Siaran langsung Forum Perdana Ehwal Islam

Written by kelantankini on Jun 12th, 2008 | Filed under: TV @ Video

Klik di sini (sila gunakan Internet Explorer) untuk menyaksikan Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan secara langsung oleh TV1 dari Istana Negara, Kuala Lumpur.

Ahli panel terdiri daripada Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakaria, Ustaz Uthman el-Muhammadi.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agung turut berangkat menyaksikan forum berkenaan.


Rakaman Forum Ehwal Islam dan Sidang Parlimen

Written by kelantankini on Jun 11th, 2008 | Filed under: TV @ Video

Klik di sini untuk ikuti siaran ulangan “Forum Ehwal Islam” di Stadium Malawati Shah Alam.

Klik di sini untuk ikuti siaran ulangan “Sidang Parlimen 7 & 8 Mei” di Dewan Rakyat. (Sesuai dengan Firefox)


Respon 4: Setuju saranan Salahuddin

Written by kelantankini on Jun 11th, 2008 | Filed under: Respon

Oleh M Lokman Yasin

SAYA berpendapat kalau nak berhujah berhubung dengan masalah minyak negara, sama ada kerajaan atau pembangkang masing-masing ada hujah dan pandangan sendiri yang nampak relevan. Maknanya kalau kita dengar pihak kerajaan berhujah ada betulnya dan begitu juga dengan pandangan dan hujah pembangkang.

Saya bersetuju dengan Salahuddin yang menyarankan agar masalah minyak negara ini semua parti politik, pemerintah dan NGO bergabungkan idea di satu meja bulat dengan mengetepikan politik buat seketika. (more…)


Respon 3: Salahuddin kurang persediaan

Written by kelantankini on Jun 11th, 2008 | Filed under: Respon

Oleh Pemudasabah

SEDIH saya melihat kelibat YB Salahuddin kena tibai oleh Dato’ Shahrir Samad dalam perdebatan isu kenaikan harga minyak malam ini di RTM 1 yg disiarkan secara langsung.

Umpama menegakkan benang yg basah, YB Salahuddin dilihat beberapa kali mengulangi perkataan “Prudent” yg semakin lama kita mendengarnya, semakin bosanlah untuk kekal di depan kaca televisyen. (more…)


Respon 2: Kecewa dengan hujah Salahuddin

Written by kelantankini on Jun 11th, 2008 | Filed under: Respon

Oleh Matlan75

Saya baru saja menyaksikan perdebatan pasal kenaikan harga minyak secara live di RTM1 jam 9.30 malam tadi. Apa yg saya ingin menyatakan sedikit kekesalan di atas hujah yg disampaikan oleh YB Salahuddin ketika berdebat dengan YB BN. Isunya kurang panas.

Isu yg dibangkitkan terlalu global, sedangkan banyak perkara tidak dibangkitkan. Kemarahan rakyat sekarang ini ialah pasal Malaysia adalah negara pengeluar minyak dunia, keuntungan hampir beratus billion, kenapa tidak diperincikan ke mana saluran wang petronas diagihkan, kita mahu jawapan yg tepat, bukan berdolak dalih seperti mana yg dijawab oleh menteri BN. (more…)


Respon 1: Hujah Salahuddin mengecewakan

Written by kelantankini on Jun 11th, 2008 | Filed under: Respon

Oleh Sebolku

YB Salahudin (Ayub) agak mengecewakan apabila berada dikaca TV bersama Shahrir Samad. Sudah beberapa kali ditanyakan penyelesaian pengagihan subsidi akan tetapi penyelesaian yang diberikan adalah umpama menyalahkan kerajaan tidak duduk berbincang dan tentang ketelusan PETRONAS.

Cadangkan sahajalah subsidi itu diberikan kepada semua rakyat melalui subsidi makanan setiap orang bagi sebagaimana Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat. (more…)


Rakaman rancangan ‘Bersemuka’ antara Salahuddin dan Shahrir

Written by kelantankini on Jun 11th, 2008 | Filed under: TV @ Video

Bagi yang tidak sempat menonton siaran langsung rancangan ‘Bersemuka‘ yang melibatkan Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato; Shahrir Samad malam tadi, anda boleh download di bawah.

