Wakil DAP tandingi jawatan Timbalan Speaker

Written by kelantankini on Apr 26th, 2008 | Filed under: Nasional, Pakatan Rakyat

26 Apr | 8.25am
ANGGOTA Parlimen dari pakatan pembangkang buat pertama kalinya menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang akan dijalankan secara undian Isnin ini (28 April).

Anggota Parlimen Kepong dari DAP, Dr Tan Seng Giaw menawarkan diri untuk dipilih ke jawatan itu bersama dua lagi calon dari BN, Dato’ Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong) dan Dato’ Ronald Kiandee (Beluran).

Pengundian dilakukan sebaik selesai acara mengangkat sumpah oleh semua 222 anggota parlimen yang memenangi pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Menurut laporan media pejabat Dewan Rakyat difahamkan telah menerima pencalonan ketiga-tiga anggota Parlimen tersebut.

Dr Tan yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan telah menjadi anggota Parlimen Kepong sejak 1982.

Beliau cukup dikenali sebagai wakil rakyat yang aktif bersuara lantang di Dewan Rakyat dan konsisten membangkitkan isu-isu penyelewengan kerajaan BN.

Sementara itu Dr Tan berkata sekiranya dipilih, beliau berjanji akan memastikan persidangan Dewan Rakyat dilaksanakan dengan adil.

“Saya akan memastikan persidangan Parlimen dilaksanakan mengikut peraturan.

“Selain itu, saya juga tidak akan bersikap berat sebelah sewaktu mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat,” katanya dipetik dari Utusan Online.

Seng Giaw seterusnya berharap mendapat sokongan daripada anggota Parlimen BN untuk membolehkannya menduduki jawatan itu.

Sementara itu menurut laporan NST yang memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz menyebut tiada pencalonan diterima dari Pakatan Rakyat bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Katanya, BN telah mencalonkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi jawatan berkenaan.

NST turut meramalkan sukar untuk Dr Tan memenangi jawatan Timbalan Yang Dipertua memandangkan calon yang bertanding hanya memerlukan majoriti mudah (simple majority) untuk memenangi jawatan berkenaan.

Ini kerana kata NST, BN menguasai 140 kerusi perlimen berbanding Pakatan Rakyat 82 kerusi.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


Leave a Reply