan ahli parlimen baru kerusi itu pada 26 Ogos ini dalam satu pilihanraya kecil yang paling dinanti-nantikan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula selepas tiga penggal.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini menetapkan hari penamaan calon pada 16 Ogos. Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.
Isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menguasainya selama tiga penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihan raya umum Mac lalu.
Dalam kenyataan media yang diedarkan kepada wartawan yang menunggu di ibu pejabatnya di Putrajaya, pengerusi SPR Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman menyatakan seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi. Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihanraya tersebut dikemaskinikan sehingga 31 Julai, katanya.
Beliau mengingatkan semua calon supaya tidak menyentuh sebarang isu yang melibatkan kes-kes petisyen pilihanraya umum lalu dalam kempen-kempen mereka. Ab Rashid juga menyeru calon-calon menjaga tatatertib berkempen dan mematuhi undang-undang.”
BN tentukan calon pilihan raya Permatang Pauh
Hak Wan Azizah untuk lepas jawatan - TG Nik Aziz
































Leave a Reply