Pilihan raya Permatang Pauh sebelum Ramadan?

Written by kelantankini on Aug 1st, 2008 | Filed under: Minda, Nasional

NEGARA bakal menyaksikan pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu berikutan keputusan Presiden PKR, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh petang semalam.

Berdasarkan peruntukan undang-undang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan wujud.

Persoalan yang timbul kini ialah umat Islam bakal menyambut ketibaan bulan Ramadan sama ada 31 Ogos atau 1 September depan.

Berdasarkan pengumuman Wan Azizah, bermakna kekosongan kerusi Permatang Pauh pada 31 Julai.

Jika SPR mahu mengelak pilihan raya kecil diadakan dalam bulan Ramadan bermakna ia akan berlaku dalam tempoh kurang 30 hari dari sekarang.

Kemungkinan pilihan raya kecil diadakan pada minggu terakhir bulan Ogos jika mahu mengelakkan kempen dan hari pengundian pada bulan Ramadan.

Begitu pun Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika mengulas perkara itu berkata, pihaknya tidak menghadapi masalah jika pilihan raya kecil Permatang Pauh perlu diadakan dalam bulan Ramadan.

“Bulan berpuasa tidak menjadi halangan. Kita pernah mengadakan pilihan raya pada bulan Ramadan sebelum ini,” katanya.

Apa yang lebih penting katanya, suruhanjaya itu akan mengambil kira pelbagai aspek sebagai pertimbangan apabila menentukan tarikh pilihan raya.

Ini termasuklah soal logistik dan sumber tenaga kerja untuk menguruskan pilihan raya.

“Yang penting apabila ada kekosongan, kekosongan itu akan diisi (dengan diadakan pilihan raya kecil),” katanya.

“Perkara ini juga akan dibincangkan dengan Pengarah Pilihan Raya (Pulau Pinang), siapa pengurus pilihan raya.

“Ini di antara aspek yang perlu diteliti dalam menentukan tarikh yang sesuai,” katanya.

Lazimnya pilihan raya kecil diadakan selepas dua hingga tiga minggu apabila sesuatu kekosongan wujud dengan diambil kira tempoh pengeluaran notis pilihan raya, tempoh minimum untuk penamaan calon dan tempoh minimum untuk berkempen.

Bagaimanapun Rasyid berkata, sehingga petang semalam SPR belum menerima makluman secara rasmi daripada speaker Dewan Rakyat mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Kata beliau, SPR akan menentukan tarikh sesuai mengadakan pilihan raya kecil sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kekosongan secara rasmi.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


Leave a Reply