Kerajaan BN henti dana pembangunan SEDC negeri PR
26 Apr | 4.45pm
KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan menghentikan pemberian dana pembangunan tahunan kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri di semua lima negeri diterajui kerajaan Pakatan Rakyat.
Menurut laporan Bernama petang ini, dana berkenaan bagaimanapun akan disalur melalui Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Menteri berkenaan, Dato’ Noh Omar mendakwa ia dilakukan kerana kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak memberikan kerjasama kepada kementeriannya, oleh itu lebih baik ia disalur melalui Mara supaya rakyat terus mendapat faedah.
“Kita akan meneruskan pemberian dana tetapi mulai sekarang ia akan disalurkan melalui Mara.
“Dana akan terus diberikan kerana kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa… perbelanjaan sama seperti yang diberikan sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak di Ipoh, hari ini.
Noh memberi alasan langkah yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor dan Perak untuk mengenakan sewa kepada dua buah pusat latihan anjuran kementerian menunjukkan bahawa mereka tidak mengamalkan dasar untuk membantu rakyat.
Beliau berkata kerajaan negeri Selangor akan mula mengenakan sewa RM1,500 sebulan bagi 10 buah unit kedai Majlis Daerah Sabak Bernam yang kini digunakan sebagai pusat latihan Giat Mara di Sabak Bernam. Sewa itu akan dikenakan mulai Ogos.
“Giat Mara tidak dikenakan sewa oleh kerajaan negeri sebelum ini bagi menggunakan premis berkenaan…kita akan menyewa tempat itu bagi faedah pelatih,” katanya.
Noh berkata sebuah lagi pusat pembangunan kemahiran yang dikendalikan kementerian di Lahat di sini turut akan dikenakan sewa oleh kerajaan negeri kerana tapak yang digunakan adalah tanah milik kerajaan negeri.
Pemberian dana pembangunan berkenaan merupakan dasar yang telah lama diamalkan bagi tujuan membantu rakyat.
Peruntukan dana pembangunan tahunan bagi lima buah negeri berkenaan dikatakan berjumlah kira-kira RM500 juta.
































itulah sebabnya PR mesti ikhtiarkan untuk menumbangkan BN di peringkat pusat. barulah semuanya tak tersekat. yang saya nak tengok sangat ialah semua penyangak di dalam BN di bawa ke mahkamah dan didakwa. apa macam agaknya si musa hassan dan si rashid si beruk tua tuh!