Mangsa tragedi Memali dilantik Senator
Written by kelantankini on May 27th, 2008 | Filed under: Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR, 27 Mei: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang juga salah seorang mangsa serangan ganas polis ke atas penduduk Kampung Memali, Muhamad Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara, semalam.
Muhamad Yusof mengangkat sumpah bersama seorang lagi yang dilantik mewakili kerajaan negeri Kedah, Ir Zamri Yusuf.
Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh sebelum sidang Dewan Negara bermula.
Pelantikan mereka yang berkuat kuasa semalam adalah untuk tempoh satu penggal.
Muhamad Yusof, 54 adalah Setiausaha Perhubungan PAS Kedah manakala Zamri, 43, Pengerusi PKR Kedah.
































Leave a Reply