Siasatan kes ugut bunuh Karpal diserah kepada polis Johor

Written by kelantankini on Apr 27th, 2008 | Filed under: Pakatan Rakyat

27 Apr | 6.55pm
PULAU PINANG: Polis Pulau Pinang menyerahkan kepada polis Johor untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengenai dakwaan sebuah laman web bahawa beliau memburukkan Islam dan darahnya halal (untuk beliau) dibunuh.

Laporan Bernama menyebut Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Dato’ Salleh Mat Rasid berkata pihaknya menyerahkan laporan itu kepada polis Johor untuk menyiasat kes berkenaan kerana ia berlaku di Johor.

“Laporan (polis) itu diterima di Pulau Pinang dan memandangkan kejadian itu berlaku di Johor, jadi kita salurkan laporan ke negeri terbabit,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Seminar Pemantapan dan Pengurusan Integriti Polis Diraja Malaysia Zon Utara di sini hari ini.

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

Semalam Pengerusi Lajnah IT dan Keahlian PAS Kawasan Johor Bahru, Faizal Abdul Majid menjelaskan komen pelayar yang menggunakan nama ‘Alif’ bukan pendirian PAS kawasan itu.

Katanya, mesej pengunjung yang menyebut “darahnya halal dibunuh juga telah dibuang dari laman web berkenaan.

PAS Johor Bahru sentiasa menghulurkan salam persahabatan dan sentiasa membuka pintu untuk sebarang perbincangan supaya kita boleh memberi faham kepada seluruh pemimpin parti politik dan rakyat Malaysia apa itu kebaikan dan kebajikan Islam.

“Kami berharap pihak DAP boleh membaca dan respon kepada artikel kami bertajuk “Ramai Tak Faham Konsep Negara Islam Sebenar,” katanya.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Book.mark.hu
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Furl
  • Netvouz
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • Live
  • StumbleUpon
  • Webnews.de


Leave a Reply