Rancangan selama sejam itu hanya sempat dirakam selama 40 minit kerana terdapat gangguan siaran melalui internet. (more…)


Rakaman bicara isu ‘harga minyak’ TV1

Written by kelantankini on Jun 10th, 2008 | Filed under: TV @ Video

Rakaman pandangan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub pada rancangan “Bersemuka” mengenai isu harga minyak bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahril Samad.

Siaran langsung bermula dari jam 9.30 hingga 10.30 malam ini (10 Jun 2008). Siaran langsung menerusi internet mengalami sedikit gangguan. (more…)


Salahuddin Ayub debat dengan Shahrir isu harga minyak

Written by kelantankini on Jun 10th, 2008 | Filed under: TV @ Video

KETUA Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dijadualkan akan muncul di kaca televisyen menerusi rancangan “BersemukaTV1 bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak, malam ini.

Salahuddin akan berbalas hujah dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahril Samad berhubung rasional kerajaan menstrukturkan semula harga bahan api sehingga mengakibatkan kenaikan mendadak harga runcit petrol dan diesel 5 Jun lalu.

Rancangan “Bersemuka” itu akan disiarkan secara langsung di TV1 mulai jam 9.30 malam.

** Makluman: Siaran langsung boleh diikuti di sini mulai jam 9.29 malam ini. Siaran hanya boleh diikuti dengan browser Internet Explorer sahaja.(Klik di sini jam 9.29 malam ini untuk mengikuti siaran langsung berkenaan)


Kuliah Jumaat - 6 Jun 2008 (live)

Written by kelantankini on Jun 6th, 2008 | Filed under: Kuliah

Siaran langsung ini sesuai dilayari dengan browser Internet Explorer.
(Klik di sini jika anda menggunakan browser Mozilla Firefox).

08.30 - 09.30: Sesi 1 (Ustaz Mohamed Daud)
09.30 - 10.30: Sesi 2 (Ustaz Nik Mohd Amar)


Hadiah istimewa kerajaan BN kepada rakyat

Written by kelantankini on Jun 5th, 2008 | Filed under: Nasional

KOTA BHARU, 4 Jun: Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, kerajaan BN benar-benar sudah membalas budi rakyat Malaysia dengan menaikkan harga petrol sebanyak 41 peratus.

“Inilah hadiah istimewa kepada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lalu. Kerajaan membalas pengorbanan rakyat dengan menghumbankan mereka ke kancah kehidupan yang lebih teruk. (more…)


Negara ‘huru hara’ ekoran kenaikan harga minyak

Written by kelantankini on Jun 5th, 2008 | Filed under: Nasional

KOTA BHARU, 5 Jun: Pengumuman mengejut kenaikan harga petrol dan diesel sehingga 40 peratus oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyaksikan stesen minyak di seluruh negara sesak teruk dengan ratusan kenderaan.

Tinjauan di sekitar ibu negara mendapati semua stesen minyak di ibu negara menjadi sesak dan hampir tidak terkawal. (more…)


Petrol: Kenaikan terburuk dan melampau

Written by kelantankini on Jun 5th, 2008 | Filed under: Nasional

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Para pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan kenaikan harga petrol dan diesel pada kadar 41 peratus mulai hari ini sebagai yang terburuk dalam sejarah negara.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaffar berkata sebagai negara pengeluar minyak, kerajaan tidak sepatutnya menaikkan harga bahan bakar itu sebegitu tinggi walaupun ia adalah fenomena dunia yang tidak dapat dielakkan. (more…)


Petrol bahan kikis duit rakyat

Written by kelantankini on Jun 5th, 2008 | Filed under: Respon

BAGAI yang diramalkan sebelum PRU-12, baik BN menang mahu pun tewas memang tidak dapat dielakkan mesti minyak petrol akan jadi bahan bagi mengikis duit rakyat. (more…)


Tarif letrik naik mulai 1 Julai

Written by kelantankini on Jun 4th, 2008 | Filed under: Nasional

PUTRAJAYA, 4 Jun: Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Badawi mengumumkan tarif baru elektrik akan berkuatkuasa 1 Julai ini.

Mengumumkan struktur baru tarif elektrik, Perdana Menteri berkata Tenaga Nasional Bhd (TNB) terpaksa menampung kenaikan harga arang batu di pasaran dunia. (more…)