Husam: Pilihan Raya Permatang Pauh rapatkan perpaduan dalam Pakatan
KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa menyifatkan keputusan Presiden PKR, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatannya sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh telah memberi pukulan maut kepada Barisan Nasional.
Katanya, keputusan itu secara tidak langsung mampu mewujudkan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat yang digambarkan ‘mengalami keretakan teruk’ oleh media pro BN.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri Kelantan menyifatkan serangan media yang bertujuan memporakperandakan gabungan Pakatan Rakyat lenyap sekelip mata ekoran pengumuman Wan Azizah.
“Pengosongan kerusi oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada hari ini membolehkan Pakatan Rakyat mewujudkan perpaduan.
“Segala serangan media oleh Barisan Nasional di dalam masa dua minggu kebelakangan ini terkubur dengan sekelip mata.
“PAS Insya-Allah akan memberi sokongan dan bantuan sebaiknya (bagi menjamin kemenangan Anwar Ibrahim),” kata Husam.
Klik di sini untuk lebih banyak laporan isu semasa
































Leave a Reply